Monday, December 12, 2011

MERAIH PAHALA MELALUI FACEBOOK

Meraih Pahala Melalui Facebook

Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa.
Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej.

Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di Amerika Syarikat dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Ivy League, dan Universiti Stanford.

Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah S.A.W bersabda:
سَلُوا اللَّهَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَاسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ
Maksudnya: "Mohonlah kepada Allah ilmu yang bermanfaat, dan berlindunglah dengan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat"

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, Abdun bin Humaid dalam al-Musnad, al-Fakihi dalam Fawaid Abi Muhammad al-Fakihi.

Meraih Pahala Bersama Facebook
Tajuk ini bukanlah menggalakkan kita terus berfacebook kerana termotivasi dengan terma 'pahala'. Ia cuma sebagai pendorong kepada kita untuk memanfaatkan masa yang terluang semasa berfacebook untuk memperoleh pahala dari-Nya.

1. Facebook Chat
Berbual menggunakan Facebook Chat sememangnya menyeronokkan. Sahabat yang jauh, terasa dekat. Masa yang lama, terasa singkat. Tambahan pula dengan adanya video call, seakan 'melekat' batang tubuh di hadapan komputer. Lepas seorang, seorang lagi. Hingga larut malam.
Adalah lebih baik jika chatting itu terisi dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Boleh jadi ia perbincangan masalah dalam pembelajaran, perbincangan isu-isu agama ataupun sekadar bualan bagi mengeratkan ukhwah.

2. Status
Terkadang rasa lucu, geram, keliru, hairan dan seronok melihat ragam status rakan-rakan Facebook setiap hari. Ada yang jenis update status setiap jam. Ada yang suka meluahkan perasaan selepas putus cinta. Ada yang meluahkan kemarahan di Facebook.
Tidak kurang juga ada yang bergaduh, saling perli-memerli (sempat lagi tag 'musuhnya'). Bagi yang membaca status, jari-jemari ligat menekan 'like'. Ada juga yang menulis status dan mengharapkan 'like' yang banyak.  'Like' yang banyak mungkin satu kepuasan buat dirinya.
Tulislah status yang bermanfaat, diletakkan link ceramah agama dari Youtube, ataupun sekurang-kurangnya video-video menarik lucu dan berunsur nasihat dari blogger terkenal Malaysia seperti Mat Luthfi, Anwar Hadi atau Aiman Azlan .
Boleh juga diupload gambar-gambar bermanfaat, design testi yang menarik dari ILuvIslam, lukisan dari Rusydee Artz, komik Islamik dari MFR Studio dan juga Komik Dakwah Online.

3. Group
Kadangkala, aplikasi group ini agak menyerabutkan. Apabila semuanya serba mudah di dalam Facebook ini, maka makin ramai yang membuat group. Lalu di add masuk ramai orang ke dalamnya. Kadangkala, tidak pernah diminta untuk masuk ke group itu, tahu-tahu sudah di add masuk.
Bagi saya sendiri, saya buangkan sahaja group-group yang tidak membawa manfaat dan sertai group yang bermanfaat. Cuba turut serta dalam perbincangan group dan lontarkan pandangan, ilmu mahupun komen anda.
Usah sekadar menjadi 'silent reader' kerana kadangkala kefahaman kita terhadap sesuatu isu mungkin tersasar dari maksud sebenar. Jadi, dengan mengemukakan pandangan atau komen, kefahaman anda mungkin lebih jelas.

4. Share
Gunakan kemudahan share untuk berkongsi notes dan status rakan-rakan yang bermanfaat. Adalah lebih baik dikongsi status ilmuan-ilmuan agama kita seperti Ustaz Zaharuddin, Ustaz Hasrizal, dan Ustaz Azhar Idrus atau status motivasi dari Prof. Dr. Muhaya, Wardina Safiyyah dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama).

5. Notes
Kemudahan aplikasi Notes di Facebook wajar diguna sebaiknya untuk dakwah. Apa sahaja yang anda peroleh dari pembacaan anda, ringkaskan dan letak di Notes kemudian tag seramai mungkin rakan-rakan anda.
Kita sudah ada majalah Solusi, Tarbawi, GenQ, Fardu Ain, Majalah i, Q & A, dan lain-lain. Malaysia sudah 'kebanjiran' dengan majalah-majalah agama. Manfaatkannya untuk mengutip dan menyebarkan seberapa banyak mutiara ilmu di dalamnya.
Apa yang penting, pastikan apa yang anda peroleh dari pembacaan anda perlu dari sumber yang tepat dan bukannya mesej berantai, risalah-risalah yang entah dari mana sumbernya, dan emel yang tiada asasnya. Tidak pasti? Rujuklah individu yang lebih arif.

Firman Allah S.W.T:
"Bertanyalah kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui" (Surah an-Nahl ayat 43)
P/S: Ayat ini mengingatkan aku kepada pesanan kakak BADRI semasa di SMSPP dulu. Aku ingat lagi dia cakap "Dalam Al-Quran ni, cara nak buat roti canai pun diajar. Kitorang pun pelik la. Then dia bagi ayat ni. Memang betul la kan??


Penutup
Mudahnya mendapat manfaat dan pahala dari Facebook. Ingatlah, Facebook bukanlah segala-galanya dalam hidup anda namun segala-galanya dalam hidup anda boleh menjadi lebih bermakna dengan manfaat dari Facebook.
Bahagi masa anda dengan sebaiknya apatah lagi jika anda masih bergelar penuntut ilmu. Semoga manfaat yang kita peroleh, mampu menjadi bekal kita di sana nanti. Wallahualam.

*sejarah Facebook diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Facebook
-Artikel iluvislam.com

Thursday, December 8, 2011

23 TAHUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entri ini telah aku tulis sebulan yang lalu tapi baru sempat disiapkan untuk di"post"kan di sini.

7 November 2011. Majlis makan-makan di rumah Tka dan An yang aku sangkakan hanya sempena Aidiladha rupanya dirancang untuk hari jadi aku dan Yvonne. Mana nak jangka, sebab awal 2 hari daripada hari jadi aku. Aku hampir-hampir nak rosakkan plan diorang. Disebabkan aku dilanda demam selsema, aku terfikir untuk tak join majlis makan-makan tu. Tetapi apabila memikirkan dah lama tak kumpul ramai-ramai, aku pergi la jugak. Agaknya kalau aku cakap aku tak join, apalah yang diorang akan buat supaya aku join jugak. Hehehe.

Tak larat nak tulis panjang-panjang. Kita tengok gambar je la ye.


Diorang bawa keluar cupcakes bila aku cakap aku dah nak balik.

HY 23 BIRTHDAY YVONNE SHU..Tka, aku maafkan kau atas kesilapan yang tak disengajakan tentang ejaan nama aku

Thanks Tka, aku xpernah dapat bunga macam ni...hehehe

Menu istimewa di hari istimewa..terima kasih semua

Lurve u all!!!


Sesi suap-menyuap..

Bersama-sama tuan rumah


Makan-makan


Muka excited dapat hadiah

Terima kasih untuk semua!!!!

Wednesday, December 7, 2011

Exam Fever VS Homesick

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah hampir 2 minggu tak menjengah ke blog ni, petangku ini diluangkan seketika di sini. I'm done with my theory papers for Final MBBS Part 1..only practicals left!!!. Apabila theory papers berakhir, aku sudah mula berkira-kira tentang holiday aku nanti. Tak sabarnya nak balik. 2 minggu yang mendatang akan menjadi 2 minggu yg panjang.

Berbalik kepada peperiksaan yang telah dihadapi, setelah aku berusaha, sekarang aku hanya mampu bertawakkal dan berdoa semoga Allah mempermudahkan perjalanan hamba-Nya ini. Aku yakin Allah menjanjikan yang terbaik untuk hamba-Nya.

Apabila bercerita tentang cuti, saat terindah adalah apabila dapat bersama keluarga. Sedar atau tidak, semakin lama aku berada di India, "homesick" aku semakin menjadi-jadi. Orang cakap alah bisa tegal biasa tapi sebaliknya untuk aku. Cepatlah 2 minggu ini berlalu. Oh ya, aku juga terlepas peluang untuk bersama-sama dalam majlis perkahwinan sepupu aku pada 11/12/11 nanti. My 1st cousin who is going to get married. Ruginya terlepas peluang berada dalam historical moment. Inilah yang dinamakan pengorbanan.

Senyum selalu!!!!


Kenangan ketika BTN 2008

" ORANG YANG GAGAL AKAN MENCARI ALASAN UNTUK BERHENTI, TETAPI ORANG YANG BERJAYA AKAN BERHENTI MENCARI ALASAN!"

Saturday, November 26, 2011

"KAKA MALAYSIA"


Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Banyaklah pulak entri-entri yang tak complete ditulis untuk di"post"kan kat blog. Kalau ada kesempatan aku siapkan dan dikongsikan di blog ini. Tapi malam ni aku nak berkongsi tentang si budak "comel" yang aku rasa telah mengatasi populariti KFCM. Sorry Apex, but u still the best goalkeeper. Kadang-kadang terfikir pulak nak jadikan blog ni sebagai blog sukan tapi takut tak tercapai pulak misi nak menulis pasal sukan. Maklumlah masih bergelar pelajar perubatan, takut takde masa nak ikuti perkembangan sukan. But it's cool right, student medic and blogger sukan. Ish, makin dekat dengan exam, makin merapu pulak tulisan Shuhaiza. Memandangkan tak cukup masa nak menulis, aku kongsikan apa yang aku baca sahaja.
Ada persamaan ke??..macam takde je..


Semasa namanya disenaraikan pada saat akhir bagi menggantikan Gary Steven Robbat ke Sukan SEA 2011, tidak ramai peminat mengenali siapakah Mohd. Nazmi Faiz yang baru berusia 17 tahun.
 
Malah, tindakan yang dilihat terdesak oleh jurulatih negara, Ong Kim Swee kerana sanggup menerbangkan Nazmi ke Jakarta yang ketika itu berada di Vietnam bagi menghadapi Kejohanan Kelayakan AFF bawah 19 tahun menimbulkan persoalan di kalangan peminat, adakah perjudian itu memberikan pulangan berbaloi.

Tambahan sehingga dia sanggup tidak mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai hanya menjangkakan pemergian Nazmi hanya untuk memanaskan bangku simpanan sahaja dan tidak lebih sekadar mencari pengalaman.



Namun, sebaik sahaja Sukan SEA XXVI Indonesia bermula, namanya tiba-tiba meniti di kalangan peminat bola sepak tempatan, malah sudah ada yang membandingkan kehebatannya sama seperti bekas pemain legenda negara, Azizol Abu Hanifah dan tidak kurang memberikan dia dengan nama jolokan 'Kaka Malaysia'.
Ketenangan mengawal bola dan membuka ruang kepada rakan sepasukan dengan hantaran bola yang menakjubkan walaupun dalam situasi sukar seolah-olah seperti pemain yang sudah jauh berpengalaman membuka mata ramai pihak bahawa anak jati Lembah Keramat ini bakal menjadi aset terbaru masa depan bola sepak Malaysia.

Walaupun telah membawa Malaysia meraih emas di Jakarta, Nazmi mengakui masih banyak perlu dipelajari untuk menjadi pemain lebih baik, namun berterima kasih kepada jurulatih, Kim Swee kerana memberikan kepercayaan kepada dirinya bermain dalam kesebelasan utama.

''Selepas Sukan SEA, gaya permainan saya semakin meningkat dan selesa bermain dengan rakan-rakan walaupun baru sahaja bersama skuad utama.
''Kejayaan memenangi emas di Sukan SEA belum memuaskan hati saya, masih banyak perkara yang saya mahu capai selaku pemain bola sepak di samping meningkatkan lagi tahap permainan saya," katanya yang bercadang mengambil peperiksaan SPM pada tahun depan.



P/S : Sesungguhnya perjalanan Nazmi Faiz sebagai pemain bola baru sahaja bermula. Semoga semua orang fokus kepada perkembangan karier beliau tanpa perlu memperbesarkan isu-isu yang remeh-temeh. SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!!