Sunday, May 22, 2011

SRIKANDI ISLAM- HALIMATUS SAADIAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini semasa sedang aku mendengar lagu, aku terdengar lagu ini..tanpa aku sedari hampir kesemua srikandi2 islam diceritakan melalui lagu2 nasyid..jadi InsyaAllah aku nak berkongsi lirik lagu ini..mungkin ade serba-sedikit fakta2 sejarah yang boleh diperolehi..selebihnya memang kena baca buku sirah dengan lebih detail..

Bagi yang tak tahu, Halimatus Saadiah merupan Ibu susuan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W


Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang 
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan 
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan 
Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya 

Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa 
Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa 
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda 
Namun hatimu rela bukan kerana harta 

Halimatus Saadiah 
Engkau ibu yang bertuah 
Kau wanita penerima barakah 
Dari desa pedalaman 
Daerah di pinggiran 
Kau menyusui insan pilihan 

Kau pangku dia dan berubahlah segalanya 
Badan yang terasa lesu kini bertenaga 
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera 
Peliharaan ternakan membiak subur berganda 

Halimatus Saadiah, kau ibu barakah 
Engkau pemula muqaddimah yang indah 
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia 
Kau ibu susu yang bertuah 

Pada sejarahmu terukir kenyataan 
Tidak kan miskin jika membela Islam 
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia 
Jangan takut jika kau beriman 







Mungkin jika diberi kesempatan, aku akan menulis tentang Srikandi-srikandi Islam ini..sesungguhnya mereka semua boleh dijadikan contoh tauladan dalam usaha kita semua menyebarkan dan menegakkan agama suci Islam

No comments: