Saturday, November 26, 2011

"KAKA MALAYSIA"


Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Banyaklah pulak entri-entri yang tak complete ditulis untuk di"post"kan kat blog. Kalau ada kesempatan aku siapkan dan dikongsikan di blog ini. Tapi malam ni aku nak berkongsi tentang si budak "comel" yang aku rasa telah mengatasi populariti KFCM. Sorry Apex, but u still the best goalkeeper. Kadang-kadang terfikir pulak nak jadikan blog ni sebagai blog sukan tapi takut tak tercapai pulak misi nak menulis pasal sukan. Maklumlah masih bergelar pelajar perubatan, takut takde masa nak ikuti perkembangan sukan. But it's cool right, student medic and blogger sukan. Ish, makin dekat dengan exam, makin merapu pulak tulisan Shuhaiza. Memandangkan tak cukup masa nak menulis, aku kongsikan apa yang aku baca sahaja.
Ada persamaan ke??..macam takde je..


Semasa namanya disenaraikan pada saat akhir bagi menggantikan Gary Steven Robbat ke Sukan SEA 2011, tidak ramai peminat mengenali siapakah Mohd. Nazmi Faiz yang baru berusia 17 tahun.
 
Malah, tindakan yang dilihat terdesak oleh jurulatih negara, Ong Kim Swee kerana sanggup menerbangkan Nazmi ke Jakarta yang ketika itu berada di Vietnam bagi menghadapi Kejohanan Kelayakan AFF bawah 19 tahun menimbulkan persoalan di kalangan peminat, adakah perjudian itu memberikan pulangan berbaloi.

Tambahan sehingga dia sanggup tidak mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai hanya menjangkakan pemergian Nazmi hanya untuk memanaskan bangku simpanan sahaja dan tidak lebih sekadar mencari pengalaman.



Namun, sebaik sahaja Sukan SEA XXVI Indonesia bermula, namanya tiba-tiba meniti di kalangan peminat bola sepak tempatan, malah sudah ada yang membandingkan kehebatannya sama seperti bekas pemain legenda negara, Azizol Abu Hanifah dan tidak kurang memberikan dia dengan nama jolokan 'Kaka Malaysia'.
Ketenangan mengawal bola dan membuka ruang kepada rakan sepasukan dengan hantaran bola yang menakjubkan walaupun dalam situasi sukar seolah-olah seperti pemain yang sudah jauh berpengalaman membuka mata ramai pihak bahawa anak jati Lembah Keramat ini bakal menjadi aset terbaru masa depan bola sepak Malaysia.

Walaupun telah membawa Malaysia meraih emas di Jakarta, Nazmi mengakui masih banyak perlu dipelajari untuk menjadi pemain lebih baik, namun berterima kasih kepada jurulatih, Kim Swee kerana memberikan kepercayaan kepada dirinya bermain dalam kesebelasan utama.

''Selepas Sukan SEA, gaya permainan saya semakin meningkat dan selesa bermain dengan rakan-rakan walaupun baru sahaja bersama skuad utama.
''Kejayaan memenangi emas di Sukan SEA belum memuaskan hati saya, masih banyak perkara yang saya mahu capai selaku pemain bola sepak di samping meningkatkan lagi tahap permainan saya," katanya yang bercadang mengambil peperiksaan SPM pada tahun depan.



P/S : Sesungguhnya perjalanan Nazmi Faiz sebagai pemain bola baru sahaja bermula. Semoga semua orang fokus kepada perkembangan karier beliau tanpa perlu memperbesarkan isu-isu yang remeh-temeh. SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!!

1 comment:

MomoN said...

hohoho.. dia ni ke nazmi yg femes tu..jap apsl dia tibe2 femes?
(nampak sgt x baca berita :P)