Wednesday, September 29, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Banyak jgk entry aku bulan even sekadar copy paste je..aku ni xde la pandai nk menulis + xde mase sgt nk menulis..sekadar ingin berkongsi isu2 semasa je..

Aku xtau la kenapa aku tertarik sgt psl kes Sosilawati nih..suspek utama tu sgt misteri bagi aku..sbb tiap ari follow kes ni, sampai terbawa-bawa dlm mimpi..bahaya tuh..

Ni latest article yg menarik minat aku..

Pembunuhan kejam Sosilawati: Ladang suspek ada banyak bukti
Laporan Suhana Roslan, Muhamad Fairoz Azizan dan Badrul Kamal Zakaria
bhnews@bharian.com.my
2010/09/29


  • Foto

    ANTARA lokasi dipercayai tempat pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dekat Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

  • Foto

    Usharani

Beberapa lokasi disyaki jadi tempat pembuangan barang peribadi mangsa

KUALA LUMPUR: Polis percaya beberapa lokasi sekitar ladang persendirian milik suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain menjadi tempat pembuangan banyak bukti berkaitan pembunuhan itu dan kehilangan tiga ahli perniagaan lain, termasuk seorang dari India.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang mendedahkan perkara itu, berkata polis percaya ladang berkenaan mempunyai banyak lagi bahan bukti untuk dikumpul.

“Ini petunjuk baru yang diperoleh daripada hasil siasatan.

“Selain
dua kubur yang digali, kelmarin, ada beberapa lagi lokasi yang dipercayai mempunyai bahan bukti untuk melengkapkan siasatan kes secara menyeluruh,” katanya di sini, semalam.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tiga ahli perniagaan yang hilang itu akan disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berikutan modus operandi kehilangan mereka yang sama, selain dipercayai turut didalangi suspek sama.

Pada 22 September lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mengesahkan ahli perniagaan dari India,
Muthuraja Allal Kanthan, 34, yang dilaporkan hilang sejak Januari lalu, turut dibunuh.

Malah, dua lagi individu,
Shafik Abdullah, 37, seorang kontraktor dari Sungai Petani, Kedah dan sahabat baiknya turut disahkan hilang selepas menemui suspek utama yang juga peguam yang terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati, April lalu.

Kes pembunuhan dan orang hilang itu terbongkar susulan penahanan peguam yang juga suspek utama kes pembunuhan Sosilawati bersama pemandunya,
Kamaruddin Shansuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 44.

“Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada hasil siasatan. Malah,
operasi penggalian kubur kelmarin turut dilakukan kerana kita percaya ia adalah kawasan berkemungkinan mereka (suspek) menggunakan tempat itu bagi membuang bahan bukti, termasuk berkaitan kes kehilangan tiga ahli perniagaan,” katanya pada majlis sambutan hari raya anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Ditanya sama ada bukti baru seperti tulang ditemui di ladang itu, Mohd Bakri enggan mengulas lanjut dan memaklumkan pihaknya akan melakukan siasatan berhubung kes berprofil tinggi itu secara menyeluruh.

“Kita (polis) tidak boleh terlalu memperincikan berhubung penemuan bahan bukti ini, kerana ia masih dalam siasatan,” katanya yang mengakui polis tidak berdepan dengan sebarang kesukaran dalam menjalankan siasatan.

Monday, September 27, 2010

Episode 1 Grey's Anatomy: "With You I'm Born Again"

When we say things like "people don't change" it drives scientist crazy because change is literally the only constant in all of science. Energy. Matter. It's always changing, morphing, merging, growing, dying. It's the way people try not to change that's unnatural.

The way we cling to what things were instead of letting things be what they are.
The way we cling to old memories instead of forming new ones.
The way we insist on believing despite every scientific indication that anything in this lifetime is permanent.
Change is constant. How we experience change that's up to us. It can feel like death or it can feel like a second chance at life.

If we open our fingers, loosen our grips, go with it, it can feel like pure adrenaline. Like at any moment we can have another chance at life. Like at any moment, we can be born all over again.

Sunday, September 26, 2010

Mari belajar sejarah....

Legasi Kesultanan Kelantan

Oleh Norliza Wasilan


  • Foto

  • Foto

  • Foto

    Sultan Muhammad IV (duduk) bersama Sultanah Zainab serta kerabat diraja.

  • Foto

    Sultan Yahya Petra, Tengku Zainab (tiga dari kiri) bersama anakanda baginda termasuk Tuanku Ismail Petra (tengah).

  • Foto

    Sultan Muhammad V (kanan) bergambar bersama ayahanda baginda dan Tengku Anis serta Tengku Muhammad Faiz (depan kiri), Tengku Muhammad Fakry dan Tengku Amalin A'ishah Putri.

Sultan Muhammad V teruskan salasilah keturunan Long Yunus

TUANKU Muhammad Faris Petra selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September lalu dan kini bergelar Sultan Muhammad ke-V. Pemilihan putera berusia 41 tahun yang juga anakanda sulung, Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, juga mengakhiri kemelut menyelubungi Istana Kelantan, sejak ayahandanya gering mulai Mei tahun lalu.

Pemasyhuran itu pantas mencipta sejarah keluarga diraja di negara ini kerana baginda dilantik menjadi Sultan memerintah negeri ketika ayahandanya masih hidup. Namun, perlantikan baginda dibenarkan mengikut Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang bersidang sebulat suara memilih, mengesahkan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai raja memerintah dan menaiki takhta kerajaan Kelantan.

Lima belas ahli MPN Kelantan yang bersidang itu sebulat suara bersetuju Tuanku Ismail Petra memerlukan pengganti berikutan gering baginda berlarutan sejak lebih setahun lalu.

Perkembangan yang berlaku di Kelantan dalam suasana Aidilfitri tahun ini, bukan setakat menarik minat semua lapisan rakyat yang menunggu saat pemasyhuran Sultan Muhammad ke-V, malah mengimbas kembali salasilah keluarga Diraja Kelantan serta sejarah kesultanan negeri ini.

Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V bermula dari keturunan Long Yunus Long Sulaiman, Sultan yang memerintah Kelantan antara 1765-1795.
Tuanku Ismail Petra iaitu ayahanda Sultan Muhammad ke-V, yang juga putera tunggal kepada Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Raja Perempuan Tengku Zainab II, ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada 30 Mac 1979, susulan kemangkatan ayahandanya ketika menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Mac 1979.

Tuanku Ismail Petra diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, adalah anak lelaki tunggal dan adik bongsu lima beradik iaitu Tengku Marjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani.

Hasil perkahwinan baginda dengan Tengku Anis, yang mempunyai hubungan kekeluargaan tahap dua sepupu, baginda berdua dikurniakan tiga putera iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra (Sultan Muhammad ke-V), Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhammad Fakry serta puteri, Tengku Amalin A'Ishah Putri.

Sultan Muhammad ke-V dilantik ayahanda baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan, pewaris takhta kerajaan pada 6 Oktober 1985, sebelum diangkat sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009 berikutan keadaan Tuanku Ismail Petra yang gering.

Kemakmuran dan keindahan negeri menjadikan Kelantan turut dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Tanjung Pura. Kewujudan banyak pondok kendalian ulama termasuk Tok Kenali dan Tok Selehor, yang menjadi tumpuan umat Islam mendalami ilmu agama membuatkan Kelantan menerima jolokan negeri Serambi Makkah.

Berdasarkan buku Keluarga Diraja Kelantan Darul Naim tulisan Mohd Zain Saleh, Kesultanan Kelantan dalam lipatan sejarahnya dikaitkan dengan kisah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang pernah ditabal sebagai raja yang bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang dipercayai tidak pernah berkahwin itu dikatakan terkenal sehingga menjadi tumpuan pedagang dalam dan luar negeri termasuk dari Arab.

Wanita pertama menjadi Raja Kelantan itu juga dikatakan memiliki seekor kijang sebagai binatang peliharaan kesayangannya sehingga gambar binatang itu diterap di atas wang emas perbelanjaan negeri dan diabadikan sebagai sebahagian daripada lambang kebesaran negeri hingga kini.

Ketika pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, ada sebuah kerajaan berpusat di Jembal yang diperintah oleh Raja Sakti (1638M atau 1046H). Selepas baginda mangkat, puteranya, Raja Loyor ditabal sebagai raja pada 1649M atau 1059H dan mempunyai dua anak termasuk Puteri Saadong.

Kerajaan Cik Siti Wan Kembang bersahabat baik dengan Raja Loyor, terutama selepas wanita pertama memerintah di Kelantan mengambil anak Raja Loyor, Puteri Saadong sebagai anak angkat untuk dijadikan pewaris takhta baginda.

Puteri Saadong dikatakan pernah menjadi tawanan Raja Siam, sebelum terpaksa membebaskan baginda selepas puteri berkenaan mengubati penyakit dihidapi raja itu.

Selain kisah Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong yang masih dianggap sebagai mitos sesetengah pihak, Kelantan juga pernah menyaksikan beberapa episod perebutan takhta untuk menguasai pemerintahan negeri ini.

Berdasarkan, buku Keluarga Diraja Kelantan Darul Naim, antara perebutan takhta yang pernah berlaku dalam sejarah negeri ini membabitkan Long Muhamad yang juga Sultan Muhamad I dengan iparnya iaitu Tengku Muhamad.

Kemelut tercetus ketika itu apabila Long Yunus mangkat tanpa menamakan penggantinya, walaupun mempunyai ramai pewaris. Keadaan diburukkan apabila tiada kesepakatan dicapai membabitkan tujuh putera Almarhum Long Yunus untuk melantik seorang daripada mereka sebagai raja.

Berikutan itu, menantu Almarhum Long Yunus, Tengku Muhamad yang juga putera Yang Di-Pertuan Terengganu, Sultan Mansur, dilantik sebagai Pemangku Sultan selama 100 hari bagi membolehkan jenazah Long Yunus dimakamkan sekali gus membolehkan pemerintahan negeri berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun, selepas tempoh 100 hari tamat, Tengku Muhamad enggan menyerahkan takhta menyebabkan timbul perbalahan perebutan kuasa membabitkan dirinya dengan Long Muhamad.

Pertembungan antara mereka bagaimanapun menyebelahi Long Muhamad, sekali gus membolehkan baginda menaiki takhta kerajaan mulai 1800 dengan gelaran Sultan Muhamad I.

INFO : Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad ke-V
  • Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan.
  • Anak sulung daripada empat beradik.
  • Dimahkotakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985
  • Dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009

    Pendidikan
  • Pra-sekolah - Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 - 1975.
  • Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan 1976- 1981.
  • Kelas Persediaan - The Alice Smith School,
  • A-Level - Oakham School Rutland, England 1983-1989
  • Pengajian Diplomatik - St. Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies 1989-91.
  • Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan - Huron University College, London
  • Pengajian Perhubungan Diplomatik - Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin.
  • European Business Administration - European Business School London.

    Hobi
  • Membaca
  • Ekspedisi pacuan 4 roda
  • Golf
  • Kuda Lasak
  • Menembak
  • Memanah
  • Badminton
  • Bolasepak
  • Bowling.

    Aktiviti sosial dan agama
  • Ziarah anak yatim, rakyat miskin dan ditimpa bencana
  • Ziarah masjid dan solat sunat terawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan
  • Dampingi alim ulama

    Ketenteraan
  • Brig-Jeneral (Kehormat) Komander 506 Askar Wataniah.
  • Friday, September 24, 2010

    Sana-Sini Sukan Komanwel Part 1

    Assalamualaikum dan salam sejahtera...
    Memandangkan tahun ni Sukan Komanwel berlangsung di bumi yg telah ku jejaki selama lebih dua tahun, terasa ingin berkongsi serba sedikit berita..kurang dari 10 hari temasya akan bermula, pelbagai cerita yg kurang enak kita dengar..aku hanya mampu tersenyum..India is still India...

    BERITA 1
    Teruk!

    Oleh Hussain Said

    pix_gal0
    Laporan pertama Sukan Komanwel Delhi beri gambaran menakutkan

    ITULAH gambaran menakut kan daripada laporan pertama diberikan urus setia kontinjen negara diketuai Pengurus Besar yang juga Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin selepas tiba di New Delhi, kelmarin

    Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, berkata dia menerima emel pertama daripada Jefri, semalam yang membayangkan keadaan temasya Sukan Komanwel dari 3 hingga 14 Oktober ini teruk berikutan banyak kemudahan yang belum siap sepenuhnya. “Jadi, kita akan mengambil langkah sewajarnya da ripada gambaran yang diberikan urus setia yang sudah berada di sana un tuk memastikan kontinjen ne gara tidak berdepan masalah besar sepanjang berada di banda raya itu,” katanya.

    Mengulas lanjut mengenai emel yang dihantar Jefri, Zolkples berkata, pasukan urus setia turut memberitahu mereka terpaksa menunggu empat jam untuk memasuki perkampungan sukan dan tambahan satu jam setengah lagi untuk memasuki pangsapuri sementara yang disediakan.

    “Jefri memaklumkan blok penginapan yang disediakan untuk kontinjen negara tidak memuaskan dan sedang berusaha memohon menukar blok yang terletak di hujung ke kawasan tengah yang kelihatan lebih baik.

    “Dia juga tidak pasti bila perkampungan sukan berkenaan akan dibuka secara rasmi kerana sukar mendapat maklumat berikutan ketiadaan penyelarasan di antara pegawai yang bertugas,” katanya.
    Zolkples berkata, atlit juga perlu berdepan kawalan keselamatan yang ketat dan melampau di perkampungan sukan yang turut menjadi topik perbincangan hangat di kalangan kontinjen yang sudah berada di sana.



    BERITA 2- NASI SUDAH MENJADI BUBUR

    'Silap pilih India jadi penganjur'


    2010/09/25

    NEW DELHI: Sukan Komanwel sepatutnya tidak diberikan hak penganjuran kepada India, kata ketua Olimpik Australia semalam tatkala lebih banyak atlit menarik daripada kejohanan itu yang dibelenggu keadaan penginapan yang kotor, pembinaan kurang berkualiti dan kebimbangan keselamatan.

    Ketika atlit mula tiba di Delhi, pihak penganjur bergelut untuk mempersiapkan gelanggang Temasya, memaksa beberapa pasukan untuk menginap sementara di hotel-hotel.

    “Kita akan terus berhubung dengan pasukan urus setia di sana bagi mendapatkan perkemba ngan terkini mengenai situasi yang berlaku dan mengambil langkah susulan untuk memastikan kontinjen negara lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

    “Saya tidak fikir ia ada kaitan dengan budaya. Apabila anda bersetuju untuk menganjur (Temasya) anda dituntut menyediakan perkara asas seperti kebersihan dan kesihatan kepada atlit,” kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Australia, John Coates.
    “Temasya itu tidak sepatutnya dianugerahkan kepada Delhi.”

    Wabak demam denggi melanda Delhi dan dua pelancong asing ditembak mati dan dicederakan oleh pengganas di bandar raya itu, Ahad lalu.

    Juara Olimpik lumba basikal Geraint Thomas and dan tiga pelumba Wales memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam temasya yang dijadualkan bermula 3 Oktober ini.

    Saturday, September 18, 2010

    Forensic Science is interesting...




    PERISTIWA pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain di Ladang Gadong dekat Tanjung Sepat, Banting, Selangor telah menyentak perasaan jutaan rakyat Malaysia.

    Pembunuhnya dianggap kejam dan bersifat kebinatangan. Kesemua mangsa dipercayai dibunuh seorang demi seorang menggunakan besi pencangkuk dan tikaman bertubi-tubi pada perut.

    Mayat mereka kemudian dibakar manakala abu mayat dibuang ke dalam sungai berhampiran.

    Turut dibunuh bersama Sosilawati ialah pemandu peribadi, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.

    Pihak polis telah menahan lapan orang suspek termasuk seorang peguam yang menggunakan gelaran Datuk palsu.

    Para penyiasat yakin pembunuhan itu telah dirancang rapi. Ini termasuk mangsa dibenarkan atau mungkin juga dipaksa oleh penjenayah terbabit supaya menghubungi keluarga masing-masing pada malam 30 Ogos lalu bagi memaklumkan mereka tidak pulang ke rumah selama tiga hari kerana urusan kerja.

    Ia bagi mengelakkan keluarga mangsa membuat laporan polis tentang kehilangan mereka dan membolehkan penjenayah terbabit menghapuskan barang bukti dalam tempoh tersebut.

    Peguam itu, yang semestinya mahir selok-belok perundangan termasuk melupuskan barang bukti, dikatakan menjadi perancang utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

    Dia tentu mengetahui ketiadaan bukti fizikal akan menyukarkan pihak polis membuat pendakwaan di mahkamah.

    Seperti yang digambar dalam siri drama penyiasatan popular, Crime Scene Investigation (CSI), penjenayah sedaya upaya menutup kesan khususnya bukti asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengelakkan mereka ditangkap.

    SUNGAI Panchau dipercayai lokasi abu mayat Sosilawati dibuang.


    Secara umum, dalam sebarang proses siasatan jenayah terutama yang membabitkan kes bunuh, bahan bukti utama yang dijejaki oleh pakar forensik ialah DNA.

    Keunikan DNA yang menjadi identiti biologi setiap individu yang berbeza membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti suspek dengan mudah, sekali gus mempercepatkan penyelesaian siasatan sesuatu kes jenayah.

    Penjenayah yang licik pasti menyedari hakikat ini. Malah, pensyarah Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zafarina Zainuddin berkata, DNA yang ditinggalkan di tempat kejadian boleh terjejas jika terdedah kepada persekitaran yang ekstrem seperti lembap atau panas melampau. Teori ini nampaknya sekali lagi digunakan dalam kes pembunuhan Sosilawati.

    Prinsip Locard

    Namun, bekas Ketua Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan, berkata tidak kira teknik tanam, bakar, diletupkan atau dibuang ke sungai, dalam tahap tertentu, bukti jenayah tersebut tetap 'timbul'.

    "Tidak kira apa teori atau taktik yang digunakan penjenayah termasuk 'No Body No Murder', penghapusan bukti sebenarnya tidak semudah yang disangka," kata Amidon yang terlibat secara langsung dalam pencarian bukti kes pembunuhan penganalis teknologi maklumat, Canny Ong dan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.

    Tambah Amidon, penggunaan Prinsip Pertukaran Locard yang cukup asas amat mustahak dalam usaha menjejak bahan bukti.

    PAKAR siasatan forensik, Amidon Anan berpendapat penjenayah sukar menutup jejak jenayah kerana pihak polis mempunyai kepakaran untuk menjejakinya.


    "Contohnya, dalam jenayah pecah masuk rumah, penjenayah tentulah akan memegang mana-mana bahagian pintu atau tingkap untuk memecah masuk ke dalam rumah berkenaan.

    "Jika penjenayah menikam mangsa, pasti ada kesan percikan darah di tempat kejadian. Prinsip Locard akan dapat memastikan penjenayah tertangkap," dedahnya.

    Amidon yang pernah mengikuti kursus di Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) menegaskan setiap dua permukaan yang bertemu akan meninggalkan kesan.

    Ini termasuklah cap jari, rambut, darah atau apa saja yang bersentuhan antara mangsa dan suspek.

    Justeru, seandainya penjenayah membakar mangsa sekali pun, masih terdapat 1,001 cara lain untuk mengutip bukti dan mengaitkannya.

    Menyentuh lebih mendalam mengenai taktik melupuskan bukti, Amidon berkata, penjenayah mempunyai pelbagai cara untuk melakukannya.

    "Ia terpulang pada penjenayah itu sendiri bagaimana mahu menghapuskan kesan dan jejak. Ia juga bergantung pada peluang dan ruang yang ada pada masa itu," katanya.

    Antara taktik yang biasa dilakukan penjenayah ialah membuang mayat ke dalam sungai atau laut, dibunuh di tempat ekstrem seperti di dalam hutan atau melakukan pembunuhan seolah-olah ia satu kemalangan.

    Merujuk pada kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, Amidon berpendapat ia satu jenayah terancang.

    "Pelupusan bukti yang dilakukan dengan cara membakar dan membuang senjata pembunuhan ke dalam sungai menjelaskan suspek mempunyai ruang dan peluang.

    "Tetapi penemuan beberapa barang milik mangsa seperti jam tangan serta telefon bimbit termasuk serpihan tulang yang masih menunggu pengesahan ujian DNA telah menjerat suspek," katanya.

    PENGGUNAAN alat pengesan logam membolehkan barang bukti seperti zink lebih cepat ditemui.


    Zink yang disyaki menjadi tempat pembakaran mayat Sosilawati dan sebilah pisau yang dibuang ke dalam sungai turut ditemui.

    Malangnya tulang manusia bukan mudah untuk dilupuskan kerana proses pembakaran perlu melalui lapisan kulit, lemak, daging, otot dan sebagainya terlebih dahulu sebelum api dapat sampai ke tulang.

    "Kalau dilihat melalui mata kasar mungkin tulang mangsa sudah hangus. Itu hanyalah pertimbangan logik.

    "Tetapi dari segi saintifik, tulang itu belum hancur 100 peratus, sekali gus masih meninggalkan bahan bukti DNA.

    "Jangankan di atas tanah, di dalam lumpur pun ia masih dapat dikesan," kata Amidon.

    Menurut Amidon, teknik membakar bagi menghilangkan bukti pernah dilakukan di negara ini sebelum ini. Beliau memberi contoh kes Canny Ong yang mayatnya dibakar kira-kira tujuh tahun lalu.

    Mengimbas kes tersebut, mayat mangsa dijumpai di Kilometer 11.2, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada manakala kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.

    Bakar



    Mayatnya turut ditemui tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu, empat hari selepas dia diculik pada 13 Jun 2003 dari tempat letak kereta Kompleks Beli-belah Bangsar (BSC).

    Hasil siasatan pihak forensik mendapati terdapat kesan darah serta ujian DNA yang dilakukan berjaya mengaitkan pembunuh dengan mangsa.

    "Walaupun pelbagai teknik digunakan oleh Ahmad Najib untuk menutup bukti, namun jenayah tersebut tetap terdedah," kata Amidon.

    Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris telah didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman mati.

    Bagi teknik membakar mangsa secara beramai-ramai seperti yang berlaku di Ladang Gadong, ia jarang dilakukan namun jelas Amidon, tindakan membuang sisa bakar ke dalam sungai hanyalah satu teknik biasa untuk mengelirukan pihak berkuasa.

    Untuk itu, Amidon memberitahu, pencarian bahan bukti menggunakan khidmat pakar menyelam adalah cara terbaik untuk menjejak kembali bukti-bukti yang cuba dilupuskan itu.

    Tambahnya lagi, penggunaan anatomi pengesan logam yang digunakan untuk mengesan besi di dalam tanah atau air hingga kedalaman 20 hingga 30 meter juga menjadi faktor penghapusan bukti sukar dilakukan.

    Amidon menjelaskan, walaupun bahan bukti dibuang ke pelbagai tempat, termasuk kawasan ekstrem, ia masih tidak dapat dilupuskan.

    Itulah juga yang berlaku ke atas Altantuya Shariibu yang mati ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan bom di kawasan Empangan Tasik Subang di Puncak Alam pada 20 Oktober 2006.

    Walaupun tubuh Altantuya berkecai, polis masih dapat menemui cebisan daging dan tulang badan wanita itu yang berselerakan dalam radius 200 meter dari tempat tubuh bekas model itu diletupkan.


    P/S : Tengah cari mood untuk study Forensic Medicine!!!!!

    Thursday, September 16, 2010

    Rahsia Ngeri Sungai Panchau


    Polis menjumpai ratusan fragmen tulang manusia di dasar sungai

    KUALA LANGAT: Sungai Panchau dekat sini kemungkinan memiliki lebih banyak rahsia mengerikan daripada yang dibayangkan.

    Di sebalik air sungai yang keruh itu mengandungi ratusan fragmen tulang manusia, dipercayai dijadikan sebagai ‘kubur berair’ bagi mangsa bunuh.

    Difahamkan, polis menjumpai lebih 300 fragmen tulang manusia dari dasar sungai yang terletak hanya antara empat dan lima kilometer daripada ladang berlakunya pembunuhan empat individu.

    Menurut seorang pakar yang mengendalikan pembakaran mayat sejak 20 tahun, apabila badan manusia itu dibakar, ia akan meninggalkan kira-kira 20 sehingga 25 fragmen tulang yang dapat dilihat.

    Setakat ini, polis sedang menyiasat pembunuhan ngeri jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dan mengesahkan sekurang-kuranya lapan laporan mengenai individu hilang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama ke berkenaan.

    Selain Sosilawati, tiga individu lain adalah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32.

    Mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu dan seminggu selepas itu cebisan mayat mereka dijumpai dalam Sungai Panchau dan beberapa sungai lain berhampiran Ladang Gadong.

    Jumlah fragmen tulang yang banyak menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai mereka yang lain mungkin dibunuh di ladang terbabit sebelum Sosilawati bersama tiga individu.

    Sumber yang mempunyai kaitan dalam penyiasatan itu berkata, fragmen tulang dianalisis oleh pasukan khas forensik dan jabatan kimia bagi mengenal pasti latar belakang mereka.

    Pasukan polis forensik memulakan pencarian di sungai berkenaan sejak Ahad lalu dan menjumpai dua pisau, beberapa jam tangan dan barangan kemas.

    Polis telah melantik dua pasukan khas manakala penyiasat melakukan tugas mereka sepanjang masa di lokasi kejadian.

    Polis turut meneliti laporan kehilangan beberapa individu yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lalu bagi mengenal pasti terdapat kaitan dengan suspek utama yang merupakan adik-beradik peguam.

    “Diharapkan, kita dapat menyelesaikan beberapa kes yang dibuka semula dengan petunjuk-petunjuk baru ini,” menurut satu sumber.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, satu pasukan khas kini menyiasat semua laporan kehilangan individu yang mempunyai kaitan dengan suspek.

    “Tiada satu pun akan terkecuali dan semua laporan orang hilang akan disiasat,” katanya.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pada Ahad, terdapat empat kes orang hilang yang disiasat semula berdasarkan laporan polis dibuat oleh keluarga yang mempunyai kaitan dengan adik-beradik peguam.

    Satu sumber berkata, antara mereka yang hilang dipercayai ‘dihapuskan’ adalah seorang warga India, seorang wanita tempatan dan dua lelaki.

    Difahamkan polis di bahagian pemalsuan wang akan memohon Majlis Peguam supaya aset dua peguam terbabit dibekukan.