Tuesday, January 26, 2010

Aku Tak Percaya CINTA [Sekadar Suka-Suka]

Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A

Namaku tak perlu disebutkan
dari suara pasti kau kenalku
rupaku tak payah dibayangkan
memang kau tak rugi bertemuku

Ku selalu lihat dari jauh
kutahu kaupun rasa sesuatu
bila kau perlu diriku tiada
biar menjadi misteri hidupmu

Aku tak pernah fikirkan cinta
sekadar mengusik kamu
biarlah cinta yang datang padaku
aku tak percaya

Aku tahu kau ingin bercinta
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna

Hey hey hey hey

Memang benar kau jadi rebutan
ramai gadis yang terpikat denganmu
tapi aku beza dari semua
bukan aku menjual mahal

Kerana ku cukup semua
hanya tiada hmmm teman lelaki
sekadar sekadar cuci mata
melihat lelaki seperti kamu

Aku tak pernah fikirkan cinta
sekadar mengusik kamu
biarlah cinta yang datang padaku
aku tak percaya

Aku tahu kau ingin bercinta
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna

Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A

Baru semalam aku bermimpi bertemu kamu
Peliknya rasa lantas kutersedar
aku tak percaya

Aku tak pernah fikirkan cinta
sekadar mengusik kamu
biarlah cinta yang datang padaku
aku tak percaya

Aku tahu kau ingin bercinta
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna

Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A

Sunday, January 24, 2010

O TANJOUBI OMEDETOU GOZAIMASU!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Kepada sesiapa yang x fhm tajuk entri aku kali ni..maksudnye Selamat Hari Jadi @ Happy Birthday...
Hari ni merupakan Birthday my bestfriend...
Tetiba rase nk menulis pasal die...
Aku rase aku xpernah tulis psl die kt sini...
Maybe ni bleh jd hadiah Hari Jadi aku utk die kot...

Faten,
Kau igt x sejak bila kita mula bertegur sapa??
Aku pun xigt sbnrnya..hehe Yg aku tahu, aku sedar kewujudan kau mase kite form 3..tu pun sbb duk skls..
Kau igt x sejak bila kita boleh digelar bersahabat??
Mungkin disebabkan tugas dan minat yg sama kita mula bersahabat...
Kau igt x kita same2 main badminton lps subuh kt Dewan Seri Gemilang time sklh dulu??
Aku rasa org lain x buat kerja gila cam kita...
Kau igt x kita ponteng prep malam sbb nk tgk All England kot???
Smpi kena marah ngan warden..
Kau igt x aku tipu kawan2 kita bila aku ckp kita sama2 dpt g PLKN??
Padahal kau je yg dapat..
Kau igt x kita sama2 g amik result SPM??
Result kita sama tp subjek je yg lain..
Kau igt x masa kita sama2 buat A LEVEL??
Even bidang kita x sama, kita still duduk area yg sama..aku kt KTT, kau kt MIAT..
Kau igt x kau selalu dtg lepak kt bilik aku kt KTT??
Aku je yg xpernah g lepak kt MIAT
Kau igt x masa kau nk fly??
Sorry aku xdpt g KLIA time tu...
Kau igt x kita g sklh masa cuti hari tu??
Cikgu Azlinee cakap "Shuhaiza, nnti nk dtg sklh xyah la tggu Faten balik, dtg je sendiri" Mesti la aku tggu kau dulu..hahaha

Terlalu byk kot kenangan utk diimbas...
Mungkin usia persahabatan kita masih terlalu muda...
Yang pasti kita masih bersahabat sehingga ke hari ini..
Dan aku harap persahabatan ini akan terus kekal....



Aku xpandai tulis sajak yang puitis..
Lirik lagu ni sesuai utk kita berdua..


Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri) Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis

Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta


P/s :

Happy Birthday again my friend...aku harap kau akan terus tabah menghadapi semuanya..i'll always be there 4 you n thanks 4 always being there for me...semoga bertemu di pertemuan yg seterusnya...

Igt tagline kita "Lurve u n miss u so much"

Tuesday, December 15, 2009

Melangkah ke satu fasa baru dlm hidup......

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sepatutnya post ni aku tulis sebulan yg lepas..tapi asyik tertangguh dan tertangguh..akhirnya ari ni baru aku boleh bercerita ttg 9 November 2009..apa yg istimewanya tentang tarikh ini???..yg pasti tarikh tu akan dilalui sekali je seumur hidup aku..iaitu mencapai umur 21 tahun..hahaha..aku rase baru je aku tulis psl birthday aku yg ke-20..pejam celik dah setahun kot berlalu..

My Birthday Cake


Menu yg dihidangkan..menu utama nasi lemak

Seperti jugak tahun lepas, tahun ni pun member2 aku celebrate birthday aku..thanks u all especially my housemate Ieda n Hawa..yg lucunya aku masak sendiri utk birthday aku..hehehe..thanks pada yg sudi dtg..dh xigt berapa org yg dtg..maklumlah dah sebulan berlalu..Arigato jgk kpd yg sudi bagi hadiah..bercerita pasal hadiah, aku rase tahun ni paling byk aku dapat hadiah kot..ish3..makin besar makin banyak hadiah ek..

Ni Birthday Card dr akak2 rumah depan..thanks Diniey, Sarah n Mizerque


Hadiah PALING COMEL ni daripada Nora n Ayue..study lamp free..hehehe


Topi ni PALING AWAL aku dapat..mase trip ktorg g Goa..present dr Rozita

Mug PALING BESAR ni pemberian housemate kesayangan Ieda n Hawa..hilang terus dahaga minum guna mug ni...

Chocolate dari MALAYSIA ni plak drpd Cik Tka kita..byk btul chocolate die...


Ni hadiah PALING CANGGIH kot..ditempah melalui internet dan disampaikan melalui pos..drpd siapa lg klu bkn Mimiey Zaki..


Ni hadiah PALING BESAR..teman tidur aku tiap2 malam..thanks Suhaili..sy xpernah dpt hadiah teddybear

Thanks to Anum yg belanja aku makan..Terima kasih jgk kpd yg wish tru SMS n facebook..member2 dr Malaysia n tempat2 lain jgk..rindu korang semua..ada rezeki kite jumpa lg..kpd family yg masih mengingati hari jadi aku di sini..THANK YOU EVERYONE

Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.....

SENYUM SELALU!!!!

Saturday, December 12, 2009

Aku ingin menulis......

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sudah terlalu lama diri ini tidak meluangkan masa untuk menulis di sini..aku ingin menulis tapi tiada kesempatan..selepas sibuk dengan First Sessional Exam, laptop pulak buat hal..tu yang terbengkalai segala benda yg nak aku coretkan di sini...

Lagi 3 hari aku akan memulakan percutian aku ke Utara India..lepas tu nk balik Malaysia..x sabar rasanya..aku harap perjalanan aku akan lancar tanpa sebarang masalah..semoga perjalanan aku diberkati Allah...skrg ni tgh sibuk kemas rumah dan barang2..ye la sibuk dgn exam smpi rumah dah lintang pukang jadinya..

Skrg ni tgh berlangsung Sukan Sea kat Laos..aku x berkesempatan nk layan Sukan SEA kali ni sbb berada di bumi India..just dpt bacsa paper je la..tp feel die x sama..aku tumpang bangga bila Skuad bola sepak Malaysia berjaya menyingkirkan Thailand..itulah keajaiban bola sepak..hahaha..

Okaylah..nanti aku menulis lg...

SENYUM SELALU!!!!!!

Saturday, November 14, 2009

Cerita Tentang SMSPP @ SCIPP....

Assalamualaikum...
Dlm minggu ni byk plak cerita yg berkaitan SMSPP @ SCIPP yg aku dpt..post yg lepas aku dh cerita psl slh seorg cikgu aku dulu..En Mohd Rozi Ismail a.k.a Sensei Rozi..sape x bace lg sila rujuk entry sblm ini...
Pagi ni plak aku terbaca 2 lg berita tntg pelajar sklh aku...

Ini cerita yg pertama..aku copy paste je la ek....
Ni cerita psl senior aku..aku xsmpt pun ngan bacth ni..tp akak ni aktif ngan Alumni..so selalu la tgk die update info kt FB especially psl eunion bln lepas..hehehe



Pasangan baru 10 hari nikah sertai MMU ke Sahara Barat



beri khidmat terbaik di Sahara Barat." title="PENGANTIN BARU...Hamidah dan Nor Amir mahu
beri khidmat terbaik di Sahara Barat." width="300" border="0" height="377">
PENGANTIN BARU...Hamidah dan Nor Amir mahu
beri khidmat terbaik di Sahara Barat.

KUALA LUMPUR: “Saya tidak menyangka dihantar menyertai misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama suami. Ini satu penghormatan yang tidak boleh dilepaskan,” kata pegawai perubatan Kem 1 Bridged Rasah, Seremban, Kapten Dr Hamidah Mohd Salleh, 26.

Beliau isteri kepada Kapten Dr Nor Amir Zakuan Panizan, 26, antara 20 anggota dan pegawai yang menyertai Pasukan Perubatan Malaysia atau dikenali Malaysia Medical Unit (MMU) 8 PBB di Sahara Barat (MINURSO) selama enam bulan.

Menurut Dr Hamidah, walaupun mereka baru 10 hari melangsungkan perkahwinan, dia sangat teruja apabila diberi peluang menggalas tanggungjawab berkhidmat di negara yang bergolak itu memandangkan ia peluang ditunggu selama tiga tahun bertugas dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sebagai tentera kami terlatih untuk bersiap sedia dan rela dihantar bertugas di mana saja. Walaupun suami tidak ditempatkan di kem sama di sana, itu tidak menjadi masalah kerana tugasan kami lebih kepada kepentingan negara,” katanya ketika ditemui di Wisma Transit di sini, semalam.

Bagi suaminya, Dr Nor Amir yang bertugas di Kem Sungai Udang Melaka, dia sudah membuat persiapan daripada segi mental dan fizikal bagi memberikan perkhidmatan terbaik.

“Sebaik mengetahui mengenai tugasan ini, saya dan isteri mendapatkan banyak maklumat untuk mengetahui bentuk cabaran bakal dihadapi agar penugasan kami dilalui dengan jaya dan selamat,” katanya yang mengenali isterinya ketika sama-sama menuntut di Jurusan Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia tujuh tahun lalu.

Sementara itu, Komander Pasukan MMU 8, Leftenan Kolonel Dr Mizalazrin Mdzlan berkata, pasukannya menggalas tugas yang diberikan dengan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik demi memastikan imej negara tidak tercalar.

“Jika boleh kami ingin berikan perkhidmatan lebih baik berbanding kumpulan sebelum ini yang mendapat pujian dunia,” katanya yang juga doktor pergigian di Hospital Tentera Darat Gemas, Negeri Sembilan.

p/s : Kak Reck..blum terlambat nk wish Selamat Pengantin Baru
I hope i'll be like her one day..."Live to Serve"


Ni pulak cerita ke-2..copy paste jgk..hehehe

Ni plak psl junior aku..


Aina Suzaily dinobat juara Penyampai Ikon 2009


MAZNAH Rais menyampaikan hadiah kepada Aina Suzaily M. Zailanny, johan pertandingan Penyampai Ikon 2009 di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 14 Nov - Peserta dari Pasir Putih, Kelantan, Aina Suzaily M. Zailanny, 20, dinobatkan sebagai juara sulung program realiti Penyampai Ikon pada Malam Anugerah Penyampai Ikon 2009 yang diadakan di Istana Budaya di sini malam ini.

Menonjolkan keyakinan diri yang tinggi dalam menyampaikan dua tugasan, sebagai penyampai berita dan laporan lokasi tentang gempa bumi di Padang, Indonesia, membolehkan Aina Suzaily membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Proton Saga BLM 1.3 serta wang tunai RM6,000.

Beliau turut menerima sijil penyertaan daripada Institut Akhbar Malaysia (IAM) dan trofi yang disampaikan oleh isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais.

Turut hadir Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya dan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf.

Pencabar terdekat, Siti Aisyhah Baslie, 24, dari Kuching, Sarawak, bagaimanapun hanya berpuas hati di tempat kedua dengan menerima hadiah berupa wang tunai RM4,000, trofi serta sijil penyertaan daripada IAM.

Tempat ketiga, milik peserta dari Perak, Khairul Faizi Dalaiil, 23, yang memenangi hadiah berupa wang tunai RM2,000, trofi serta sijil penyertaan daripada IAM.

Tiga lagi peserta yang turut memberikan saingan ialah Beatrice Khrishnan, 23, Mohamed Shahril Sarapudin, 21, dan Hazel Desmond, 26.

Juri pada pertandingan itu ialah pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah yang juga ketua juri, Ketua Pegawai Eksekutif IAM, Datuk Chamil Wariya dan Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin.

"Saya gembira dengan kemenangan ini, tidak dijangka kerana semuanya memberi saingan sengit, tetapi ini adalah keputusan juri profesional.

"Sebenarnya, saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah dan tanpa restu ibu bapa, saya tidak mungkin akan menyertai program ini" katanya ketika ditemui selepas program itu.

Enam peserta akhir Penyampai Ikon adalah antara 17 peserta rancangan itu yang disenarai pendek daripada lebih 6,000 peserta yang hadir di peringkat uji bakat.

Mereka turut menjalani pengajian di Kolej Penyampai Ikon dalam bidang kewartawanan siaran anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak 12 Ogos lalu.

Konsultan persembahan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Yusanani Yushak bertindak sebagai pengetua Kolej Penyampai Ikon serta penerbit eksekutif program tersebut.

Sementara itu, penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Normazalina Mohd. Nor bertindak sebagai pembantu serta penyelia Kolej Penyampai Ikon.

Majlis yang disiarkan secara langsung di TV2 itu diserikan dengan persembahan daripada peserta Penyampai Ikon serta artis undangan, Lan and The Typewriter, Alyah dan Dayang Nurfaizah.

p/s : Sorry la ek..entry kali ni panjang plak..hehehe..copy paste je...anyway, semoga SCIPPianz terus cemerlang, gemilang dan terbilang di mata Dunia (tetiba tengiang-ngiang lagu sekolah..)