Saturday, July 2, 2011

WANITA PERTAMA DI HATIKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini, 3 Julai 2011 genaplah 52 tahun usia ibuku..kak doakan mak sentiasa sihat dan gembira..engkau wanita pertama dalam hatiku...



MAK,
KAULAH BUNGA MENGUNTUM INDAH,
MENYERI MEKAR LAGI MEMERAH,
KU PUJIMU DENGAN BERBAGAI MADAH,
KERANA KU SANJUNG AKAN SIFATMU,

MAK,
BUMI INI BUMI YANG PAYAH,
MENGALIR TANGIS KALANYA DUKA,
NAMUN KAU MELANGKAH SERIBU KEKUATAN,
TEMPUHI KERIKIL BATU-BATUAN,

MAK,
TERANG BULAN DI MALAM HARI,
TERANG LAGI WAJAHMU YANG SUCI,
PENYEJUK JIWA DALAM KEDUKAAN,
PENAIK SEMANGAT DENGAN ALUNAN MELODIMU,

MAK,
KALA AKU BERSEORANG DIRI,
HANYA BERTEMAN PENA DAN KERTAS,
BERCERITA PADA JERITAN HATI,
MENATAP LANGIT SENDIRIAN DIRI,
KAU DATANG TANPA KU SURUH,
PENGHIBUR HATI YANG BAGAI NAK LURUH,
BIJAK PENDETA BERMAIN KATA,
BIJAK LAGI KAU MEMUJUKKU.

MAK,
ANDAI KATA AKU DAPAT BERNYANYI,
BURUNG MERAH TURUT MENDENDANGKAN BERSAMAKU,
KU DUDUK DI SAMPINGMU,
MENCARI SUMBER IBSPIRASI ILHAM,
KU RASAI KASIH SAYANG MU,
KU BANGGA KERANA DAPAT MEMANGGILMU,
DENGAN GELARAN BONDA.

No comments: