Tuesday, January 25, 2011

MISBUN RAMDAN MISBUN..tunggu tiga tahun lagi

Misbun Jr

TEMPIAS kontroversi peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek tiba-tiba mengocak nama Misbun Ramdan Mohmed Misbun. Apa agaknya aura dimiliki anak teruna jurulatih perseorangan badminton negara ini? Selami sensasi Misbun junior!

pix_gal0


TIGA tahun jadi juara dunia. Begitulah tekad Misbun dalam misi menjadikan anak terunanya, Misbun Ramdan menyusuli langkah Datuk Lee Chong Wei mengungguli gelanggang badminton antarabangsa. Besar sasaran yang ditagih jurulatih perseorangan negara ini sehingga membayangkan transformasi besar-besaran perlu dilakukan Misbun Ramdan atau mesra disapa Adan untuk mencapai menjadi pemain badminton No 1 dunia.

Namun, jika diimbas bagaimana Misbun menggilap bakat Chong Wei hingga berada di kemuncak dunia, tidak mustahil seorang lagi juara mampu dilahirkan dalam tempoh kurang tiga tahun akan datang.


Selasa lalu, XY - Ikon Lelaki mencuri ruang peribadi anak muda ini yang bakal menginjak usia 20 tahun pada 16 Mac depan serta berkongsi misi peribadi dan kisah membabitkan bapanya dalam sesi fotografi di Balai Berita, Kuala Lumpur. Mengenakan kemeja koleksi terbaru Sam & Monkey, Adan yang tinggi lampai cukup sporting memberikan pelbagai pose. 

Cerita Adan, dia sentiasa berpegang pesan Misbun supaya fokus pada latihan yang dikendalikan tiga jurulatih pasukan negara diketuai Hendrawan, Muhd Roslin Hashim dan Mohd Hazwan. “Tidak dinafikan cerita papa (Misbun) sedikit sebanyak mengundang banyak pertanyaan. Namun, apabila bertanyakan sendiri kepadanya, dia hanya mahukan saya memberi tumpuan pada latihan yang sedang berlangsung. “Sebab itu, saya memang tidak terganggu dan setakat ini menjalani latihan seperti sedia kala,” kata Adan yang mula bermain badminton seawal usia enam tahun. 


Tatkala mengulas sasaran Misbun menjadikan Adan juara dunia dalam tempoh tiga tahun lagi, anak muda ini dalam nada positif dan bersemangat mengiyakan sahutan itu. “Saya bersedia kerana Chong Wei juga bermula dari bawah. Berdasarkan corak latihan dan komitmen papa, memang saya yakin dengan kemahuan dan keyakinan papa,” kata Adan penuh bermakna. 

Ikuti kisah Misbun Jr ini... 

Mungkin masih ramai yang tidak tahu anak lagenda badminton negara, Misbun Sidek juga sedang mempersiapkan diri menjadi pemain badminton profesional. Boleh anda perjelas soal kedudukan serta pencapaian anda dalam sukan badminton? 
Saya adalah anak ketiga daripada enam adik-beradik. Sudah lebih setahun saya diserapkan dalam kumpulan pelapis skuad badminton negara di bawah BAM. 
Ada sembilan lagi pemain perseorangan negara dan setakat ini fokus adalah pada latihan dan beberapa misi kejohanan untuk menambah pengalaman.
 

Sejak bila anda berkecimpung dalam sukan badminton? 
Kalau hendak diikutkan memang sejak kecil saya sudah membiasakan diri dengan badminton. Malah seingat saya, usia enam tahun lagi sudah bermain badminton. 
Tetapi ketika kecil saya tidak aktif kerana badan lemah dan mudah lelah. Hanya pada usia 14 tahun baru menemui rentak dan mula agresif untuk mendalami sukan badminton. 


Adakah ini didorong minat minat atau faktor legasi keluarga Sidek yang mendorong anda terbabit dalam sukan badminton? 
Dulu mungkin saya menganggap faktor keluarga yang mendorong saya menyertai dunia badminton. Tetapi, bukan mudah untuk serius kalau tidak ada bakat. 
Membawa nama keluarga bukan boleh dibawa main-main lebih-lebih lagi pencapaian mereka dijadikan timbang tara sehingga perlu lebih serius untuk berjaya. Disebabkan itu. selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya bertekad memberi tumpuan dalam sukan badminton hingga ke tahap sekarang. 


Bapa anda mensasarkan tempoh tiga tahun untuk menjadikan anda sebagai juara dunia. Sejauh mana anda menyahut cabaran itu? 
Saya melihat dari sudut positif dan percaya kepada kemampuan papa seperti beliau membentuk Chong Wei hingga ke tahap sekarang. Adalah tidak mustahil untuk saya lebih maju ke depan. 
Faktor ketegasan serta ujian fizikal dan mental walaupun sukar diterima, namun ia akhirnya membantu untuk mencipta kemajuan pada masa depan. 

Sasaran nombor satu dunia. Bagaimana pula dengan kedudukan rating antarabangsa anda setakat ini? 
Ketika ini, saya berada di kedudukan 187 dunia. Insya-Allah, tahun ini saya mensasarkan untuk berada di 100 kedudukan pemain perseorangan lelaki terbaik di dunia. 
Begitulah carta kedudukan yang terus cemerlang di tahun-tahun berikutnya. Pendedahan serta latihan agresif memberi lebih banyak pendedahan bukan saja pada diri saya tetapi kepada pemain lain. 


Bagaimana anda berdepan dengan tekanan bergelar anak kepada lagenda badminton negara? 
Bohonglah jika tidak ada tekanan. Lebih-lebih lagi jika berdepan dengan perlawanan di mana orang semahunya ingin melihat kita memenangi perlawanan memandangkan saya adalah anak kepada jurulatih perseorangan negara. 
Tetapi, lama kelamaan faktor itu dapat dilupakan kerana tumpuan seharusnya lebih menjurus kepada matlamat kita menyertai kejohanan. 


Bagaimana pula dengan sasaran pada 2011 ini? 
Impian saya adalah untuk memperbaiki kedudukan di peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, saya ingin menyertai lebih banyak kejohanan yang dapat mengetengahkan bakat saya. 
Kejohanan pertama tahun ini adalah di Cabaran Badminton Vietnam pada 29 Mac nanti. 


Apa agaknya kenangan manis sepanjang bergelar pemain badminton? 
Paling menggembirakan saya ialah kemenangan ke atas pemain kedua Indonesia Sony Dwi Kuncoro dengan rubber set 21-13, 10-21 dan 21-16 selama 50 minit di Indonesia GP Goal. 
Memang saya tidak meletakkan sasaran tetapi kekuatan fizikal dan mental memberi kelebihan kepada saya ketika itu. 






Kembar, papa & kisah 8 raket 
DALAM rancak bercerita, timbul perihal saudara kembar Adan iaitu Lia Murni yang pastinya tidak ramai tahu. Kata Adan, Lia Murni tidak lagi aktif dalam sukan badminton seperti zaman persekolahannya. Sebaliknya, Lia Murni sedang mengikuti pengajian dalam bidang agama di Padang, Indonesia. 

“Kami berdua memang rapat. Tetapi dia sekarang ini memfokuskan kepada pengajian dalam bidang agama. Jika hendak diikutkan, semua adik-beradik memang akrab dan itulah kekuatan kami sekeluarga,” kata Adan tatkala mengulas mengenai keluarga besar badminton ini. 

Mengulas mengenai dirinya, Adan yang memiliki ketinggian 183 sentimeter menyifatkan dia lebih sederhana. Tetapi akui Adan, beliau cukup fokus kepada sasaran yang dimahukan. Seperti latihan dalam sukan badminton, Adan sudah memahami kemahuan jurulatih termasuk bapanya walaupun rutin latihan agak sukar dan meletihkan. 

Adan berkata, walaupun bergelar anak Misbun Sidek, ia bukanlah tiket untuk bersenang-lenang sebaliknya Adan harus bekerja keras untuk berdepan dengan pihak lawan. Tatkala bercerita karektor bapanya, Adan berkata fugira itu cukup dikagumi semua pemain kerana komitmen serta kesungguhan Misbun dalam melatih semua atlit tanpa memilih calon kegemaran. 

“Cuma apa yang perlu diingatkan, papa mungkin menerima sesiapa saja untuk berlatih di bawahnya. Tetapi belum tentu pemain akan tahan serta bersedia dengan corak latihan yang menekankan aspek fizikal, mental dan kecergasan.Tidak kiralah siapa saya sekali pun, jika soal berlatih di bawahnya memang suaranya cukup tinggi dan memang tegas ketika mengendalikan sesi latihan. Tetapi, apabila di luar gelanggang, papa kembali kepada sifat penyayang sebagai bapa,” katanya yang sentiasa membawa lapan raket setiap kali menjalani latihan atau ketika bertemu lawan. 

Mengulas mengenai lapan raket yang dibawanya dalam beg, Adan berkata, perkara itu sering ditekankan Misbun yang mahukan pemain bersedia dalam sebarang keadaan. Katanya, Misbun cukup marah jika pemain mengambil mudah soal raket hingga meminjam kepada orang lain. 

“Malah, cukup pantang bagi papa jika ada pemain membaling raket ketika latihan. Ini kerana baginya raket adalah kekuatan pemain. Apa saja alasannya, bagi papa, raket perlu dihormati dan papa cukup tekankan prinsip ini,” katanya.

Monday, January 24, 2011

Selamat Hari Lahir, Sahabatku

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia

Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan, rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat



Selamat Ulang Tahun ke-23 sahabatku..
Thank you very much for being such the best friend i ever had all these years.
Semoga jarak tidak akan pernah menjadi penghalang kepada persahabatan yang telah terbina sekian lama.
InsyaAllah dengan kerahmatan dariNya persahabatan kita akan berkekalan.

p/s: Peluk cium dari sahabatmu di India untuk kamu di sana. Miss u and lurve u so much. Hope to see soon. Take care my dear friend. 

Sunday, January 23, 2011

DESTINY!!!

Kepada: Yang berkenaan

People are really excited about the beginnings of things. 
Fresh start. 
A world of possibility. 
But no matter what adventure you're embarking on, you're still you. 
You bring you into every new beginning in your life, so how different can it possibly be.

Sesungguhnya dunia ini tidaklah seindah dunia fantasi novel atau drama. Setiap apa yang ditakdirkan atas kita bergantung kepada sejauh mana usaha kita. Jangan terlalu cepat menyalahkan takdir andai kita tersungkur di pertengahan jalan. Kerana tanpa kepahitan  menghadapi denai perjalanan kehidupan , kita tidak akan mampu mengecap manisnya nilai sebuah kejayaan di penghujung garisan. Oleh itu segeralah bangkit dari kegagalan kerana pasti muncul sinar keceriaan di hujung perjalanan.


Semoga semangatmu membara sehangat api

Allah tidak akan menguji hambaNYA melebihi kemampuan hamba itu sendiri. Di dalam dunia ini, ada tiga perkara yang sukar untuk manusia lakukan.
BERSABAR, BERSYUKUR dan REDHA
Andai kita mampu memiliki ketiga-tiga sifat ini, insyaAllah kita tidak pernah akan rasa tidak puas hati dengan takdir yang telah ditentukan untuk kita.

Bak kata Nik Adli ( Zahiril Adzim) dalam drama bersiri '6 Progresif', " Buat apelah kau nak susahkan hidup yang dah sedia susah ni. Kalau kau terima saja kenyataan kan senang hidup kau".