Saturday, November 14, 2009

Cerita Tentang SMSPP @ SCIPP....

Assalamualaikum...
Dlm minggu ni byk plak cerita yg berkaitan SMSPP @ SCIPP yg aku dpt..post yg lepas aku dh cerita psl slh seorg cikgu aku dulu..En Mohd Rozi Ismail a.k.a Sensei Rozi..sape x bace lg sila rujuk entry sblm ini...
Pagi ni plak aku terbaca 2 lg berita tntg pelajar sklh aku...

Ini cerita yg pertama..aku copy paste je la ek....
Ni cerita psl senior aku..aku xsmpt pun ngan bacth ni..tp akak ni aktif ngan Alumni..so selalu la tgk die update info kt FB especially psl eunion bln lepas..hehehe



Pasangan baru 10 hari nikah sertai MMU ke Sahara Barat



beri khidmat terbaik di Sahara Barat." title="PENGANTIN BARU...Hamidah dan Nor Amir mahu
beri khidmat terbaik di Sahara Barat." width="300" border="0" height="377">
PENGANTIN BARU...Hamidah dan Nor Amir mahu
beri khidmat terbaik di Sahara Barat.

KUALA LUMPUR: “Saya tidak menyangka dihantar menyertai misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama suami. Ini satu penghormatan yang tidak boleh dilepaskan,” kata pegawai perubatan Kem 1 Bridged Rasah, Seremban, Kapten Dr Hamidah Mohd Salleh, 26.

Beliau isteri kepada Kapten Dr Nor Amir Zakuan Panizan, 26, antara 20 anggota dan pegawai yang menyertai Pasukan Perubatan Malaysia atau dikenali Malaysia Medical Unit (MMU) 8 PBB di Sahara Barat (MINURSO) selama enam bulan.

Menurut Dr Hamidah, walaupun mereka baru 10 hari melangsungkan perkahwinan, dia sangat teruja apabila diberi peluang menggalas tanggungjawab berkhidmat di negara yang bergolak itu memandangkan ia peluang ditunggu selama tiga tahun bertugas dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sebagai tentera kami terlatih untuk bersiap sedia dan rela dihantar bertugas di mana saja. Walaupun suami tidak ditempatkan di kem sama di sana, itu tidak menjadi masalah kerana tugasan kami lebih kepada kepentingan negara,” katanya ketika ditemui di Wisma Transit di sini, semalam.

Bagi suaminya, Dr Nor Amir yang bertugas di Kem Sungai Udang Melaka, dia sudah membuat persiapan daripada segi mental dan fizikal bagi memberikan perkhidmatan terbaik.

“Sebaik mengetahui mengenai tugasan ini, saya dan isteri mendapatkan banyak maklumat untuk mengetahui bentuk cabaran bakal dihadapi agar penugasan kami dilalui dengan jaya dan selamat,” katanya yang mengenali isterinya ketika sama-sama menuntut di Jurusan Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia tujuh tahun lalu.

Sementara itu, Komander Pasukan MMU 8, Leftenan Kolonel Dr Mizalazrin Mdzlan berkata, pasukannya menggalas tugas yang diberikan dengan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik demi memastikan imej negara tidak tercalar.

“Jika boleh kami ingin berikan perkhidmatan lebih baik berbanding kumpulan sebelum ini yang mendapat pujian dunia,” katanya yang juga doktor pergigian di Hospital Tentera Darat Gemas, Negeri Sembilan.

p/s : Kak Reck..blum terlambat nk wish Selamat Pengantin Baru
I hope i'll be like her one day..."Live to Serve"


Ni pulak cerita ke-2..copy paste jgk..hehehe

Ni plak psl junior aku..


Aina Suzaily dinobat juara Penyampai Ikon 2009


MAZNAH Rais menyampaikan hadiah kepada Aina Suzaily M. Zailanny, johan pertandingan Penyampai Ikon 2009 di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 14 Nov - Peserta dari Pasir Putih, Kelantan, Aina Suzaily M. Zailanny, 20, dinobatkan sebagai juara sulung program realiti Penyampai Ikon pada Malam Anugerah Penyampai Ikon 2009 yang diadakan di Istana Budaya di sini malam ini.

Menonjolkan keyakinan diri yang tinggi dalam menyampaikan dua tugasan, sebagai penyampai berita dan laporan lokasi tentang gempa bumi di Padang, Indonesia, membolehkan Aina Suzaily membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Proton Saga BLM 1.3 serta wang tunai RM6,000.

Beliau turut menerima sijil penyertaan daripada Institut Akhbar Malaysia (IAM) dan trofi yang disampaikan oleh isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais.

Turut hadir Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya dan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf.

Pencabar terdekat, Siti Aisyhah Baslie, 24, dari Kuching, Sarawak, bagaimanapun hanya berpuas hati di tempat kedua dengan menerima hadiah berupa wang tunai RM4,000, trofi serta sijil penyertaan daripada IAM.

Tempat ketiga, milik peserta dari Perak, Khairul Faizi Dalaiil, 23, yang memenangi hadiah berupa wang tunai RM2,000, trofi serta sijil penyertaan daripada IAM.

Tiga lagi peserta yang turut memberikan saingan ialah Beatrice Khrishnan, 23, Mohamed Shahril Sarapudin, 21, dan Hazel Desmond, 26.

Juri pada pertandingan itu ialah pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah yang juga ketua juri, Ketua Pegawai Eksekutif IAM, Datuk Chamil Wariya dan Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin.

"Saya gembira dengan kemenangan ini, tidak dijangka kerana semuanya memberi saingan sengit, tetapi ini adalah keputusan juri profesional.

"Sebenarnya, saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah dan tanpa restu ibu bapa, saya tidak mungkin akan menyertai program ini" katanya ketika ditemui selepas program itu.

Enam peserta akhir Penyampai Ikon adalah antara 17 peserta rancangan itu yang disenarai pendek daripada lebih 6,000 peserta yang hadir di peringkat uji bakat.

Mereka turut menjalani pengajian di Kolej Penyampai Ikon dalam bidang kewartawanan siaran anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak 12 Ogos lalu.

Konsultan persembahan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Yusanani Yushak bertindak sebagai pengetua Kolej Penyampai Ikon serta penerbit eksekutif program tersebut.

Sementara itu, penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Normazalina Mohd. Nor bertindak sebagai pembantu serta penyelia Kolej Penyampai Ikon.

Majlis yang disiarkan secara langsung di TV2 itu diserikan dengan persembahan daripada peserta Penyampai Ikon serta artis undangan, Lan and The Typewriter, Alyah dan Dayang Nurfaizah.

p/s : Sorry la ek..entry kali ni panjang plak..hehehe..copy paste je...anyway, semoga SCIPPianz terus cemerlang, gemilang dan terbilang di mata Dunia (tetiba tengiang-ngiang lagu sekolah..)

8 comments:

farahanim said...

la...hamidah tu senoir kite dulu ke..aku mmg bc brite ni kt paper..best gle..tk tau la plak die senior kte..wah...best gle!!serve unt pbb.nnt aku nk masuk mercy ar..jom shu

shusupian said...

mmg kite x knl pun..die batch 99-00 rasenye..xsempat ngan kite..
aku on je..tp mu kena tggu aku abih blaja dlu..aku lmbt dr mu.."inilah barisan kita, yg ikhlas berjuang"..hehehe

Unknown said...

tahniah ler..
aii,,nk jd askar gak ke nk kawin ngan askar 2 org ni ek??hehe..

Lyaa Suriany said...

wahhhhhhhh
cam xcaye weh tu aina..ruginye xtgk

Unknown said...

haha...syu...i'm so proud heard bout this...wanna post these as well at my blog..bukan meniru tp menjaja nama SCIPP di mata atasan. :)

norfaridahanum said...

wah wah wah
lagik sket tahun ko plak shu kuar paper.ape lagik.MERCY jom!

nor ayuni zakaria said...

salam ziarah(fr yuni 5m dulu..)=)
wah syu..semangat scipp..hihi dulu kite panggil "bessu".btoi x?
alhamdulillah..suke tgk kejayaan mereka.sensei rozi lagi laaa.hebat!
~tetibe rase rindu pd kenangan lama...

hamiDahRecKs said...

Terima kasih...sy pengantin baru sokmo..hihi