Wednesday, September 19, 2012

KERANA AKU JUGA SEPERTIMU



Teman,
Aku bukan sahabat sebaik yang kau sangka,
Aku bukan sahabat yang mampu berdiri sendiri untuk menasihati kamu,
Aku juga bukan sahabat yang selalu teguh imannya,
Malah, aku juga bukan sahabat yang selalu bersih hatinya.

Kerna,
Aku juga remaja sepertimu, sahabat,
Di saat gelora cinta dunia membuak-buak...

Kerna,
Aku juga manusia, sahabat,
Yang selalu ada naik turun imannya.

Kerna,
aku juga insan, sahabat,
Yang selalu lupa saat diri dibuai cinta dunia.

Kerna,
Kalian tidak tahu keadaan hatiku ini,
Sekiranya kalian tahu,
Mungkin kalian akan berasa jijik dengan hatiku yang penuh dosa ini.

Memang benar,
Diri ini selalu menasihati kalian,
Diri ini selalu mengingatkan kalian...

Tetapi,
Adakah kalian tahu,
Segala nasihat yang aku berikan itu,
Bertujuan untuk mengingatkan diri ini jua,
Bertujuan agar bila aku lupa,
Kalian bisa mengingatkan aku kembali.
Untuk mengingatkan agar diingatkan,
Bukankah itu tujuan sebenar kita bersahabat?
Untuk kita saling ingat mengingati?
Atas dasar iman dan taqwa?

Aku tidak mahu di Hari Akhirat nanti,
Kita berbalah dan menjadi musuh,
Kerana tidak mengingatkan antara satu sama lain.

Aku juga perlu bimbingan, wahai sahabat.
Aku juga perlu dinasihati, wahai sahabat.

Ismi Adawiyah


"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." (Surah az-Zukhruf, ayat 67)
Hilal Asyraf berkata, "Kalau benar bersahabat biar berpimpin tangan merentas Syurga, bukan menjadi pengkhianat melempar sahabat ke neraka. Maka, jadilah pelindung yang melindungi sahabatnya daripada azab Neraka."
Err, sudikah kiranya sudi berpimpin tangan denganku ...menuju Jannah-Nya?




Monday, September 17, 2012

Sunday, September 2, 2012

LELAKI PERTAMA DALAM HIDUPKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Entri kedua untuk hari ini..
Tanggal 1 September setiap tahun, sehari selepas Hari Kebangsaan Malaysia, merupakan hari ulang tahun kelahiran lelaki pertama dalam hidupku..

Puisi teristimewa untuk ABAH...

Ada titip salam rindu menggebu yang selalu ingin disampaikan,
Ada kebanggaan luar biasa besar untuk memiliki kesayangan,
Ada do’a yang tak pernah putus, sekalipun oleh jarak yang jauh,
Ada kecintaan paling utama, untuk ABAH terhebat di dunia

Bagaimana caranya membalas ketulusan?
Untuk setiap detik perhatian dan barisan kalimat bijaksana yang selalu aku dapatkan,
Ketika diam bererti tidak, dan kemarahan tanpa kata-kata; 
Aku belajar bagaimana caranya menjadi peribadi terhormat
Ketika canda halus dan kesabaran tanpa batas selalu menjadi kenangan yang tak pernah dilupakan  
Aku mengerti bahawa keikhlasan adalah segalanya
Aku mengerti erti ketulusan yang tak terbalaskan

Akan ada hari, ketika usia bukanlah lagi tujuan dari segala pengharapan;
Ada rasa yang lebih tinggi, ada rekah senyum yang jauh lebih bermakna
Tentang kasih sayang yang terkadang tak perlu ditunjukkan dengan segara, 
Tetapi selalu dirasakan oleh kami hingga berbuah harapan akan balasan kebaikan
Kami tahu, kasihmu tak akan menua bersama senja
Semoga kebahagiaan ini selalu ada, selamanya 



LANGKAH PERTAMA, MULANYA DI SINI..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini saya berpeluang melaksanakan hajat yang telah tersimpan sekian lama..mungkin terlalu banyak halangan dan selalu sangat beralasan menyebabkan hajat terus terpendam..Alhamdulillah, akhirnya aku buat kali pertama menderma darah di bumi India..it's a nice experience!!

Kali ini, dengan slogan "Blood should circulate!"..kalau kat Malaysia bermacam-macam slogan digunakan untuk kempen derma darah..Antaranya:

`Kerana Setitis darah anda, Sejuta senyuman terukir'

 “Setitik Darah, Seribu Pengorbanan”

 "GIVE BLOOD. GIVE LIFE"

'Darah Baru Untuk Semua'


2 September 2012
Blood Donation Camp 2012



 Hopefully suatu hari nanti akan menjadi pemilik kepada kad ini....





Thursday, July 26, 2012

ROJAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bersesuaian dgn tajuk entri kali ini, aku nak berkongsi macam2 benda yg terlintas di fikiran..jangan pening2 kerana ianya pasti sedap seperti rojak (bulan puasa asyik cerita psl makanan la pulak)


First of all, Selamat Menyamburt Ramadhan..Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan olehNya utk meraikan Ramadhan tahun ini..walaupun merupakan tahun ke 5 berpuasa jauh dari tanah air, aku yakin dgn ketentuanNya, sekiranya berjauhan dari Malaysia itu mungkin lebih baik untuk aku..semoga aku dapt mengutip sebanyak mungkin keberkatan Ramadhan utk dibawa ke bulan2 seterusnya.

Sekarang aku berada di peralihan semester..baru habis semester 8 dan akan masuk semester 9..oh tidak!!..it's final semester of MBBS..sedang mengumpul kekuatan utk menghadapi semester yg mencabar sebelum mendapat gelaran Pegawai Perubatan..Bak kata sahabat aku, Siti Sarwani a.k.a Tiniey "Sikit je lg Shu, u can do it!"..anyway congrate to her and all my other friends yg dah menamatkan pengajian masing2..semoga berjaya dlm karier masing2 selepas ini..

Hari ini, 27 Julai 2012, temasya sukan terbesar di dunia iaitu Sukan Olimpik akan bermula secara rasmi..disebabkan mempunyai kelapangan selama seminggu ni, banyak la masa aku dihabiskan utk mengikuti perkembangan Olimpik terutama sekali atlet Malaysia dalam misi memburu Emas Pertama Olimpik..banyak juga isu berbangkit sepanjang persiapan sukan Olimpik tahun ini..yang paling mencuri tumpuan ialah selepas tahun 1980, sekali lagi olimpik diadakan dalam bulan Ramadhan..isu Atlet dan puasa banyak dibincangkan..



Seterusnya ialah kehadiran atlet menembak Malaysia, NurSuryani yang sarat mengandung 8 bulan akan mengambil bahagian dalam sukan Olimpik..beliau merupakan Atlet Mengandung yg ke-4 tetapi beliau merupan yang paling sarat..semoga berkat Ramadhan dan anaknya bakal menghasilkan sesuatu dalam sejarah sukan dunia..








Apabila bercerita pasal sukan, susah pulak tangan ni nk berhenti menulis..patutlah ada seorang kawan aku cakap, aku sepatutnya jadi jurnalis sukan..tapi okey apa kalau doktor bercerita pasal sukan..seterusnya aku nak cerita pasal PocketRocketMan iaitu Azizulhasni..siapa yg sedar perubahan pada pakaian dia sekarang..aku ingatkan itu merupakan pakaian baru cyclist Malaysia..selepas aku terbaca status FB Saifulislam baru aku tahu kenapa berlaku perubahan..

From FB Saifulislam:
"Master Chef Sabri kata, dia berjuang untuk mengHalalkan dapur-dapur hotel yang hakikatnya banyak dikunjungi oleh Muslim. Demikian juga Pocketrecketman, pelumba basikal negara,Azizulhasni Awang berusaha untuk membolehkan pakaian yang lebih sempurna bagi Muslim, boleh dipakai di trek.
Apabila semua orang usaha mahu membawa agamanya ke bidang masing-masing, macam-macam benda istimewa berlaku dan mendatangkan manfaat kepada umat. "

Banyak jugak lagi yang dikongsikan Saifulislam berkaitan Sukan Olimpik..bagi yang bersempatan silalah ke blog beliau..KLIK SINI UNTUK KE SAIFULISLAM..aku rasa itulah saja berkaitan Olimpik walaupun masih banyak yg terlintas di fikiran..nanti aku sambung di entri2 yang lain pulak..

Sekian sahaja utk entri Rojak ini..





Melangkah Itu Mudah.
Namun Mencari Arah Itu Yang Terkadang Payah.
Mencari Jalan Itu Mudah,
Namun Memahami Destinasi Itu Yang Susah.
Menyusuri Susur Itu Mudah,
Namun Menuju Noktah Itu Pasti Mendatangkan Lelah.