Aku bukanlah seorang peminat fanatik bola tetapi kalaulah sesiapa yang ingin berborak dgn aku psl bola insyaAllah aku boleh masuk forum....mungkin sebab sejak kecik lagi aku selalu tgk bola ngan family..tapi kat tv je la..tak pernah berpeluang pun nak ke stadium..family aku ni sbnrnya bukan takat bola je yg kitorang layan..semua sukan la..sesuai dgn slogan tapi aku ubah sikit la..SUKAN MENYATUKAN KELUARGA..
Sehinggalah pada cuti singkat yang lepas..aku menyatakan hasrat aku utk menyaksikan bolasepak di stadium..memandangkan bola sepak Kelantan boleh la dikatakan berada di puncak, aku tak mahu melepaskan peluang bersama merasai kehangatannya..selalu dgr dr abang aku je..walaupun selepas Kelantan tewas kpd Terengganu di Final Piala FA, aku tetap pergi menyaksikan perlawanan Kelantan vs Perak..salah satu perlawanan Liga Super..
Tapi yang tak berapa nak puas hati tu sebab KFCM tak diturunkan atas tuntutan kepada negara..tapi takpe lah, yang penting Norshahrul Idlan score gol tunggal malam tu..mengikut abang aku, selalunya stadium penuh, malam tu agak kosong mungkin peminat masih kecewa dgn kekalahan Final Piala FA..tapi bagi aku itupun agak penuh jugak jika dibandingkan dgn keadaan 5-10 tahun yang lepas..
Ini aku sertakan beberapa keping gambar semasa berada di stadium..yang sedihnya, lupa nak capture gambar sendiri..terlalu teruja nak ambik gambar pemain kat tengah padang..oh ya, aku juga menyanyikan Lagu Negeri Kelantan secara langsung selepas hampir 6 tahun..hehehe..jangan marah sebab saya masih mengenal jati diri sendiri even tak menyanyikan lagu negeri..
Tiket perlawanan..menonton bersama Abah
Disebabkan masuk awal ke stadium, sempat menyaksikan pemain memanaskan badan
Pemain-pemain Perak di seberang sana
Stadium yang tidak "full-house"
Bersalaman sebelum memulakan saingan
Memberi kata-kata semangat kepada ahli sepasukan
JIKA DIBERIKAN KESEMPATAN, AKU INGIN TERUS MENYAKSIKAN PERLAWANAN BOLA SEPAK DI STADIUM..MUNGKIN SELEPAS INI AKSI PASUKAN KEBANGSAAN PULAK...
No comments:
Post a Comment