Monday, May 16, 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saban tahun setiap 16 Mei, pendidik adalah insan-insan yang paling gembira kerana pada tarikh inilah mereka akan dikenang. Selain daripada ibu-bapa, memang tidak dapat dinafikan, guru merupakan golongan penting dalam membentuk sahsiah dan keperibadian seseorang individu (dah macam karangan SPM la pulak, tapi takpe, entri ini teristimewa buat guru-guru BM aku terutama ibuku, Pn. Zainab Salleh).


Pada hari ini, aku dengan rendah dirinya merasakan aku bukanlah sesiapa tanpa guru-guru. Setiap seorang guru yang pernah memdidik saya tidak pernah luput dari ingatan. Jika mampu aku senaraikan, ingin sahaja aku senaraikan di sini. Memandangkan terlalu ramai, maklumlah banyak sekolah yang aku sertai, cukuplah sekadar aku menyebut nama-nama sekolah.


Sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru:


1. SK Cengal (1994): 
    Tempat aku mengenal ABC dan 123 memandangkan aku tak tadika.
2. SK Kota (1995-1996) :
    Kelas 1 Biru ( 1st time jadi Penolong Ketua Kelas)
    Kelas 2 Kenanga ( separuh jalan je sebab tukar sekolah)
3. SK Kubang Kerian 1 (1996-2000)
    Kelas 2 Bahagia ( bangunan kayu yang riuh)
    Kelas 3 Bahagia ( bangunan paling belakang sekolah)
    Kelas 4 Penyayang ( tak dapat nak recall event penting)
    Kelas 5 Harmoni ( sekali lagi aku jadi penolong ketua kelas)
    Kelas 6 Penyayang ( tahun UPSR, yang penting kelas sebelah bilik guru, 1st time jd pengawas sekolah)
4. SMK Dato Ahmad Maher (2001)
    Tingkatan 1 Beta ( sampai bulan 5 je, tapi kt kelas ni la aku dapat nama SHU )
5. SMS Pasir Puteh (2001-2005) (sekolah yang telah banyak mengubah NUR SHUHAIZA)
    1 Maryam (kelas yang dibuka setelah intake aku masuk..ustaz Shidqi..belajar bahasa jepun)
    2 Maryam (teringat Choral Speaking "Chocolate Cake"..ustazah mahanu pindah..)
    3 Aisyah ( kelas paling sempoi even org panggil kubur..ustazah zarinah yang tegas)
    4 Khadijah (tahun kepimpinan, selalu takde dalam kelas tp cikgu2 faham, selalu tidur time Sejarah..)
    5 Khadijah (SPM..SPM..SPM..dah tahun paling banyak air mata..takkan aku lupa tragedi bersama Cg Azlinee, Cg Nurul Akmal dan Teacher Asmad)

Setiap 16 Mei jugak pasti terngiang-ngiang Sajak Usman Awang..tapi hari ini aku nak berkongsi sajak lain bersama anda semua.            

Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988

3 comments:

Fatin Baharum said...

ey junior scipp. batch bawah i je nih.. btw buat ape skrg ?

latest entry : cheese tart ♥

-maRs- said...

shu... ke kenangan ngan warden2 tu shu? eheheh

shusupian said...

warden mane ek??..(dgn muka confius)