BERITA 1
Amirul menakjubkan
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.myLAGU negaraku berkumandang di Kompleks Sukan Jawaharlal Nehru apabila atlet angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim menepati ramalan untuk menghadiahkan pingat emas pada hari pertama Sukan Komanwel semalam dengan mengungguli acara 56kg.
GAGAH...gaya Amirul mengangkat bebanan dalam kategori 56kg, semalam.Badang negara itu memastikan penguasaan Malaysia dalam acara itu berterusan sejak 2002 di Manchester dan 2006 di Melbourne dengan mencipta rekod baru dalam acara snatch dengan angkatan 116kg sebelum cemerlang pada acara clean and jerk melepasi bebanan 141kg untuk mengumpul jumlah keseluruhan 257kg.Amirul, atlet kelahiran Rompin, Pahang mengetepikan tentangan dua wakil tuan rumah Sukhen Dey yang meraih pingat perak dengan angkatan 252kg manakala rakan senegaranya, Srinivasa Rao terpaksa berpuas hati dengan gangsa dengan angkatan 248kg.
Bagaimanapun rentak gemilang Amirul itu bagaimanapun gagal dituruti atlet muda negara, Mohd Shafiq Ismail terkeluar daripada persaingan selepas gagal dalam ketiga-tiga percubaan mengangkat bebanan acara clean and jerk 130kg meskipun bermula baik dalam acara snatch sebelum itu dengan menduduki tangga ketiga apabila berjaya mengangkat bebanan 109kg.
Amirul pemenang tiga pingat emas di Manchester 2002 bagaimanapun sekadar menyaksikan Mohd Faizal Baharom meraih emas pada edisi empat tahun selepas itu di Melbourne selepas dia tidak dapat beraksi kerana menjalani penggantungan dua tahun gara-gara kerana kesalahan penggunaan dadah terlarang
Berita 2
Nicol, Chong Wei 'diburu'
BERITA 1
Amirul menakjubkan
aziman@hmetro.com.my
LAGU negaraku berkumandang di Kompleks Sukan Jawaharlal Nehru apabila atlet angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim menepati ramalan untuk menghadiahkan pingat emas pada hari pertama Sukan Komanwel semalam dengan mengungguli acara 56kg.
GAGAH...gaya Amirul mengangkat bebanan dalam kategori 56kg, semalam.
Amirul, atlet kelahiran Rompin, Pahang mengetepikan tentangan dua wakil tuan rumah Sukhen Dey yang meraih pingat perak dengan angkatan 252kg manakala rakan senegaranya, Srinivasa Rao terpaksa berpuas hati dengan gangsa dengan angkatan 248kg.
Bagaimanapun rentak gemilang Amirul itu bagaimanapun gagal dituruti atlet muda negara, Mohd Shafiq Ismail terkeluar daripada persaingan selepas gagal dalam ketiga-tiga percubaan mengangkat bebanan acara clean and jerk 130kg meskipun bermula baik dalam acara snatch sebelum itu dengan menduduki tangga ketiga apabila berjaya mengangkat bebanan 109kg.
Amirul pemenang tiga pingat emas di Manchester 2002 bagaimanapun sekadar menyaksikan Mohd Faizal Baharom meraih emas pada edisi empat tahun selepas itu di Melbourne selepas dia tidak dapat beraksi kerana menjalani penggantungan dua tahun gara-gara kerana kesalahan penggunaan dadah terlarang
Berita 2
Nicol, Chong Wei 'diburu'
NEW DELHI - Sukan Komanwel Delhi yang memulakan acara semalam, merupakan gelombang baru buat sukan negara kita, apabila nama Malaysia menjadi sebutan ramai kerana memiliki jaguh bertaraf dunia.
Jika suatu ketika dahulu, jarang sekali atlet kita menjadi buruan media apatah lagi dikenali di luar negara, Sukan Komanwel di sini, lain pula ceritanya.
Mendahului senarai atlet kita yang paling popular di sini, sudah tentunya jaguh skuasy dunia, Datuk Nicol David, pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei serta jaguh basikal trek, Mohd. Azizulhasni Awang.
Status ketiga-tiga atlet negara ini diletakkan sama tahap dengan atlet lain yang bertaraf dunia tetapi tidak beraksi seperti jaguh basikal trek Britain, Chris Hoy atau pelari wanita sensasi Afrika Selatan, Caster Semenya.
Nicol, Chong Wei dan Azizulhasni menjadi buruan media antarabangsa dan tempatan di sini.
Ini terbukti apabila seorang pegawai kontinjen negara 'diasak' dan dipaksa oleh wartawan asing supaya membawa keluar Chong Wei seketika dari Perkampungan Sukan, di sini, untuk ditemubual.
Setelah permintaannya gagal dipenuhi, wartawan terbabit meminta diberikan nombor telefon bimbit Chong Wei untuk dihubungi.
Nampaknya wartawan berkenaan amat bersungguh-sungguh untuk menemubual jaguh negara itu.
Penyertaan Nicol pada Sukan Komanwel mendapat perhatian banyak pihak, media dan peminat skuasy di sini.
Media di sini memberikan publisiti apa jua kenyataan atau berita buat Nicol.
Bagi mereka, Nicol adalah penyelamat kepada kesuraman temasya di sini, selepas beberapa nama besar menarik diri.
Nama Azizulhasni juga tidak kurang popular di sini. Pada sidang media melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini, wartawan tempatan di sini, bertanyakan mengenai Azizulhasni.
Dia bersungguh-sungguh ingin tahu lebih banyak mengenai Azizulhasni jaguh basikal trek negara itu.
Situasi tersebut menggambarkan program pembangunan sukan negara sudah membuahkan hasil yang amat membanggakan, malahan amat cemerlang.
Apa pun pencapaian kita pada temasya kali ini, nama Malaysia akan sentiasa dikenang kerana sikap 'sporting', sanggup menghantar jaguh-jaguh sukan bertaraf dunia beraksi di New Delhi ketika temasya itu gempar dengan pelbagai isu. - Utusan
No comments:
Post a Comment