Monday, November 9, 2009

Nothing Impossible!!!!!

To all SCIPPianz, u must read this!!!!

Semoga memberi inspirasi kepada kita semua........

Mohd Rozi Melayu pertama felo International Presidential CSU

Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my


MOHD ROZI (kanan) bersama rakan felo dari AS dan India di CSU.

PELAJAR ijazah doktor falsafah (PhD) di Colorado State University (CSU), Colorado, Amerika Syarikat (AS), Mohd Rozi Ismail, muncul Melayu pertama dilantik sebagai Felo International Presidential universiti itu, baru-baru ini.

Pencalonannya dibuat Dekan Fakulti Pendidikan CSU, Lorrie A Shepard, untuk mewakili fakulti, sekali gus Malaysia dalam organisasi Felo International Presidential yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu itu.

Beliau dipilih menjadi felo organisasi itu bersama lima pelajar dari AS, India (tiga) dan masing-masing seorang dari Kanada, Jamaica, Maxico, Ghana, Ukraine, Iraq, Iran, Mongolia, Jerman, Korea Selatan, Perancis, Itali, Ethiopia, Uganda, Rwanda, Jordan dan Vietnam.


“Pemilihan akhir dilakukan dekan setiap jabatan, termasuk Naib Provos Hubungan Antarabangsa, James A Cooney dengan memilih 25 pelajar PhD dan sarjana bagi menyertai barisan felo ini.

“Naib Presiden Penyelidikan CSU, Peter Dorhout dalam ucapannya meminta wakil bidang kepakaran dan negara masing-masing membuat rangkaian perbincangan antarabangsa yang menyentuh isu semasa serta yang dapat dimanfaatkan masyarakat.

“Saya akan hal kemasyarakatan dan masa depan dunia dengan semua wakil negara yang menganggotai felo ini,” katanya kepada Berita Harian.

Mohd Rozi berkata, barisan felo itu disediakan pelbagai program ekslusif formal dan tidak formal selama setahun menganggotai organisasi berkenaan.

Sebagai wakil Malaysia, beliau berjanji memanfaatkan peluang itu bukan saja untuk membantu proses pembelajarannya di sana, malah mengharumkan nama negara.

Walaupun berasal daripada keluarga sederhana di Kuala Krai, Kelantan dan arwah bapanya cuma bekas pemandu polis, manakala ibu pula penjual nasi lemak, beliau bertekad menyambung pengajian ke peringkat tertinggi.

Menceritakan usahanya, Mohd Rozi berkata, selepas tamat latihan perguruan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada 1992, beliau mengajar tiga tahun setengah di Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Mempaga 2 dan SK Lebu, Bentong, Pahang.

Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Kesusasteraan Bahasa di Daito Bunka University, Saitama Ken, Jepun hingga 2000 sebelum berkhidmat di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan.

“Saya menyambung pengajian peringkat sarjana secara separuh masa dalam bidang Pengurusan Pendidikan di Universiti Malaya pada 2005.

“Pada 2007, saya ditawarkan menjadi pensyarah di Institut Perguruan Kota Bharu dan tahun lalu menyambung pengajian PhD di sini bersama sembilan rakan lain. Kami kumpulan pertama menerima biasiswa Kementerian Pelajaran untuk melanjutkan pelajaran ke AS ,” katanya.

No comments: