Thursday, May 19, 2011

APABILA SHUHAIZA BERCERITA TENTANG CINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kurang dari 2 minggu aku akan menghadapi First Sessional Exam untuk 1st Part of Final Year MBBS..bermakna kurang 3 minggu lagi aku akan pulang ke Malaysia..yahoo yabeda bedduuuuu!!!!..padahal tak sampai setengah tahun pun selepas kali terakhir aku balik bulan December lepas..perasaan untuk bersama keluarga itu sangat membuak-buak..salah satu sebabnya nak makan durian..dah hampir 2 tahun aku tak makan durian..mintak-mintak musim buah di kampung masih belum berakhir..sebab kedua ialah seluruh ahli keluarga aku berkumpul di rumah..semakin mengijak usia, semakin susah kami sekeluarga nak berkumpul bersama..tinggallah mak dan abah  terkontang-kanting kat rumah..setiap minggu bila aku call mereka dan tanya apa yang dibuat "mak tengok abah., abah tengok mak"..

Berbalik kepada tajuk yang aku berikan..bagi mereka yang mengenali aku, pastu tahu Shuhaiza sangat susah nak bercerita tentang cinta sesama manusia..cinta sesama manusia yang aku miliki sekarang hanyalah untuk kedua ibu-bapa dan adik-beradik aku..jika ditanya tentang kekasih @ pakwe @ teman lelaki..setakat ini jawapan aku masih sama "Masih belum ada dalam kamus hidup Shuhaiza"..seperti selalu yang aku katakan kepada kawan-kawan yang bertanya "Kalau aku disuruh list 10 perkara aku nak buat dalam hidup sekarang, cerita nikah kawin tu mungkin berada di No. 20 kot"..

Kenapa Shuhaiza cerita pasal nikah kawin nih?..sebabnya sejak kebelakangan nih banyak pulak dapat invitation daripada kawan-kawan ke majlis perkahwinan masing-masing..barulah aku sedar sebenarnya aku sudah berada di dalam lingkungan umur untuk berkahwin."Kenapa korang kawin awal sangat, buat aku rasa tua je..aku belajar pun tak abih lagi la"..

Dan apabila seorang perempuan itu berkahwin, suami menjadi keutamaan berbanding kedua ibu-bapa..sesuatu yang aku rasa setakat ini aku masih tak mampu nak buat.."mana mungkin aku nak jatuhkan ranking kecintaan terhadap kedua ibu-bapa aku supaya tempat itu diisi oleh orang lain"..nampak seperti aku cakap besar sebab tak kena kat diri sendiri lagi..tetapi setakat ini itulah salah satu sebab aku masih begini..masih banyak masa yang aku ingin habiskan bersama mereka sebelum aku mengambil keputusan untuk melangkah ke fasa baru dalam hidup. Kadang-kadang aku beristighfar kerana pernah terfikir aku hidup hanya kerana mereka bukan kerana Allah..setiap apa yang aku lakukan setiap hari pasti terlintas di fikiran adalah mak dan abah..mungkin itulah sumber inspirasi yang menjadikan aku adalah aku..

Janji aku pada diri sendiri untuk menghabiskan pelajaran sebelum memikirkan tentang perkara-perkara lain masih aku pegang sehingga ke hari ini..semoga Allah merestui dan memberkati perjalanan hamba-Nya ini dalam menuntut ilmu-Nya..peliharalah hati ini dari segala godaan syaitan dan hasutan nafsu supaya mampu aku realisasikan impian kedua ibu-bapaku..



"Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku."

1 comment:

kotak said...

kalau shu bercinta,maknanya shu nk kawen dah....~