Saturday, November 26, 2011

"KAKA MALAYSIA"


Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Banyaklah pulak entri-entri yang tak complete ditulis untuk di"post"kan kat blog. Kalau ada kesempatan aku siapkan dan dikongsikan di blog ini. Tapi malam ni aku nak berkongsi tentang si budak "comel" yang aku rasa telah mengatasi populariti KFCM. Sorry Apex, but u still the best goalkeeper. Kadang-kadang terfikir pulak nak jadikan blog ni sebagai blog sukan tapi takut tak tercapai pulak misi nak menulis pasal sukan. Maklumlah masih bergelar pelajar perubatan, takut takde masa nak ikuti perkembangan sukan. But it's cool right, student medic and blogger sukan. Ish, makin dekat dengan exam, makin merapu pulak tulisan Shuhaiza. Memandangkan tak cukup masa nak menulis, aku kongsikan apa yang aku baca sahaja.
Ada persamaan ke??..macam takde je..


Semasa namanya disenaraikan pada saat akhir bagi menggantikan Gary Steven Robbat ke Sukan SEA 2011, tidak ramai peminat mengenali siapakah Mohd. Nazmi Faiz yang baru berusia 17 tahun.
 
Malah, tindakan yang dilihat terdesak oleh jurulatih negara, Ong Kim Swee kerana sanggup menerbangkan Nazmi ke Jakarta yang ketika itu berada di Vietnam bagi menghadapi Kejohanan Kelayakan AFF bawah 19 tahun menimbulkan persoalan di kalangan peminat, adakah perjudian itu memberikan pulangan berbaloi.

Tambahan sehingga dia sanggup tidak mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai hanya menjangkakan pemergian Nazmi hanya untuk memanaskan bangku simpanan sahaja dan tidak lebih sekadar mencari pengalaman.



Namun, sebaik sahaja Sukan SEA XXVI Indonesia bermula, namanya tiba-tiba meniti di kalangan peminat bola sepak tempatan, malah sudah ada yang membandingkan kehebatannya sama seperti bekas pemain legenda negara, Azizol Abu Hanifah dan tidak kurang memberikan dia dengan nama jolokan 'Kaka Malaysia'.
Ketenangan mengawal bola dan membuka ruang kepada rakan sepasukan dengan hantaran bola yang menakjubkan walaupun dalam situasi sukar seolah-olah seperti pemain yang sudah jauh berpengalaman membuka mata ramai pihak bahawa anak jati Lembah Keramat ini bakal menjadi aset terbaru masa depan bola sepak Malaysia.

Walaupun telah membawa Malaysia meraih emas di Jakarta, Nazmi mengakui masih banyak perlu dipelajari untuk menjadi pemain lebih baik, namun berterima kasih kepada jurulatih, Kim Swee kerana memberikan kepercayaan kepada dirinya bermain dalam kesebelasan utama.

''Selepas Sukan SEA, gaya permainan saya semakin meningkat dan selesa bermain dengan rakan-rakan walaupun baru sahaja bersama skuad utama.
''Kejayaan memenangi emas di Sukan SEA belum memuaskan hati saya, masih banyak perkara yang saya mahu capai selaku pemain bola sepak di samping meningkatkan lagi tahap permainan saya," katanya yang bercadang mengambil peperiksaan SPM pada tahun depan.



P/S : Sesungguhnya perjalanan Nazmi Faiz sebagai pemain bola baru sahaja bermula. Semoga semua orang fokus kepada perkembangan karier beliau tanpa perlu memperbesarkan isu-isu yang remeh-temeh. SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!!

Friday, November 25, 2011

BELGAUM TRIP!!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekarang aku berada dalam "study weeks" selama 2 minggu sebelum University Exam Final Year MBBS Part I. Kelas dan posting telah berakhir pada 15 Nov 2011..aku telah ambil kesempatan utk melawat sahabat-sahabat di Belgaum, India.Dah lama aku janji dengan Fazilah untuk ke sana, tetapi disebabkan kekangan masa, aku gagal tunaikan janji. Kalau nak fikir pasal masa, kita akan rasa selalu tak sempat, oleh itu, aku telah ambil keputusan untuk ke sana even exam mmg terlalu hampir..orang kata "release tension"..To Fazilah, aku telah menunaikan janjiku..hehehe. To Siti Hawa, terima kasih sebab pergi dengan aku.

Saya nak biarkan gambar-gambar yang berbicara....

Lunch time

Di hadapan hostel

Bangunan USM-KLE

Thanks to Amalina & Fazilah bawa kitorang jalan-jalan
Minum jus selepas penat college tour

Di hadapan KLE University

Bangunan Dental College


Itulah aktiviti hari pertama kami di sana. Jom kita sambung aktiviti hari kedua yang turut disertai oleh Kak Mas.

Naik auto berlima..tak pernah dibuat di Mangalore
Breakfast di Eafa Hotel

Kami
Borong saree
Bandar Belgaum yang sejuk dan kering
Kami berlima..thank you so much to Ina, Fezi and Kak Mas!!!!!

Shopping di Belgaum Town





 Memandangkan percutian kami hanya 2 hari, pada sebelah malamnya kami bertolak pulang......




Terima kasih daun keladi, ada kesempatan saya datang lagi!!!



Tuesday, November 22, 2011

CORAT-CORET SUKAN SEA 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sukan SEA ke-26 yang berlangsung di Jakarta dan Palembang telah sampai ke penghujungnya. Sekadar ingin berkongsi suka-duka sepanjang kejohanan berlangsung. Perhatian sudah semestinya kepada skuad Harimau Muda Malaysia yang berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu.
  • Maskot Sukan SEA tahun ini ialah biawak komodo ( tak pasti nama yang diberikan kepada maskot tersebut ) 
  • Bekas pemandu Formula 1 Malaysia, Alex Yoong menyumbangkan pingat emas bagi acara Ski Air dengan hanya latihan selama 6 bulan. Sukan itu didominasi oleh adik-beradik Yoong dengan menyumbangkan 3 emas kepada Malaysia
  • Penerjun negara, Yeoh Ken Nee berjaya mengumpul 15 pingat emas sepanjang penyertaan di dalam sukan SEA dan mengumumkan ini adalah Sukan SEA terakhirnya.
  • Skuad badminton negara pulang tanpa seabarang pingat emas.
  • Skuad Harimau Muda mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang temasya termasuk menundukkan Indonesia sebanyak 2 kali di stadium yang dianggap keramat oleh peminat fanatik mereka ( selepas ni, dah tak keramat sangat lah)
  • Asraruddin Putra yang sebelum ini bermain di posisi pertahanan, bermain di posisi midfield dengan sangat cemerlang
  • "Baracuda" menjadi pengangkutan rasmi skuad Harimau Muda untuk keluar masuk dari Stadium Gelora Bong Karno ( dan mungkin akan terus menjadi pengangkutan rasmi mereka setiap kali beraksi di sana). Yang pasti, "Baracuda" tu ada air-cond tau.
Pemain Malaysia di dalam "Baracuda" untuk keluar dari stadium selepas menang pingat emas



  •  Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Saas, Badrool Baktiar, Asrarudin Putra adalah antara pemain yang turut beraksi 2 tahun lalu. Kejayaan berganda buat mereka.
  • Kata-kata jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee sebelum perlawanan yang membakar semangat anak muda Malaysia.
  • "They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about." - Ong Kim Swee


    •   Apa yang paling menarik semasa aksi Final Bola Sepak Sukan SEA adalah rakyat Malaysia telah membuktikan sukan dapat menyatupadukan rakyat
    • Aku rasa lagu yang paling popular sepanjang dua- tiga hari ini ialah Selamanya Harimau Malaya. Kepada yang belum dengar lagu tu, silalah dengar sekarang. 



    Saturday, November 12, 2011

    9 November

    23 tahun lalu,
    Di pagi hari, di tarikh ini,
    Di sebuah rumah kampung,
    Bertemankan hujan lebat musim tengkujuh,
    Dengan izin dari-Nya, lahirnya dia ke dunia,
    Anak kedua, puteri pertama,
    Melakar senyuman di bibir mak dan abah,
    Jutaan impian dan harapan ditaburkan,
    Namun dia masih kecil untuk mengerti segalanya.

    23 tahun telah berlalu,
    Kini bayi yang naif itu telah bergelar anak gadis,
    Yang mula mengenal erti kehidupan,
    Beserta jutaan impian yang belum terlunas,
    Mungkin berbeza dengan yang mereka harapkan,
    Namun niatnya tetap satu,
    Semua hati berbangga gembira.

    Kini,
    Anak gadis itu masih mencongak masa depan,
    Perjalanan hidup yang penuh misteri,
    Tak diketahui apa yang direncana oleh-Nya,
    Hanya doa dan tekad diteguhkan,
    Mengiringi perjalanan kehidupan.

    Di tarikh keramat ini,
    Berjuta ucapan hari ulang tahun yang diutuskan,
    Menjadi penyambung iltizam anak gadis ini,
    Kasih sayang keluarga menjadi peneman waktu suramnya,
    Semangat sahabat menjadi pemangkinnya,
    Insan ini akan terus berjuang,
    Semoga bertemu dengan 9 November akan datang.

    Saturday, November 5, 2011

    Aku, Kau dan Mereka...

    Dulu kurasa diriku tabah
    Tetapi kini aku rebah
    Dulu kurasa hatiku teguh
    Tetapi kini semakin rapuh
    Dulu kurasa jiwaku besar
    Tetapi kini bertambah gusar

    Di saat langkah rapi diatur
    Demi sebuah impian yang luhur
    Kadang-kala aku rebah tersungkur
    Dek iltizam yang entah kenapa luntur

    Rasa rindu yang sukar dibendung
    Impian dan fokus kekadang terpesong
    Lantaran fikiran yang kian bingung
    Hampir sahaja aku terlopong

    Hanya pada-Mu aku bermohon
    Semoga rindu dan kasih yang terus menimbun
    Menjadi semangat yang berpohon rimbun
    Demi takdir yang telah disusun

    Dan manik-manik jernih ini bertaburan lagi............













    shusupian
    Le Palace Apartment
    9.03p.m, 4 Nov 2011