Wednesday, April 28, 2010

Salah Siapa???

Aku tertarik utk berkongsi dgn pengikut blog aku ttg incident yg berlaku di Malaysia 3 hari lepas..
Utk sesiapa yg x tau tentang kes ni bleh baca di sini

Slps aku baca, aku cakap kejam giler polis tu sampai bleh tembak budak umur 15thn..apalah salah budak tu..rupa-ripanya die lari dr sekatan jalan raya.. sape sangka yg pandu kereta tu umur 15thn..dh sah2 la salah di sisi undang2..tambah plak die lari dr polis..polis plak tgh cari perompak dln satu sekatan jalan raya..msti la polis igt tu suspeks kan??..(macam dlm drama gerak khas la plak)..tp ni isu serius tau..

Then aku baca plak kenyataan ibu mangsa di sini

Bagi aku, remaja tu bukanlah penjenayah yg polis cari..maybe budak tu berada di tempat yang salah pada waktu yang salah..polis hanya menjalankan tugas..jadi kita tggu dan lihat la apa kesudahannya kes ini..kepada keluarga mangsa takziah saya ucapkan..

p/s : Ini sekadar pandangan peribadi..

Sunday, April 25, 2010

Saya Sokong "Kempen Kami Prihatin"

HARAPAN TANPA SUARA

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Hentikan pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak!!!!!

Tuesday, April 6, 2010

Warkah buat Hawa....

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu ,
Ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu,
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Friday, April 2, 2010

Sekadar suka-suka....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!!!!
Dah lama x update blog..xde idea nk tulis ape..
Tiba2 aku terbaca artikel ni..aku tau xramai yg kenal mamat ni..tp aku suka lakonan mamat ni..sapa2 nk tau lebih psl mamat ni bleh la google psl die..hehehe..aku malas nk cite pnjang2 kt sini..

Revolusi Tidak Bermakna Jika Masih Ditakuk Lama! - Zahiril

Zahiril tidak lokek untuk berkongsi ilmunya dengan pelakon-pelakon lain. Foto The Star Oleh GLENN GUAN

DUA tahun dalam industri seni, tiga tahun berkecimpung dalam dunia teater di Aswara banyak mengajar pelakon Zahiril Adzim untuk menjaga kualitinya sebagai seorang pelakon.

Jelas Zahiril, dia enggan dilabel sebagai pelakon yang ‘main-main’. Sejak memilih untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang pelakon, dia nekad untuk serius dalam bidang ini.

Sepanjang menjadi anak seni, Zahiril tidak lokek untuk berkongsi ilmunya dengan pelakon-pelakon lain sementelah sekarang ini semakin ramai anak muda yang terjun ke dalam industri lakonan.

Untuk bergelar seorang pelakon, mempunyai bakat dan minat sahaja tidak cukup. Zahiril berkata, seseorang pelakon itu perlu jujur dengan setiap gerak-geri lakonannya.

“Saya masih ingat lagi, semasa sedang berguru dengan sifu yang juga pensyarah saya iaitu pelakon Ahmad Yatim, dia pernah maki saya kerana malas untuk menghayati perwatakan.

“Misalnya, kalau saya perlu melakonkan cerita cinta dengan seseorang pelakon wanita itu, saya kena belajar menyukainya walaupun pada hakikatnya tidak.

“Jadi, saya akan mencari sesuatu yang saya sukai pada diri pelakon itu seperti matanya atau hidungnya. Jadi, apabila kita ‘create’ watak itu, ia akan nampak jujur,” kata Zahiril dalam satu temubual di Menara Star.

Pelakon drama Kami dan Jidin itu tidak terlalu memilih tawaran lakonan yang diberikan. Lebih-lebih lagi berlakon filem indie dan filem pendek, pasti sukar ditolaknya.

Menurut pemuda berusia 26 tahun itu, dia gemat membantu pengarah mencapai keinginan mereka di samping menyampaikan mesej berguna kepada penonton.

“Saya tidak terlalu menyukai nilai komersil dalam sesebuah karya itu sebaliknya memandang perkara yang berkait dengan masyarakat.

“Dalam berkarya, saya memilih untuk mendidik masyarakat melalui filem dan drama dan penonton tidak mendapat hiburan semata-mata.

“Kadangkala, pengarah akan menukar skrip mengikut idea saya. Contohnya, menerusi filem Gadoh, saya berbincang dengan Fared Ayam dan Nam Ron untuk melahirkan idea sendiri,” jelasnya yang masih belum puas berkarya.

Zahiril berkata dia akan puas sekiranya benar-benar mampu mencapai tahap lakonan yang luar biasa seperti pelakon terkenal 90-an, Sidi Oraza.

“Saya dapat tahu, selepas berlakon watak seorang yang gila menerusi filem Jogho, Sidi Oraza berhenti berlakon kerana mencapai tahap lakonan yang diinginkan.

“Saya mahu mencontohinya dan berlakon sehingga keluar dari diri-sendiri. Tetapi sehingga sekarang, masih belum dapat lagi.

“Sekalipun, orang kata saya lebih ‘outstanding’ berlakon watak jahat, saya tetap tidak mahu orang cop saya dengan watak seperti itu,” katanya lagi yang mahu menceburi dunia pengarahan sekiranya berpeluang nanti.

Anak muda berasal dari Taiping, Perak itu juga sempat mengutarakan pendapatnya mengenai industri. Jika menyebut tentang perubahan, memang semua orang inginkan perubahan.

Namun, sekiranya masih berada ditakuk yang lama, bagaimana perubahan atau revolusi itu akan berlaku.

“Selagi karya yang telah biasa dibuat oleh orang dan ‘market’ itu yang kita hendak, jadi jangan harap perubahan akan berlaku.

“Misalnya, industri kita lebih memandang kepada genre yang sama iaitu cerita seram dan komedi,” ujar anak kepada bekas guru besar (bapa) dan pensyarah (ibu) itu.

Tambah Zahiril, tidak salah untuk memilih genre popular sekadar untuk berhibur tetapi selitkan dengan mesej yang berguna.

“Katakan jika suatu hari nanti saya memilih untuk menghasilkan cerita berunsur komedi, saya akan mengaitkan dengan perkara yang menyentuh tentang soal kemasyarakatan dan realisme.

“Seni adalah apa yang kita ambil daripada masyarakat. Jadi, kita kena pulangkan semula kepada mereka,” tuturnya penuh bermakna.


p/s : Anum, aku harap ko suka entri aku kali ni..hahaha