Sukan SEA ke-26 yang berlangsung di Jakarta dan Palembang telah sampai ke penghujungnya. Sekadar ingin berkongsi suka-duka sepanjang kejohanan berlangsung. Perhatian sudah semestinya kepada skuad Harimau Muda Malaysia yang berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu.
- Maskot Sukan SEA tahun ini ialah biawak komodo ( tak pasti nama yang diberikan kepada maskot tersebut )
- Bekas pemandu Formula 1 Malaysia, Alex Yoong menyumbangkan pingat emas bagi acara Ski Air dengan hanya latihan selama 6 bulan. Sukan itu didominasi oleh adik-beradik Yoong dengan menyumbangkan 3 emas kepada Malaysia
- Penerjun negara, Yeoh Ken Nee berjaya mengumpul 15 pingat emas sepanjang penyertaan di dalam sukan SEA dan mengumumkan ini adalah Sukan SEA terakhirnya.
- Skuad badminton negara pulang tanpa seabarang pingat emas.
- Skuad Harimau Muda mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang temasya termasuk menundukkan Indonesia sebanyak 2 kali di stadium yang dianggap keramat oleh peminat fanatik mereka ( selepas ni, dah tak keramat sangat lah)
- Asraruddin Putra yang sebelum ini bermain di posisi pertahanan, bermain di posisi midfield dengan sangat cemerlang
- "Baracuda" menjadi pengangkutan rasmi skuad Harimau Muda untuk keluar masuk dari Stadium Gelora Bong Karno ( dan mungkin akan terus menjadi pengangkutan rasmi mereka setiap kali beraksi di sana). Yang pasti, "Baracuda" tu ada air-cond tau.
Pemain Malaysia di dalam "Baracuda" untuk keluar dari stadium selepas menang pingat emas |
- Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Saas, Badrool Baktiar, Asrarudin Putra adalah antara pemain yang turut beraksi 2 tahun lalu. Kejayaan berganda buat mereka.
- Kata-kata jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee sebelum perlawanan yang membakar semangat anak muda Malaysia.
- Apa yang paling menarik semasa aksi Final Bola Sepak Sukan SEA adalah rakyat Malaysia telah membuktikan sukan dapat menyatupadukan rakyat
- Aku rasa lagu yang paling popular sepanjang dua- tiga hari ini ialah Selamanya Harimau Malaya. Kepada yang belum dengar lagu tu, silalah dengar sekarang.
No comments:
Post a Comment