Sunday, September 11, 2011

RENUNGKANLAH BERSAMA

Setiap manusia pasti punya
Pemikiran yang saling berbeza
Tapi janganlah cuba untuk memaksa
Yang lain jika tidak sekata

Usah taksub tafsiran sendiri
Pandanglah dari sudut yang lain
Mungkin ada benarnya kata mereka
Andainya berfikiran terbuka

Renungkanlah bersama

Habibi janganlah membenci
Hentikan dari saling menyakiti
Habibi hanya jikalau bersatu
Umahmu akan lebih maju

Temanku bersalamlah selalu
Hormati mereka disekelilingmu
Temanku marilah kita bersama
Menjadi pejuang agama

Tak perlu meninggikan suara
Untuk meluah apa dirasa
Kerana lantang itu bukannya bermakna
Katamu menjadi lebih benar

Renungkanlah bersama 


2 comments:

kotak said...

aku suke gamba ni... hepi je sume.........~

norfaridahanum said...

sangat bermakna...semoga kita sama2 diberi petunjuk dan pencerahan dariNYA. aish~~~

p/s: hawa, ko x tgk gmbr versi senget dan poyo lagik.ini versi sopan.haha.