Banyak jgk entry aku bulan even sekadar copy paste je..aku ni xde la pandai nk menulis + xde mase sgt nk menulis..sekadar ingin berkongsi isu2 semasa je..
Aku xtau la kenapa aku tertarik sgt psl kes Sosilawati nih..suspek utama tu sgt misteri bagi aku..sbb tiap ari follow kes ni, sampai terbawa-bawa dlm mimpi..bahaya tuh..
Ni latest article yg menarik minat aku..
Pembunuhan kejam Sosilawati: Ladang suspek ada banyak bukti
Laporan Suhana Roslan, Muhamad Fairoz Azizan dan Badrul Kamal Zakaria
bhnews@bharian.com.my
2010/09/29
KUALA LUMPUR: Polis percaya beberapa lokasi sekitar ladang persendirian milik suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain menjadi tempat pembuangan banyak bukti berkaitan pembunuhan itu dan kehilangan tiga ahli perniagaan lain, termasuk seorang dari India.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang mendedahkan perkara itu, berkata polis percaya ladang berkenaan mempunyai banyak lagi bahan bukti untuk dikumpul.
“Ini petunjuk baru yang diperoleh daripada hasil siasatan.
“Selain dua kubur yang digali, kelmarin, ada beberapa lagi lokasi yang dipercayai mempunyai bahan bukti untuk melengkapkan siasatan kes secara menyeluruh,” katanya di sini, semalam.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan tiga ahli perniagaan yang hilang itu akan disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berikutan modus operandi kehilangan mereka yang sama, selain dipercayai turut didalangi suspek sama.
Pada 22 September lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mengesahkan ahli perniagaan dari India, Muthuraja Allal Kanthan, 34, yang dilaporkan hilang sejak Januari lalu, turut dibunuh.

Malah, dua lagi individu, Shafik Abdullah, 37, seorang kontraktor dari Sungai Petani, Kedah dan sahabat baiknya turut disahkan hilang selepas menemui suspek utama yang juga peguam yang terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati, April lalu.
Kes pembunuhan dan orang hilang itu terbongkar susulan penahanan peguam yang juga suspek utama kes pembunuhan Sosilawati bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 44.
“Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada hasil siasatan. Malah, operasi penggalian kubur kelmarin turut dilakukan kerana kita percaya ia adalah kawasan berkemungkinan mereka (suspek) menggunakan tempat itu bagi membuang bahan bukti, termasuk berkaitan kes kehilangan tiga ahli perniagaan,” katanya pada majlis sambutan hari raya anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.
Ditanya sama ada bukti baru seperti tulang ditemui di ladang itu, Mohd Bakri enggan mengulas lanjut dan memaklumkan pihaknya akan melakukan siasatan berhubung kes berprofil tinggi itu secara menyeluruh.
“Kita (polis) tidak boleh terlalu memperincikan berhubung penemuan bahan bukti ini, kerana ia masih dalam siasatan,” katanya yang mengakui polis tidak berdepan dengan sebarang kesukaran dalam menjalankan siasatan.
No comments:
Post a Comment