Kepada: Yang berkenaan
People are really excited about the beginnings of things.
Fresh start.
A world of possibility.
But no matter what adventure you're embarking on, you're still you.
You bring you into every new beginning in your life, so how different can it possibly be.
Sesungguhnya dunia ini tidaklah seindah dunia fantasi novel atau drama. Setiap apa yang ditakdirkan atas kita bergantung kepada sejauh mana usaha kita. Jangan terlalu cepat menyalahkan takdir andai kita tersungkur di pertengahan jalan. Kerana tanpa kepahitan menghadapi denai perjalanan kehidupan , kita tidak akan mampu mengecap manisnya nilai sebuah kejayaan di penghujung garisan. Oleh itu segeralah bangkit dari kegagalan kerana pasti muncul sinar keceriaan di hujung perjalanan.
Semoga semangatmu membara sehangat api
Allah tidak akan menguji hambaNYA melebihi kemampuan hamba itu sendiri. Di dalam dunia ini, ada tiga perkara yang sukar untuk manusia lakukan.
BERSABAR, BERSYUKUR dan REDHA
Andai kita mampu memiliki ketiga-tiga sifat ini, insyaAllah kita tidak pernah akan rasa tidak puas hati dengan takdir yang telah ditentukan untuk kita.
Bak kata Nik Adli ( Zahiril Adzim) dalam drama bersiri '6 Progresif', " Buat apelah kau nak susahkan hidup yang dah sedia susah ni. Kalau kau terima saja kenyataan kan senang hidup kau".
No comments:
Post a Comment