Thursday, November 5, 2009

I miss mathematics so much!!!!!!!

Sejak jd medic student ni..ilmu matematik hilang sedikit demi sedikit..patutla cikgu2 kt sekolah dulu cakap cara belajar matematik hanya melalui latihan..Practices make perfect..

Tetiba teringat kt Mathematics Trick ni..dh ramai yg bg teka teki ni kt aku termasuk la Cikgu AddMath yg sorang ni, Mohd Faizal Salleh..hehe..(Pokja, jgn marah ek..kak dh dpt jwpn utk kemusykilan ini)..


Ali, Bobi dan Coci nak menyewa sebuah bilik hotel untuk bermalam. Sewa bilik tersebut adalah RM30 untuk satu malam. Jadi setiap seorang perlu mengeluarkan RM10. Sharing is caring la konon’nya.

Mereka menyerahkan RM30 tersebut kepada akak kaunter. Akak kaunter tu kasi la RM30 tu dekat bos hotel tu. Bos tu kata, saya amik RM25 je. Pulangkan RM5 lebih ni kepada mereka. Hari ini ada diskaun!


Sebelum pulangkan lebih RM5 tu, akak kaunter tu curik RM2. Lebih RM3 tu diserahkan semula kepada mereka. Jadi setiap seorang dapat la RM1 balik. Bila dah dapat RM1 balik, bermakna modal yang mereka keluarkan untuk sewa bilik tu adalah RM9 setiap seorang.


Persoalannya, kalau seorang keluarkan RM9, bila di’darabkan dengan 3, bermakna RM27. Campur RM2 yang akak kaunter tu ambik, jadilah RM29. Habis mana lagi RM1? Kan diorang keluarkan RM30 pada awalnya.


Sila bg pendapat anda di sini..nnti saya explain jawapannya..

p/s : Aku rindu matematik..nk blaja janjang aritmetik, janjang geometri, pengamiran, pembezaan dan byk lg la..(budak2 sklh skrg mesti xfaham aku guna istilah ni, maklumlah skrg all in English)

6 comments:

norfaridahanum said...

haha!
teka teki nih.berguling gak aq pikir dlu...aish,cmne nak explain kat sinih?

ajai05 said...

hahaha....saya tau.nak jawapan tak?jawapannya adalah: matematik bukannya nombor, tetapi adalah satu bahasa, pattern dan bukan sekadar bergantung pada logik, there is a different between logik, mantik, and matematik. LU PIKIR LAH SENDRI.....

ajai05 said...

AKU RINDU FIZIK.........

Unknown said...

aritmetik progression...xkenal la jangjang ni semua...haha...teka teki tu pok ja dah explain kat yO dulu,tp almaklumlah,budak seni ni malas nak fikir psl tu semua...huhu...

shusupian said...

Anum: Explain la Anum, same x ngan idea aku..

Ajai05: Itu dia apabila Guru Matematik berbicara..aku dh xbrapa nk faham..hahaha..mane jwpnnye???..nk kena pikir sendiri ke??

ajai05 said...

PEMBETULAN: Additional Math not Mathematic :-)