Hanya kerana kamu,
Aku terus menapak ke hadapan,
Menelan kepahitan setiap ujian,
Demi mengecap kemanisan sebuah kehidupan.
Hanya kerana kamu,
Aku gagahkan kaki untuk melangkah,
Walau sering aku ingin mengalah,
Kerana diri ini tidak setabah.
Hanya kerana kamu,
Kita pahatkan bahagia bersama,
Walaupun tidak kaya harta,
Kita kaya dengan kasih mesra.
Hanya kerana kamu,
Hidupku sering dilimpahi rahmat,
Doamu ibarat kata keramat,
Sering kali menjadi penyelamat.
Dan aku masih berdiri teguh di sini,
Meneruskan realiti hidup,
Dengan sejuta keyakinan,
Hanya kerana kamu masih di sisi.
Kamu ibarat alat penggera,
Sering mengingatkan saat aku lalai.
Kamu bagaikan lilin yangg menyala,
Menerangi aku kala kegelapan.
Kamu umpama perisai besi,
Mempertahankanku saat aku lemah.
Aku tidak mahu membayangkan hidupku tanpamu suatu hari nanti.
Mampukah aku tanpa kamu di sisi?
HIDUPKU HARI INI HANYA KERANA KAMU.
Selamat Hari Ibu kepada Pn. Zainab bt Salleh.
“Kak sayang Mak.”
Salam sayang dari anakmu,
NUR SHUHAIZA BINTI SUPIAN
9 Mei 2011
NUR SHUHAIZA BINTI SUPIAN
9 Mei 2011
2 comments:
phewittt! tercabar2!haha
aku tercabar ngan adik aku..tu yg start menulis nih..haha..tp tak se'power' ko la kn..
Post a Comment