Sunday, May 22, 2011

SRIKANDI ISLAM- HALIMATUS SAADIAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini semasa sedang aku mendengar lagu, aku terdengar lagu ini..tanpa aku sedari hampir kesemua srikandi2 islam diceritakan melalui lagu2 nasyid..jadi InsyaAllah aku nak berkongsi lirik lagu ini..mungkin ade serba-sedikit fakta2 sejarah yang boleh diperolehi..selebihnya memang kena baca buku sirah dengan lebih detail..

Bagi yang tak tahu, Halimatus Saadiah merupan Ibu susuan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W


Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang 
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan 
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan 
Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya 

Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa 
Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa 
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda 
Namun hatimu rela bukan kerana harta 

Halimatus Saadiah 
Engkau ibu yang bertuah 
Kau wanita penerima barakah 
Dari desa pedalaman 
Daerah di pinggiran 
Kau menyusui insan pilihan 

Kau pangku dia dan berubahlah segalanya 
Badan yang terasa lesu kini bertenaga 
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera 
Peliharaan ternakan membiak subur berganda 

Halimatus Saadiah, kau ibu barakah 
Engkau pemula muqaddimah yang indah 
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia 
Kau ibu susu yang bertuah 

Pada sejarahmu terukir kenyataan 
Tidak kan miskin jika membela Islam 
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia 
Jangan takut jika kau beriman 







Mungkin jika diberi kesempatan, aku akan menulis tentang Srikandi-srikandi Islam ini..sesungguhnya mereka semua boleh dijadikan contoh tauladan dalam usaha kita semua menyebarkan dan menegakkan agama suci Islam

Thursday, May 19, 2011

APABILA SHUHAIZA BERCERITA TENTANG CINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kurang dari 2 minggu aku akan menghadapi First Sessional Exam untuk 1st Part of Final Year MBBS..bermakna kurang 3 minggu lagi aku akan pulang ke Malaysia..yahoo yabeda bedduuuuu!!!!..padahal tak sampai setengah tahun pun selepas kali terakhir aku balik bulan December lepas..perasaan untuk bersama keluarga itu sangat membuak-buak..salah satu sebabnya nak makan durian..dah hampir 2 tahun aku tak makan durian..mintak-mintak musim buah di kampung masih belum berakhir..sebab kedua ialah seluruh ahli keluarga aku berkumpul di rumah..semakin mengijak usia, semakin susah kami sekeluarga nak berkumpul bersama..tinggallah mak dan abah  terkontang-kanting kat rumah..setiap minggu bila aku call mereka dan tanya apa yang dibuat "mak tengok abah., abah tengok mak"..

Berbalik kepada tajuk yang aku berikan..bagi mereka yang mengenali aku, pastu tahu Shuhaiza sangat susah nak bercerita tentang cinta sesama manusia..cinta sesama manusia yang aku miliki sekarang hanyalah untuk kedua ibu-bapa dan adik-beradik aku..jika ditanya tentang kekasih @ pakwe @ teman lelaki..setakat ini jawapan aku masih sama "Masih belum ada dalam kamus hidup Shuhaiza"..seperti selalu yang aku katakan kepada kawan-kawan yang bertanya "Kalau aku disuruh list 10 perkara aku nak buat dalam hidup sekarang, cerita nikah kawin tu mungkin berada di No. 20 kot"..

Kenapa Shuhaiza cerita pasal nikah kawin nih?..sebabnya sejak kebelakangan nih banyak pulak dapat invitation daripada kawan-kawan ke majlis perkahwinan masing-masing..barulah aku sedar sebenarnya aku sudah berada di dalam lingkungan umur untuk berkahwin."Kenapa korang kawin awal sangat, buat aku rasa tua je..aku belajar pun tak abih lagi la"..

Dan apabila seorang perempuan itu berkahwin, suami menjadi keutamaan berbanding kedua ibu-bapa..sesuatu yang aku rasa setakat ini aku masih tak mampu nak buat.."mana mungkin aku nak jatuhkan ranking kecintaan terhadap kedua ibu-bapa aku supaya tempat itu diisi oleh orang lain"..nampak seperti aku cakap besar sebab tak kena kat diri sendiri lagi..tetapi setakat ini itulah salah satu sebab aku masih begini..masih banyak masa yang aku ingin habiskan bersama mereka sebelum aku mengambil keputusan untuk melangkah ke fasa baru dalam hidup. Kadang-kadang aku beristighfar kerana pernah terfikir aku hidup hanya kerana mereka bukan kerana Allah..setiap apa yang aku lakukan setiap hari pasti terlintas di fikiran adalah mak dan abah..mungkin itulah sumber inspirasi yang menjadikan aku adalah aku..

Janji aku pada diri sendiri untuk menghabiskan pelajaran sebelum memikirkan tentang perkara-perkara lain masih aku pegang sehingga ke hari ini..semoga Allah merestui dan memberkati perjalanan hamba-Nya ini dalam menuntut ilmu-Nya..peliharalah hati ini dari segala godaan syaitan dan hasutan nafsu supaya mampu aku realisasikan impian kedua ibu-bapaku..



"Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku."

Monday, May 16, 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saban tahun setiap 16 Mei, pendidik adalah insan-insan yang paling gembira kerana pada tarikh inilah mereka akan dikenang. Selain daripada ibu-bapa, memang tidak dapat dinafikan, guru merupakan golongan penting dalam membentuk sahsiah dan keperibadian seseorang individu (dah macam karangan SPM la pulak, tapi takpe, entri ini teristimewa buat guru-guru BM aku terutama ibuku, Pn. Zainab Salleh).


Pada hari ini, aku dengan rendah dirinya merasakan aku bukanlah sesiapa tanpa guru-guru. Setiap seorang guru yang pernah memdidik saya tidak pernah luput dari ingatan. Jika mampu aku senaraikan, ingin sahaja aku senaraikan di sini. Memandangkan terlalu ramai, maklumlah banyak sekolah yang aku sertai, cukuplah sekadar aku menyebut nama-nama sekolah.


Sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru:


1. SK Cengal (1994): 
    Tempat aku mengenal ABC dan 123 memandangkan aku tak tadika.
2. SK Kota (1995-1996) :
    Kelas 1 Biru ( 1st time jadi Penolong Ketua Kelas)
    Kelas 2 Kenanga ( separuh jalan je sebab tukar sekolah)
3. SK Kubang Kerian 1 (1996-2000)
    Kelas 2 Bahagia ( bangunan kayu yang riuh)
    Kelas 3 Bahagia ( bangunan paling belakang sekolah)
    Kelas 4 Penyayang ( tak dapat nak recall event penting)
    Kelas 5 Harmoni ( sekali lagi aku jadi penolong ketua kelas)
    Kelas 6 Penyayang ( tahun UPSR, yang penting kelas sebelah bilik guru, 1st time jd pengawas sekolah)
4. SMK Dato Ahmad Maher (2001)
    Tingkatan 1 Beta ( sampai bulan 5 je, tapi kt kelas ni la aku dapat nama SHU )
5. SMS Pasir Puteh (2001-2005) (sekolah yang telah banyak mengubah NUR SHUHAIZA)
    1 Maryam (kelas yang dibuka setelah intake aku masuk..ustaz Shidqi..belajar bahasa jepun)
    2 Maryam (teringat Choral Speaking "Chocolate Cake"..ustazah mahanu pindah..)
    3 Aisyah ( kelas paling sempoi even org panggil kubur..ustazah zarinah yang tegas)
    4 Khadijah (tahun kepimpinan, selalu takde dalam kelas tp cikgu2 faham, selalu tidur time Sejarah..)
    5 Khadijah (SPM..SPM..SPM..dah tahun paling banyak air mata..takkan aku lupa tragedi bersama Cg Azlinee, Cg Nurul Akmal dan Teacher Asmad)

Setiap 16 Mei jugak pasti terngiang-ngiang Sajak Usman Awang..tapi hari ini aku nak berkongsi sajak lain bersama anda semua.            

Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988

Monday, May 9, 2011

HANYA KERANA KAMU....

Hanya kerana kamu,
Aku  terus menapak ke hadapan,
Menelan kepahitan setiap ujian,
Demi mengecap kemanisan sebuah kehidupan.

Hanya kerana kamu,
Aku gagahkan kaki untuk melangkah,
Walau sering aku ingin mengalah,
Kerana diri ini tidak setabah.

Hanya kerana kamu,
Kita pahatkan  bahagia bersama,
Walaupun tidak kaya harta,
Kita kaya dengan kasih mesra.

Hanya kerana kamu,
Hidupku sering dilimpahi rahmat,
Doamu ibarat kata keramat,
Sering kali menjadi penyelamat.

Dan aku masih berdiri teguh di sini,
Meneruskan realiti hidup,
Dengan sejuta keyakinan,
Hanya kerana kamu masih di sisi.

Kamu ibarat alat penggera,
Sering mengingatkan saat aku lalai.
Kamu bagaikan lilin yangg menyala,
Menerangi aku kala kegelapan.
Kamu umpama perisai besi,
Mempertahankanku saat aku lemah.

Aku tidak mahu membayangkan hidupku tanpamu suatu hari nanti.
Mampukah aku tanpa kamu di sisi?

HIDUPKU HARI INI HANYA KERANA KAMU.

Selamat Hari Ibu kepada Pn. Zainab bt Salleh.
“Kak sayang Mak.”


Salam sayang dari anakmu,
NUR SHUHAIZA BINTI SUPIAN
9 Mei 2011

DAVANGERE TRIP!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pertama sekali minta maaf sebab cakap tak serupa bikin..azam baru nk rajin2 post entri seperti tidak terlaksana. Kita pendekkan cerita, hari ini saya nak bercerita ttg trip saya ke Davangere, India bersama 2 org sahabat iaitu Bob dan Anum.
Kita orang naik bas ke sana. Perjalanan memakan masa 9 jam. Boleh tolong bayangkan naik bas 9jam di India (ianya sanagt mencabar). Setibanya di sana, kami terus ke hostel diorang..sangat lawa setanding dgn namanya Bapuji International Hostel yang hampir keseluruhannya dihuni oleh pelajar Malaysia. Malas nak tulis panjang2. Biarlah gambar2 di bawah ini bercerita...

Kitorang dijemput breakfast di rumah anak-anak bujang Davangere. Diorang masak nasi lemak. Thanks kepada tuan rumah (Fikri, Saha, Izwan, Hazwan)
Inilah rupa Bapuji International Hostel. Agak selesa kalau nk dibandingkan dgn hostel2 lain yang saya dah pergi di India. Oh ya, saya bermalam di bilik Saadah. Thanks to her.

Sebelah petang hari pertama, saya dan Anum sempat ke Auditorium tgk persiapan diorang utk Annual Dinner MSA Davangere. Saya suka backdrop



Bersama Bob selepas Majlis di dewan..kitorang dinner agak lewat malam tu (Anum, aku nak letak gmbr kite ngan pokok kelapa tu, tapi aku tak pandai nk pusing gambar)

Gambar kitorang dinner sebelum naik bas pulang ke Mangalore. Thanks sekali lagi kepada korang semua. Korang memang best!!

Sebelum naik bas, sempat lagi bergambar

Saya tak sangka first time Go-kart kat India, kat Malaysia tak pernah ada peluang pun nak main ni. Thanks to Achik dan Leyley sbb sudi bawa kitorang

Geng Go-karting

Kat Davangere, kitorang bergerak menggunakan motor. Most of studet ada motor sendiri. Ni merempit dgn Junior aku, Achik sambil capture gambar.(Picture captured by Anum)

Sempat jugak buat Reunion ngan Junior SCIPP. Thanks to Achik sbb sudi bagi KakShu lepak kt rumah hampir separuh hari, masak lunch dan yang penting bawa gi Go-karting. Hope to see you again. Nanti kalau ada masa, datang la Mangalore

Ni yang aku impress giler, Mesin parut kelapa ni diimport khas dari Malaysia


Sekian sahaja cerita saya utk kali ini. Terima kasih kepada Anum sbb sudi ajak aku join trip ni even sepatutnya aku tak join pun. Thanks to Bob atas urusan tiket bas. Warga Davengere, semoga kita bertemu lagi.