Saturday, November 14, 2009

Cerita Tentang SMSPP @ SCIPP....

Assalamualaikum...
Dlm minggu ni byk plak cerita yg berkaitan SMSPP @ SCIPP yg aku dpt..post yg lepas aku dh cerita psl slh seorg cikgu aku dulu..En Mohd Rozi Ismail a.k.a Sensei Rozi..sape x bace lg sila rujuk entry sblm ini...
Pagi ni plak aku terbaca 2 lg berita tntg pelajar sklh aku...

Ini cerita yg pertama..aku copy paste je la ek....
Ni cerita psl senior aku..aku xsmpt pun ngan bacth ni..tp akak ni aktif ngan Alumni..so selalu la tgk die update info kt FB especially psl eunion bln lepas..hehehe



Pasangan baru 10 hari nikah sertai MMU ke Sahara Barat



beri khidmat terbaik di Sahara Barat." title="PENGANTIN BARU...Hamidah dan Nor Amir mahu
beri khidmat terbaik di Sahara Barat." width="300" border="0" height="377">
PENGANTIN BARU...Hamidah dan Nor Amir mahu
beri khidmat terbaik di Sahara Barat.

KUALA LUMPUR: “Saya tidak menyangka dihantar menyertai misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama suami. Ini satu penghormatan yang tidak boleh dilepaskan,” kata pegawai perubatan Kem 1 Bridged Rasah, Seremban, Kapten Dr Hamidah Mohd Salleh, 26.

Beliau isteri kepada Kapten Dr Nor Amir Zakuan Panizan, 26, antara 20 anggota dan pegawai yang menyertai Pasukan Perubatan Malaysia atau dikenali Malaysia Medical Unit (MMU) 8 PBB di Sahara Barat (MINURSO) selama enam bulan.

Menurut Dr Hamidah, walaupun mereka baru 10 hari melangsungkan perkahwinan, dia sangat teruja apabila diberi peluang menggalas tanggungjawab berkhidmat di negara yang bergolak itu memandangkan ia peluang ditunggu selama tiga tahun bertugas dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sebagai tentera kami terlatih untuk bersiap sedia dan rela dihantar bertugas di mana saja. Walaupun suami tidak ditempatkan di kem sama di sana, itu tidak menjadi masalah kerana tugasan kami lebih kepada kepentingan negara,” katanya ketika ditemui di Wisma Transit di sini, semalam.

Bagi suaminya, Dr Nor Amir yang bertugas di Kem Sungai Udang Melaka, dia sudah membuat persiapan daripada segi mental dan fizikal bagi memberikan perkhidmatan terbaik.

“Sebaik mengetahui mengenai tugasan ini, saya dan isteri mendapatkan banyak maklumat untuk mengetahui bentuk cabaran bakal dihadapi agar penugasan kami dilalui dengan jaya dan selamat,” katanya yang mengenali isterinya ketika sama-sama menuntut di Jurusan Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia tujuh tahun lalu.

Sementara itu, Komander Pasukan MMU 8, Leftenan Kolonel Dr Mizalazrin Mdzlan berkata, pasukannya menggalas tugas yang diberikan dengan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik demi memastikan imej negara tidak tercalar.

“Jika boleh kami ingin berikan perkhidmatan lebih baik berbanding kumpulan sebelum ini yang mendapat pujian dunia,” katanya yang juga doktor pergigian di Hospital Tentera Darat Gemas, Negeri Sembilan.

p/s : Kak Reck..blum terlambat nk wish Selamat Pengantin Baru
I hope i'll be like her one day..."Live to Serve"


Ni pulak cerita ke-2..copy paste jgk..hehehe

Ni plak psl junior aku..


Aina Suzaily dinobat juara Penyampai Ikon 2009


MAZNAH Rais menyampaikan hadiah kepada Aina Suzaily M. Zailanny, johan pertandingan Penyampai Ikon 2009 di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 14 Nov - Peserta dari Pasir Putih, Kelantan, Aina Suzaily M. Zailanny, 20, dinobatkan sebagai juara sulung program realiti Penyampai Ikon pada Malam Anugerah Penyampai Ikon 2009 yang diadakan di Istana Budaya di sini malam ini.

Menonjolkan keyakinan diri yang tinggi dalam menyampaikan dua tugasan, sebagai penyampai berita dan laporan lokasi tentang gempa bumi di Padang, Indonesia, membolehkan Aina Suzaily membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Proton Saga BLM 1.3 serta wang tunai RM6,000.

Beliau turut menerima sijil penyertaan daripada Institut Akhbar Malaysia (IAM) dan trofi yang disampaikan oleh isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais.

Turut hadir Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya dan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf.

Pencabar terdekat, Siti Aisyhah Baslie, 24, dari Kuching, Sarawak, bagaimanapun hanya berpuas hati di tempat kedua dengan menerima hadiah berupa wang tunai RM4,000, trofi serta sijil penyertaan daripada IAM.

Tempat ketiga, milik peserta dari Perak, Khairul Faizi Dalaiil, 23, yang memenangi hadiah berupa wang tunai RM2,000, trofi serta sijil penyertaan daripada IAM.

Tiga lagi peserta yang turut memberikan saingan ialah Beatrice Khrishnan, 23, Mohamed Shahril Sarapudin, 21, dan Hazel Desmond, 26.

Juri pada pertandingan itu ialah pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah yang juga ketua juri, Ketua Pegawai Eksekutif IAM, Datuk Chamil Wariya dan Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin.

"Saya gembira dengan kemenangan ini, tidak dijangka kerana semuanya memberi saingan sengit, tetapi ini adalah keputusan juri profesional.

"Sebenarnya, saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah dan tanpa restu ibu bapa, saya tidak mungkin akan menyertai program ini" katanya ketika ditemui selepas program itu.

Enam peserta akhir Penyampai Ikon adalah antara 17 peserta rancangan itu yang disenarai pendek daripada lebih 6,000 peserta yang hadir di peringkat uji bakat.

Mereka turut menjalani pengajian di Kolej Penyampai Ikon dalam bidang kewartawanan siaran anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak 12 Ogos lalu.

Konsultan persembahan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Yusanani Yushak bertindak sebagai pengetua Kolej Penyampai Ikon serta penerbit eksekutif program tersebut.

Sementara itu, penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Normazalina Mohd. Nor bertindak sebagai pembantu serta penyelia Kolej Penyampai Ikon.

Majlis yang disiarkan secara langsung di TV2 itu diserikan dengan persembahan daripada peserta Penyampai Ikon serta artis undangan, Lan and The Typewriter, Alyah dan Dayang Nurfaizah.

p/s : Sorry la ek..entry kali ni panjang plak..hehehe..copy paste je...anyway, semoga SCIPPianz terus cemerlang, gemilang dan terbilang di mata Dunia (tetiba tengiang-ngiang lagu sekolah..)

Monday, November 9, 2009

Nothing Impossible!!!!!

To all SCIPPianz, u must read this!!!!

Semoga memberi inspirasi kepada kita semua........

Mohd Rozi Melayu pertama felo International Presidential CSU

Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my


MOHD ROZI (kanan) bersama rakan felo dari AS dan India di CSU.

PELAJAR ijazah doktor falsafah (PhD) di Colorado State University (CSU), Colorado, Amerika Syarikat (AS), Mohd Rozi Ismail, muncul Melayu pertama dilantik sebagai Felo International Presidential universiti itu, baru-baru ini.

Pencalonannya dibuat Dekan Fakulti Pendidikan CSU, Lorrie A Shepard, untuk mewakili fakulti, sekali gus Malaysia dalam organisasi Felo International Presidential yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu itu.

Beliau dipilih menjadi felo organisasi itu bersama lima pelajar dari AS, India (tiga) dan masing-masing seorang dari Kanada, Jamaica, Maxico, Ghana, Ukraine, Iraq, Iran, Mongolia, Jerman, Korea Selatan, Perancis, Itali, Ethiopia, Uganda, Rwanda, Jordan dan Vietnam.


“Pemilihan akhir dilakukan dekan setiap jabatan, termasuk Naib Provos Hubungan Antarabangsa, James A Cooney dengan memilih 25 pelajar PhD dan sarjana bagi menyertai barisan felo ini.

“Naib Presiden Penyelidikan CSU, Peter Dorhout dalam ucapannya meminta wakil bidang kepakaran dan negara masing-masing membuat rangkaian perbincangan antarabangsa yang menyentuh isu semasa serta yang dapat dimanfaatkan masyarakat.

“Saya akan hal kemasyarakatan dan masa depan dunia dengan semua wakil negara yang menganggotai felo ini,” katanya kepada Berita Harian.

Mohd Rozi berkata, barisan felo itu disediakan pelbagai program ekslusif formal dan tidak formal selama setahun menganggotai organisasi berkenaan.

Sebagai wakil Malaysia, beliau berjanji memanfaatkan peluang itu bukan saja untuk membantu proses pembelajarannya di sana, malah mengharumkan nama negara.

Walaupun berasal daripada keluarga sederhana di Kuala Krai, Kelantan dan arwah bapanya cuma bekas pemandu polis, manakala ibu pula penjual nasi lemak, beliau bertekad menyambung pengajian ke peringkat tertinggi.

Menceritakan usahanya, Mohd Rozi berkata, selepas tamat latihan perguruan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada 1992, beliau mengajar tiga tahun setengah di Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Mempaga 2 dan SK Lebu, Bentong, Pahang.

Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Kesusasteraan Bahasa di Daito Bunka University, Saitama Ken, Jepun hingga 2000 sebelum berkhidmat di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan.

“Saya menyambung pengajian peringkat sarjana secara separuh masa dalam bidang Pengurusan Pendidikan di Universiti Malaya pada 2005.

“Pada 2007, saya ditawarkan menjadi pensyarah di Institut Perguruan Kota Bharu dan tahun lalu menyambung pengajian PhD di sini bersama sembilan rakan lain. Kami kumpulan pertama menerima biasiswa Kementerian Pelajaran untuk melanjutkan pelajaran ke AS ,” katanya.

Saturday, November 7, 2009

Biar Betul?????

Aku bukanlah peminat setia bola sepak Kelantan..tetapi kejayaan Kelantan mara ke Final Piala Malaysia tahun ni membuatkan aku ingin ambil tahu perkembangan semasa..walaupun x berpeluang menyaksikan perlawanan semalam..pelbagai cerita yang sedap didengar dan xkurang jgk yg x sedap didengar..

Abang dan adik lelaki aku berkesempatan ke Stadium Bukit Jalil semalam..yg abang aku tu aku boleh la terima sbb mmg minat bola..yg adik aku tu aku pelik sikit..cmne tetiba bleh minat bola pun aku xtau..



Gambar ini menceritakan betapa fanatiknya peminat bola sepak Kelantan..kali pertama aku tgk aku terfikir " Ni Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Sultan Mohamad IV???"..3/4 stadium dipenuhi 'Lautan Merah'..hanya sebahagian kecik je penyokong N9..Tetiba rase Extra proud to be Kelantanese..hahaha



Tapi gambar ni plak agak tidak enak dipandang..sepatutnya sukan itu menyatupadukan rakyat, mendisiplinkan rakyat..tetiba rasa malu nk mengaku jadi Anak Kelantan..bilakan mentaliti peminat bola sepak Kelantan akan berubah..Inilah sebabnya parents aku susah nk bg anak2 lelaki mereka g tgk bola..nnti lain plak jadinya..jika dilihat prestasi Bola Sepak Kelantan naik secara mendadak tahun ni..sepatutnya disiplin penyokong juga naik secara naik secara mendadak..aku malas la nk cerita panjang..KORANG PIKIRLAH SENDIRI!!!!

Seperti yg kita ketahui keputusannya..kemenangan Kelantan tertangguh lagi..jika beberapa bulan lepas di Final Piala FA..semalam di Final Piala Malaysia pula..walaubagaimanapun, sekalung tahniah kepada pemain kerana tiada insiden yg x diingini berlaku di atas padang..

p/s : Majulah Bola Sepak Untuk Negeri Kelantan!!!!
HIDUP THE RED WARRIORS!!!!

Thursday, November 5, 2009

I miss mathematics so much!!!!!!!

Sejak jd medic student ni..ilmu matematik hilang sedikit demi sedikit..patutla cikgu2 kt sekolah dulu cakap cara belajar matematik hanya melalui latihan..Practices make perfect..

Tetiba teringat kt Mathematics Trick ni..dh ramai yg bg teka teki ni kt aku termasuk la Cikgu AddMath yg sorang ni, Mohd Faizal Salleh..hehe..(Pokja, jgn marah ek..kak dh dpt jwpn utk kemusykilan ini)..


Ali, Bobi dan Coci nak menyewa sebuah bilik hotel untuk bermalam. Sewa bilik tersebut adalah RM30 untuk satu malam. Jadi setiap seorang perlu mengeluarkan RM10. Sharing is caring la konon’nya.

Mereka menyerahkan RM30 tersebut kepada akak kaunter. Akak kaunter tu kasi la RM30 tu dekat bos hotel tu. Bos tu kata, saya amik RM25 je. Pulangkan RM5 lebih ni kepada mereka. Hari ini ada diskaun!


Sebelum pulangkan lebih RM5 tu, akak kaunter tu curik RM2. Lebih RM3 tu diserahkan semula kepada mereka. Jadi setiap seorang dapat la RM1 balik. Bila dah dapat RM1 balik, bermakna modal yang mereka keluarkan untuk sewa bilik tu adalah RM9 setiap seorang.


Persoalannya, kalau seorang keluarkan RM9, bila di’darabkan dengan 3, bermakna RM27. Campur RM2 yang akak kaunter tu ambik, jadilah RM29. Habis mana lagi RM1? Kan diorang keluarkan RM30 pada awalnya.


Sila bg pendapat anda di sini..nnti saya explain jawapannya..

p/s : Aku rindu matematik..nk blaja janjang aritmetik, janjang geometri, pengamiran, pembezaan dan byk lg la..(budak2 sklh skrg mesti xfaham aku guna istilah ni, maklumlah skrg all in English)

Tuesday, November 3, 2009

Buat Insan Teristimewa.....


Setiap titis airmata
Setiap saat nan berduka

Mengajar aku erti dunia

Tak ku lupa pengorbanan kehidupan
Memikul beban di bahu nan selalu
Memberi yang termampu

( korus )

Ayahku terlalu menyayangi aku
Mendedikasikan hidupnya kepadaku
Dan ibu sentiasa ada bersama
Walau serendah mana aku

Dia tetap menjunjung namaku

Biarku belai tanganmu
Yang telah ditelan usia
Namun penuh berjasa... mulia
Terlalu lama impianku luahkan rasa
Kesyukuranku di hati
Pada dua insan paling ku sayangi


( ulang korus )

Biar ku hilang segalanya
Harta, benda ataupun nyawa

Asal tak ku hilang kau berdua

Dan aku berdoa
Semoga sejahtera selamanya
Hidup kita sekeluarga
Di dunia dan selepasnya