Memandangkan tahun ni Sukan Komanwel berlangsung di bumi yg telah ku jejaki selama lebih dua tahun, terasa ingin berkongsi serba sedikit berita..kurang dari 10 hari temasya akan bermula, pelbagai cerita yg kurang enak kita dengar..aku hanya mampu tersenyum..India is still India...
BERITA 1
Teruk!
Oleh Hussain Said
ITULAH gambaran menakut kan daripada laporan pertama diberikan urus setia kontinjen negara diketuai Pengurus Besar yang juga Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin selepas tiba di New Delhi, kelmarin
Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, berkata dia menerima emel pertama daripada Jefri, semalam yang membayangkan keadaan temasya Sukan Komanwel dari 3 hingga 14 Oktober ini teruk berikutan banyak kemudahan yang belum siap sepenuhnya. “Jadi, kita akan mengambil langkah sewajarnya da ripada gambaran yang diberikan urus setia yang sudah berada di sana un tuk memastikan kontinjen ne gara tidak berdepan masalah besar sepanjang berada di banda raya itu,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai emel yang dihantar Jefri, Zolkples berkata, pasukan urus setia turut memberitahu mereka terpaksa menunggu empat jam untuk memasuki perkampungan sukan dan tambahan satu jam setengah lagi untuk memasuki pangsapuri sementara yang disediakan.
“Jefri memaklumkan blok penginapan yang disediakan untuk kontinjen negara tidak memuaskan dan sedang berusaha memohon menukar blok yang terletak di hujung ke kawasan tengah yang kelihatan lebih baik.
“Dia juga tidak pasti bila perkampungan sukan berkenaan akan dibuka secara rasmi kerana sukar mendapat maklumat berikutan ketiadaan penyelarasan di antara pegawai yang bertugas,” katanya.
Zolkples berkata, atlit juga perlu berdepan kawalan keselamatan yang ketat dan melampau di perkampungan sukan yang turut menjadi topik perbincangan hangat di kalangan kontinjen yang sudah berada di sana.

BERITA 2- NASI SUDAH MENJADI BUBUR
'Silap pilih India jadi penganjur'
2010/09/25
NEW DELHI: Sukan Komanwel sepatutnya tidak diberikan hak penganjuran kepada India, kata ketua Olimpik Australia semalam tatkala lebih banyak atlit menarik daripada kejohanan itu yang dibelenggu keadaan penginapan yang kotor, pembinaan kurang berkualiti dan kebimbangan keselamatan. Ketika atlit mula tiba di Delhi, pihak penganjur bergelut untuk mempersiapkan gelanggang Temasya, memaksa beberapa pasukan untuk menginap sementara di hotel-hotel.
“Kita akan terus berhubung dengan pasukan urus setia di sana bagi mendapatkan perkemba ngan terkini mengenai situasi yang berlaku dan mengambil langkah susulan untuk memastikan kontinjen negara lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.
“Saya tidak fikir ia ada kaitan dengan budaya. Apabila anda bersetuju untuk menganjur (Temasya) anda dituntut menyediakan perkara asas seperti kebersihan dan kesihatan kepada atlit,” kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Australia, John Coates.“Temasya itu tidak sepatutnya dianugerahkan kepada Delhi.”
Wabak demam denggi melanda Delhi dan dua pelancong asing ditembak mati dan dicederakan oleh pengganas di bandar raya itu, Ahad lalu.
Juara Olimpik lumba basikal Geraint Thomas and dan tiga pelumba Wales memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam temasya yang dijadualkan bermula 3 Oktober ini.

No comments:
Post a Comment