Friday, April 2, 2010

Sekadar suka-suka....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!!!!
Dah lama x update blog..xde idea nk tulis ape..
Tiba2 aku terbaca artikel ni..aku tau xramai yg kenal mamat ni..tp aku suka lakonan mamat ni..sapa2 nk tau lebih psl mamat ni bleh la google psl die..hehehe..aku malas nk cite pnjang2 kt sini..

Revolusi Tidak Bermakna Jika Masih Ditakuk Lama! - Zahiril

Zahiril tidak lokek untuk berkongsi ilmunya dengan pelakon-pelakon lain. Foto The Star Oleh GLENN GUAN

DUA tahun dalam industri seni, tiga tahun berkecimpung dalam dunia teater di Aswara banyak mengajar pelakon Zahiril Adzim untuk menjaga kualitinya sebagai seorang pelakon.

Jelas Zahiril, dia enggan dilabel sebagai pelakon yang ‘main-main’. Sejak memilih untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang pelakon, dia nekad untuk serius dalam bidang ini.

Sepanjang menjadi anak seni, Zahiril tidak lokek untuk berkongsi ilmunya dengan pelakon-pelakon lain sementelah sekarang ini semakin ramai anak muda yang terjun ke dalam industri lakonan.

Untuk bergelar seorang pelakon, mempunyai bakat dan minat sahaja tidak cukup. Zahiril berkata, seseorang pelakon itu perlu jujur dengan setiap gerak-geri lakonannya.

“Saya masih ingat lagi, semasa sedang berguru dengan sifu yang juga pensyarah saya iaitu pelakon Ahmad Yatim, dia pernah maki saya kerana malas untuk menghayati perwatakan.

“Misalnya, kalau saya perlu melakonkan cerita cinta dengan seseorang pelakon wanita itu, saya kena belajar menyukainya walaupun pada hakikatnya tidak.

“Jadi, saya akan mencari sesuatu yang saya sukai pada diri pelakon itu seperti matanya atau hidungnya. Jadi, apabila kita ‘create’ watak itu, ia akan nampak jujur,” kata Zahiril dalam satu temubual di Menara Star.

Pelakon drama Kami dan Jidin itu tidak terlalu memilih tawaran lakonan yang diberikan. Lebih-lebih lagi berlakon filem indie dan filem pendek, pasti sukar ditolaknya.

Menurut pemuda berusia 26 tahun itu, dia gemat membantu pengarah mencapai keinginan mereka di samping menyampaikan mesej berguna kepada penonton.

“Saya tidak terlalu menyukai nilai komersil dalam sesebuah karya itu sebaliknya memandang perkara yang berkait dengan masyarakat.

“Dalam berkarya, saya memilih untuk mendidik masyarakat melalui filem dan drama dan penonton tidak mendapat hiburan semata-mata.

“Kadangkala, pengarah akan menukar skrip mengikut idea saya. Contohnya, menerusi filem Gadoh, saya berbincang dengan Fared Ayam dan Nam Ron untuk melahirkan idea sendiri,” jelasnya yang masih belum puas berkarya.

Zahiril berkata dia akan puas sekiranya benar-benar mampu mencapai tahap lakonan yang luar biasa seperti pelakon terkenal 90-an, Sidi Oraza.

“Saya dapat tahu, selepas berlakon watak seorang yang gila menerusi filem Jogho, Sidi Oraza berhenti berlakon kerana mencapai tahap lakonan yang diinginkan.

“Saya mahu mencontohinya dan berlakon sehingga keluar dari diri-sendiri. Tetapi sehingga sekarang, masih belum dapat lagi.

“Sekalipun, orang kata saya lebih ‘outstanding’ berlakon watak jahat, saya tetap tidak mahu orang cop saya dengan watak seperti itu,” katanya lagi yang mahu menceburi dunia pengarahan sekiranya berpeluang nanti.

Anak muda berasal dari Taiping, Perak itu juga sempat mengutarakan pendapatnya mengenai industri. Jika menyebut tentang perubahan, memang semua orang inginkan perubahan.

Namun, sekiranya masih berada ditakuk yang lama, bagaimana perubahan atau revolusi itu akan berlaku.

“Selagi karya yang telah biasa dibuat oleh orang dan ‘market’ itu yang kita hendak, jadi jangan harap perubahan akan berlaku.

“Misalnya, industri kita lebih memandang kepada genre yang sama iaitu cerita seram dan komedi,” ujar anak kepada bekas guru besar (bapa) dan pensyarah (ibu) itu.

Tambah Zahiril, tidak salah untuk memilih genre popular sekadar untuk berhibur tetapi selitkan dengan mesej yang berguna.

“Katakan jika suatu hari nanti saya memilih untuk menghasilkan cerita berunsur komedi, saya akan mengaitkan dengan perkara yang menyentuh tentang soal kemasyarakatan dan realisme.

“Seni adalah apa yang kita ambil daripada masyarakat. Jadi, kita kena pulangkan semula kepada mereka,” tuturnya penuh bermakna.


p/s : Anum, aku harap ko suka entri aku kali ni..hahaha


2 comments:

norfaridahanum said...

OMG OMG OMG..pengsan!
dh lama x stalk mamat nih smnjak kes TANDA tuh..

shusupian said...

aku tolong stalk utk ko...hehehe