Monday, October 5, 2009

"Macam pernah dengar sebelum ni???"

'Anak emas' Malaysia





AZIZULHASNI AWANG sewaktu mula-mula menceburi sukan lumba basikal.


HARAPAN Malaysia untuk meraih pingat emas pertama negara daripada Sukan Olimpik di London pada 2012 semakin cerah de- ngan kejayaan konsisten yang ditampilkan pelumba trek, Azizulhasni Awang yang menjuarai Kejohanan Lumba Basikal Trek Grand Prix Medellin di Colombia dua hari lepas.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang menyifatkan Azizul- hasni kini 'anak emas' Malaysia berkata, kementeriannya akan memberikan segala bantuan yang diperlukan pelumba yang berasal dari Dungun, Terengganu itu untuk terus melakar kejayaan.

"Azizulhasni merupakan ikon anak muda negara dan kini merupakan 'anak emas' Malaysia.

"Kejayaannya yang konsisten meyakinkan kementerian untuk mendapatkan satu emas daripada Olimpik London," katanya di Putrajaya semalam.

Malaysia sebelum ini menyasarkan satu emas dari London menerusi pemain badminton perseorangan negara yang juga pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tetapi kemudian menambah sasaran kepada dua emas selepas kejayaan konsisten pasu- kan pelumba pecut negara yang diketuai oleh Azizulhasni.

Pada perlumbaan di Colombia, Azizul- hasni mencatatkan 10.353 saat untuk menga- tasi pelumba Belanda, Teun Mulder yang mencatat 10.393s dan juara dunia, Gregory Bauge yang melakukan 10.445s.

Ahmad Shabery juga kagum dengan komit- men Azizulhasni yang kini berpangkalan di Melbourne, Australia untuk ke kejohanan di Colombia itu seorang diri tanpa ditemani ju- rulatihnya, John Beasley.

Sejak memenangi pingat perak dalam acara 200 meter pecut pada Kejohanan Trek Dunia di Poland pada Mac lepas, Azizulhasni yang kini menjadi pelajar Universiti Deakin di Melbourne, turut meraih dua emas dalam acara 200 meter pecut individu dan pecut berpasukan pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Kalimantan, Indonesia pada Ogos lalu.


P/S:

Bukan nak menidakkan kemampuan Azizulhasni, tetapi situasi seperni ini pernah jgk berlaku kpd Lee Chong Wei..tgklah apa kesudahannya..perjalanan Azizulhasni masih jauh utk ke London 2012..semoga beliau terus success dlm sukan lumba basikal dan pelajarannya...

Tahniah atas pingat emas yg dirangkulnya...macam xcaye je mamat ni sebaya aku..hahaha

2 comments:

Unknown said...

semuanya juara jika berjaya mmbawa nama Malaysia...

Mohamad Hj Yawmon said...

hi, sarjan yo! kalau military malaysia macam nordin mat top tu pun juara juga ker? bawak nama malaysia kan kesana kemari! memalukan!