Friday, October 29, 2010

Orang muda buta sejarah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Malam ni boleh tarik nafas lega setelah berakhirnya Internal Exam hari ini sblm bermula Final Exam pd 23Nov nnti..
Entry hari ni ada unsur2 patriotik skit..sekadar berkongsi petikan akhbar pada hari ini..mungkin ada yg terlepas pandang hal ini..
Ketika aku membacanya, aku juga terfikir, tahukah aku akan semua fakta2 itu..
Jadi ini sebagai peringatan untuk semua dan diri sendiri



KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.

Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.

Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.

Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.

Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.

Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.

Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.

Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.

Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah 9%, tidak hairanlah kalau 49% daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.

Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5%.

Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?

Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.

Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.

Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.

Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.

Seramai 141 responden atau 70.5% daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.

Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.

Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.

Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.

Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.

Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5% tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.

Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.

Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.

Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.

Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.

Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.

Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.

Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:

- Remaja masa kini buta sejarah.

- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.

- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.

- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.

- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.

- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.

- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.


p/s : Kalaulah kaji selidik ini dijalankan kepada anda, bagaimanakah pula keputusannya. Adakah anda mampu mengubah statistik ini menjadi lebih baik atau anda juga akan menyumbang kepada kenyataan "Orang muda buta sejarah!"

Tepuk dada tanyalah akal!!!!



Wednesday, October 6, 2010

Who is MAHER ZAIN???

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Sebelum ni saya cuma tahu namanye saja tanpa mengenali siapa dia..sekarang baru berpeluang utk mengenali latar belakangnya..pada mulanya saya ingatkan dia seorang muallaf, tapi rupa-rupanya dia seorang muslim yg telah melakukan penghijrahan besar dalam hidup..SUBHANALLAH, semoga beliau terus dirahmati Allah...
FENOMENA MAHER ZAIN DI MALAYSIA

MAHER ZAIN DI MALAYSIA

MAHER ZAIN SAVE THE SOUL

Penyanyi dan komposer, Maher Zain merupakan bintang baru di arena muzik Islamik moden yang muncul dengan lagu-lagu yang penuh bermakna, bertujuan untuk memberi inspirasi sambil menghiburkan pendengar dengan mesej keamanan dan harapan terhadap dunia masa kini.

Beliau meninggalkan kerjaya mewahnya di dalam industri muzik arus perdana di New York. Beliau pernah bekerja dengan produser antarabangsa yang terkenal iaitu RedOne yang turut pernah terlibat dengan artis-artis popular seperti Akon, Lady Gaga, Enrique Iglesias, Michael Jackson serta ramai lagi. Maher Zain akhirnya telah memilih untuk menghasilkan karya muzik yang mencerminkan asal-usulnya sebagai seorang rakyat Eropah yang berketurunan Arab dan juga seorang Muslim.

Beliau telah bekerjasama dengan Awakening Records (yang pernah melancarkan kerjaya artis British, Sami Yusuf) bagi memberi sumber inspirasi untuk para remaja seluruh dunia. Pada awal Mac 2010, album debut Maher Zain berjudul “Thank You Allah” (diterbitkan oleh Awakening) telah berjaya mendapat kedudukan No. 1 dalam carta jualan album terlaris di Amazon.com (kategori muzik dunia). Maher telah pun menjayakan konsertnya di Sweden, Kanada, Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Mesir, Algeria, Bahrain dan banyak lagi. Dengan semangat dan minatnya, bakat yang luar biasa dan gaya yang unik, pencapaiannya pasti melonjak ke tahap yang paling tinggi.

Credit to : Firdaus mahadi

Maher Zain mendapat inspirasi awal dalam bidang muzik melalui ayahnya sendiri yang juga merupakan seorang penyanyi yang sering mengadakan persembahan di sekitar bandar Mediterranean yang indah iaitu Tripoli, Lubnan. Kagum dengan muzik dan instrumennya, Maher Zain mendapat “keyboard” yang pertama seawal usianya 10 tahun dan sejak daripada itu secara rasminya muzik menjadi sebahagian daripada dunia Maher Zain.

Keluarganya telah berhijrah ke Sweden pada usianya 8 tahun di mana beliau menyambung pelajarannya sehingga berjaya ke menara gading dan beroleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Walaupun persekitarannya berubah dari hari ke hari, namun minat dan semangatnya dalam muzik terus membara.

Setelah terlibat dalam industri muzik buat seketika sebagai penerbit muzik, Maher Zain telah diperkenalkan dengan RedOne; seorang penerbit muzik yang berbakat besar yang meningkat popular di Sweden. Maher mula bekerjasama dengan RedOne dan kemudiannya berpindah ke New York. Untuk beberapa tahun beliau berada dalam kehangatan industri muzik di New York, beliau turut berkesempatan bekerja dengan artis-artis popular seperti Kat Deluna dalam penerbitan beberapa lagu hit artis tersebut seperti “Whine Up” dan “Run The Show”.

Credit to : Firdaus mahadi

Maher Zain memiliki kerjaya yang boleh diibaratkan sebagai kerjaya impian bagi seorang yang masih muda dan terlibat dengan industri penuh glamor. Namun bagi Maher Zain, beliau merasakan kerjayanya ini jauh dari cita-cita dan impiannya yang sebenar. “Saya sukakan muzik, tetapi saya bencikan apa yang ada disekitarnya, terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena”.

Pada Januari 2009, Maher Zain telah mengambil keputusan untuk menghasilkan sebuah album yang mencerminkan identitinya yang sebenar – Arab, Barat dan Muslim – dan telah menandatangani kontrak dengan Awakening Records. Album pertama Maher Zain berjudul “Thank You Allah” telah menduduki tempat pertama dalam carta Amazon World Music dan kedudukan kesembilan dalam carta R&B.

Pada Januari 2010, lagu Maher Zain berjudul “Ya Nabi Salam Alayka” telah berjaya meraih gelaran sebagai Lagu Terbaik 2009 di dalam sebuah pertandingan muzik anjuran Nujoom FM (stesen radio muzik terbesar di Mesir). Antara yang tercalon ke peringkat akhir adalah nama-nama besar seperti Hussein Aljismi, Mohammed Mounir and Sami Yusuf.

Maher Zain juga telah mengadakan persembahan di konsert-konsert besar yang mendapat sambutan hangat seperti di Algeria, Australia, Belgium, Canada, Mesir, England, Perancis, Belanda, Sweden, Amerika Syarikat dan banyak lagi serta mendapat jolokan “bintang handalan baru dalam industri muzik Islamik”.

Album Maher Zain menggabungkan muzik R&B dan irama kerohanian tradisional, soul dan muzik pop kontemporari, bukan sekadar memperbaharui muzik kerohanian dan nasyid bahkan dengan beraninya menyegarkan muziknya dengan gaya kontemporari. Album pertama Maher Zain “Thank You Allah” adalah album yang penuh bertenaga, malar segar dan penuh dengan unsur kerohanian.

Maher Zain mula dikenali sebagai seorang pemuzik dan penyanyi Islamik moden selepas “single” pertamanya yang ditampilkan dalam video muzik animasi berjudul “Palestine Will Be Free” mendapat perhatian umum. Video muziknya berjudul “Insha Allah” pula telah dirakamkan di sekitar London dan diarahkan oleh pengarah British yang terkenal Mike Harris yang pernah bekerja dengan Coldplay, Madonna dan ramai lagi.

Video muziknya yang terbaru “The Chosen One” menceritakan tentang kehidupan dan ajaran Nabi Muhammad yang berteraskan keamanan, telah dirakamkan di Los Angeles. Ini jelas menunjukkan Maher Zain kini memartabatkan muzik Islamik ke satu peringkat baru yang lebih tinggi.

Sebagai artis dan penerbit yang berbakat luar biasa, Maher telah berjaya membawa muziknya kepada pendengar yang lebih luas dan ramai tanpa mengurangkan mesejnya, bahkan dihasilkan dengan lagu-lagu yang cukup bertenaga, meyakinkan dan sangat indah dengan adunan unsur-unsur R&B, irama kerohanian tradisional, pop, muzik Arab dan Turki dalam sebuah susunan muzik yang berani.

Maher Zain

Credit to : Firdaus mahadi
Fakta Ringkas:

Nama: Maher Zain
Umur: 28 tahun
Warganegara: Sweden (Keturunan Lubnan)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeronautik
Pekerjaan yang lalu: Penerbit Muzik
Pengalaman bekerja: RedOne: Akon, Lady Gaga, dan lain-lain.
Tajuk Album: Thank You Allah
Jumlah lagu: 13
Tarikh diterbitkan: 1 November 2009
Syarikat Rakaman: Awakening Records


"Lebih tiga tahun lalu saya seorang yang tidak baik. Saya sangat jauh dengan Allah. Jauhnya saya sehingga saya lupa membaca ayat Al-fatihah. Saya telah melakukan banyak perkara yang tidak baik."

"Saya dibesarkan di Eropah dan bergaul dengan kawan-kawan yang tidak baik. Saya hanya mengikut saja apa-apa bersama kawan-kawan. Sebenarnya pada masa itu saya tahu jiwa saya bukan ke arah itu. Saya rasa janggal dan selalu berhujjah dengan kawan-kawan saya."

"Saya tidak pernah berasa aman membuat apa yang saya buat itu, tapi saya tidak tahu apa yang saya cari sebenarnya. Sehinggalah saya berjumpa dengan seseorang yang membawa saya ke masjid. Barulah saya tahu itulah dia yang saya cari selama ini.



"Saya besyukur kerana Allah masih menerima saya kembali dengan apa yang telah saya lalui. Muzik dan lagu-lagu yang saya hasilkan ini menceritakan apa yang saya mahu luahkan. Saya harap ada orang dapat manfaat daripada pengalaman yang pernah saya lalui."


"Bila saya mendapat petunjuk, saya berfikir panjang sama ada meninggalkan terus bidang muzik atau sebaliknya. Saya ambil masa panjang untuk memutuskannya. Sebenarnya pada awalnya saya rakam lagu Always Be There sebagai demo tape untuk diberikan kepada penyanyi Islam lain. Akhirnya saya memutuskan untuk merakam album dan menjadi penyanyi."

"Sebab utama saya membuat album ini kerana kemahuan saya untuk berkongsi perasaan dan pemikiran saya kepada semua orang. Saya mahu mereka tersentuh dengan apa yang telah menyentuh saya serta berkongsi jawapan yang saya temui dalam pelbagai soalan yang bermain dalam fikiran saya sebelum ini,"


Monday, October 4, 2010

Sana-Sini Sukan Komanwel Part 2

BERITA 1

Amirul menakjubkan

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

LAGU negaraku berkumandang di Kompleks Sukan Jawaharlal Nehru apabila atlet angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim menepati ramalan untuk menghadiahkan pingat emas pada hari pertama Sukan Komanwel semalam dengan mengungguli acara 56kg.

GAGAH...gaya Amirul mengangkat bebanan dalam  kategori 56kg, semalam.
GAGAH...gaya Amirul mengangkat bebanan dalam kategori 56kg, semalam.
Badang negara itu memastikan penguasaan Malaysia dalam acara itu berterusan sejak 2002 di Manchester dan 2006 di Melbourne dengan mencipta rekod baru dalam acara snatch dengan angkatan 116kg sebelum cemerlang pada acara clean and jerk melepasi bebanan 141kg untuk mengumpul jumlah keseluruhan 257kg.

Amirul, atlet kelahiran Rompin, Pahang mengetepikan tentangan dua wakil tuan rumah Sukhen Dey yang meraih pingat perak dengan angkatan 252kg manakala rakan senegaranya, Srinivasa Rao terpaksa berpuas hati dengan gangsa dengan angkatan 248kg.

Bagaimanapun rentak gemilang Amirul itu bagaimanapun gagal dituruti atlet muda negara, Mohd Shafiq Ismail terkeluar daripada persaingan selepas gagal dalam ketiga-tiga percubaan mengangkat bebanan acara clean and jerk 130kg meskipun bermula baik dalam acara snatch sebelum itu dengan menduduki tangga ketiga apabila berjaya mengangkat bebanan 109kg.

Amirul pemenang tiga pingat emas di Manchester 2002 bagaimanapun sekadar menyaksikan Mohd Faizal Baharom meraih emas pada edisi empat tahun selepas itu di Melbourne selepas dia tidak dapat beraksi kerana menjalani penggantungan dua tahun gara-gara kerana kesalahan penggunaan dadah terlarang


Berita 2

Nicol, Chong Wei 'diburu'


Nicol David (kiri) tenang membalas pukulan lawannya, dari Sri Lanka, Damindhi Udangawe dalam saingan skuasy wanita Sukan Komanwel XIX di Kompleks Sukan Siri Fort, New Delhi semalam. Nicol menang 3-0. - AFP


NEW DELHI - Sukan Komanwel Delhi yang memulakan acara semalam, merupakan gelombang baru buat sukan negara kita, apabila nama Malaysia menjadi sebutan ramai kerana memiliki jaguh bertaraf dunia.

Jika suatu ketika dahulu, jarang sekali atlet kita menjadi buruan media apatah lagi dikenali di luar negara, Sukan Komanwel di sini, lain pula ceritanya.

Mendahului senarai atlet kita yang paling popular di sini, sudah tentunya jaguh skuasy dunia, Datuk Nicol David, pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei serta jaguh basikal trek, Mohd. Azizulhasni Awang.

Status ketiga-tiga atlet negara ini diletakkan sama tahap dengan atlet lain yang bertaraf dunia tetapi tidak beraksi seperti jaguh basikal trek Britain, Chris Hoy atau pelari wanita sensasi Afrika Selatan, Caster Semenya.

Nicol, Chong Wei dan Azizulhasni menjadi buruan media antarabangsa dan tempatan di sini.

Ini terbukti apabila seorang pegawai kontinjen negara 'diasak' dan dipaksa oleh wartawan asing supaya membawa keluar Chong Wei seketika dari Perkampungan Sukan, di sini, untuk ditemubual.

Setelah permintaannya gagal dipenuhi, wartawan terbabit meminta diberikan nombor telefon bimbit Chong Wei untuk dihubungi.

Nampaknya wartawan berkenaan amat bersungguh-sungguh untuk menemubual jaguh negara itu.

Penyertaan Nicol pada Sukan Komanwel mendapat perhatian banyak pihak, media dan peminat skuasy di sini.

Media di sini memberikan publisiti apa jua kenyataan atau berita buat Nicol.

Bagi mereka, Nicol adalah penyelamat kepada kesuraman temasya di sini, selepas beberapa nama besar menarik diri.

Nama Azizulhasni juga tidak kurang popular di sini. Pada sidang media melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini, wartawan tempatan di sini, bertanyakan mengenai Azizulhasni.

Dia bersungguh-sungguh ingin tahu lebih banyak mengenai Azizulhasni jaguh basikal trek negara itu.

Situasi tersebut menggambarkan program pembangunan sukan negara sudah membuahkan hasil yang amat membanggakan, malahan amat cemerlang.

Apa pun pencapaian kita pada temasya kali ini, nama Malaysia akan sentiasa dikenang kerana sikap 'sporting', sanggup menghantar jaguh-jaguh sukan bertaraf dunia beraksi di New Delhi ketika temasya itu gempar dengan pelbagai isu. - Utusan

Friday, October 1, 2010

Sudah-sudahlah.....



Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Semasa aku membaca artikel ini, nak tergelak pun ada. .Gerakan Bendera tu bukan main lagi mengecam Malaysia..Warga Indonesia yang tinggal kat Malaysia boleh pulak sokong Malaysia..

Kira-kira 300 warganegara Indonesia berpiket selama 20 minit secara aman sambil dikawal pihak polis di Taman Kerang di Kuantan.

Piket berkenaan bagi membantah tindakan sekumpulan rakyat negara itu dari satu kumpulan dikenali Bendera yang berdemonstrasi mengecam Malaysia.

Pada piket itu mereka turut membawa beberapa sepanduk yang memberi mesej keamanan antaranya "Kami hidup aman disini, BENDERA jangan ganggu kami", "Jangan ganggu keamanan kami di Malaysia" dan "Malaysia-Indonesia kami adalah serumpun". Foto BERNAMA


P/S: Renung-renungkan dan selamat beramal..kepada rakyat Malaysia, gambar ini juga memberi peringatan untuk kita, jangan sampai orang lain yang terpaksa mempertahankan negara kita.