Monday, September 26, 2011

GENETICS


Biology says that we are who we are from birth. 
That are DNA is set in stone. 
Unchangeable. 
Our DNA doesn't account for all of us though, we're human. 
Life changes us. 
We develop new traits. 
Become less territorial. 
We start competing. 
We learn from our mistakes. 
We face our greatest fears. 
For better or worse, we find ways to become more than our biology. 
The risk of course is that we can change too much to the point where we don't recognize ourselves. 
Finding our way back can be difficult. 
There's no compass, no map. 
We just have to close our eyes, take a step, and hope to God we get there.

Saturday, September 24, 2011

SIAPA TAHU APA ITU WAWASAN 2020??

Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Pagi ni tertengok YOUTUBE Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2011..then dengar la lagu Wawasan 2020..kita selalu dengar tentang Wawasan 2020 sejak kecil lg..tetapi berapa ramai antara kita yang faham tentangnya..if people ask what is Wawasan 2020, what will you say?..honestly speaking, saya sendiri tergagap-gagap nak jawab..sebelum ni apa yang saya tahu, apabila 2020 nanti, Malaysia akan jadi negara maju dan di dalam wawasan 2020 tu ada cabaran-cabaran yang perlu dilaksanakan..

Memandangkan saya masih berada dalam mood sambutan Hari Malaysia, jom kita tambah sedikit ilmu tentang negara...

image
Pada tahun 1991, kerajaan telah mengumumkan bahawa objektif negara adalah untuk menjadi negara maju atas usahanya sendiri menjelang 2020. Ia memberi wawasan kepada Malaysia untuk mencapai status perindustrian dan negara maju sepenuhnya dengan mengekalkan perkembangan pada kadar 7 peratus setahun dan memulakan perubahan struktur ekonomi termasuk juga di dalam sektor pembuatan. Kunci kepada pencapaian negara maju ialah dengan mengatasi sembilan cabaran strategik.

Pertama Mewujudkan satu negara Malaysia bersatu yang terdiri dari satu Bangsa Malaysia
Kedua
Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas dari aspek psikologi, selamat, dan maju.
Ketiga
Merangsang dan memajukan masyarakat yang berdemokratik dan matang.
Keempat Mewujudkan masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi.
Kelima Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertoleransi.
Keenam Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif.
Ketujuh Mewujudkan masyarakat yang penyayang.
Kelapan Memastikan ekonomi masyarakat yang seimbang, di mana pengagihan kekayaan negara adalah adil dan saksama
Kesembilan Mewujudkan masyarakat yang berjaya dengan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan  bingkas sepenuhnya.

Polisi dan strategi bagi fasa pertama wawasan 2020 dibentangkan di dalam Pelan Rangka Perspektif Kedua, 1991-2000 (OPP2). Ia membentuk Polisi Pembangunan Negara (NDP) yang menggantikan NEP, dan mengandungi beberapa perubahan polisi untuk memberi dimensi baru kepada usaha pembangunan dalam menghasilkan pembangunan yang lebih seimbang sementara mengekalkan polisi asas NEP.

Fokus strategi anti kemiskinan beralih kepada penghapusan kemiskinan tegar, sementara pada masa yang sama mengurangkan kemiskinan relatif. Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputra yang lebih bermakna di dalam sektor moden ekonomi, penekanan di buat ke atas komuniti Perdagangan dan Industri Bumiputera. Harapan yang lebih besar diletakkan pada penglibatan sektor swasta dalam proses penstrukturan. Pembangunan sumber manusia termasuk nilai moral dan etika untuk mencapai objektif perkembangan dan pengagihan juga diberi penekanan.

Di pertengahan 1990an selepas prestasi ekonomi yang mengagumkan, Krisis Kewangan Asia melanda kawasannya. Krisis bermula di dalam pertengahan 1997 dengan serangan spekulatif terhadap matawang Asia Timur, termasuk ringgit. Selepas beberapa kesilapan pelaburan dan di tengah-tengah keadaan ekonomi yang semakin tenat, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) ditubuhkan pada Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang komprehensif dilancarkan enam bulan kemudian.

Kejayaan memperkenalkan beberapa polisi, termasuk mengenakan kawalan pertukaran matawang terpilih, dan penubuhan institusi seperti Danaharta dan Danamodal untuk mengemukakan isu-isu yang disebabkan oleh krisis, yang menyebabkan ekonomi terpaksa diberi nafas baru selepas merekodkan pertumbuhan negatif pada kadar 7.4 peratus pada tahun 1998. Polisi fiskal dan kewangan yang diperkenalkan juga membantu merangsang penggunaan, sementara mengekang tekanan inflasi.


p/s: Selepas 20 tahun berlalu dan hanya 9 tahun sahaja yang tinggal, berapa peratus daripada cabaran-cabaran tersebut sudah dicapai?..tepuk dada, tanya akal..jadi selepas ini jangan hanya tahu menyebut Wawasan 2020 tahun memahami apa yang termaktub di dalamnya.

Friday, September 23, 2011

KURANGKAN KONTROVERSI, TINGKATKAN PRESTASI!



AKSI tangkas Khairul Fahmi Che Mat menafikan percubaan bertali arus Jepun ketika tumpas 0-2 pada aksi pembukaan Kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik London kelmarin membuktikan betapa dirinya wajar dilabel sebagai penjaga gol nombor satu negara ketika ini.

Ketika kemampuannya diragui untuk memikul tugas selaku kapten berikutan masalah peribadi sebelum ini, Khairul Fahmi atau turut dikenali dengan panggilan Apek beraksi cemerlang untuk mengelakkan skuad Samurai Biru berkenduri gol di Stadium Tosu.

Biarpun peminat tanah air menganggap pemain Kelantan itu seperti ‘berseorangan’ menentang asakan Jepun, dia bagaimanapun beranggapan sebaliknya.

Katanya, semua pemain menunjukkan kesungguhan untuk menandingi kehebatan Jepun yang mendominasi keseluruhan permainan.

“Tanpa pemain lain saya akan susah, dalam bola sepak kita berusaha dalam satu pasukan dan saya tidak melihat dua gol dilepaskan itu disebabkan kesilapan pertahanan semata-mata,” katanya.

Khairul Fahmi yang berusia 22 tahun berkata, skuad Jepun yang dibimbing Takashi Sekizuka itu tampil lebih hebat berbanding ketika Malaysia kalah dengan jaringan sama di peringkat kumpulan di Sukan Asia Guangzhou tahun lalu.


“Berbanding di Sukan Asia lalu, permainan mereka lebih hebat semalam (kelmarin) mungkin sebab mereka bermain di tempat sendiri,” katanya.

Apek yang turut dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang Australia di Canberra 7 Oktober depan berkata, mereka perlu meningkatkan prestasi sebelum pertemuan dengan Syria dan Bahrain di gelanggang sendiri, November ini.

Malah Malaysia berpeluang menebus kekecewaan itu menerusi aksi timbal balik menentang Jepun di Kuala Lumpur, pada 22 Februari tahun depan.

“Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, antaranya komunikasi antara pemain, tapi saya yakin kami boleh terus memberikan cabaran selepas ini,” katanya.

Khairul Fahmi akan pulang ke pangkuan Kelantan bagi kempen Piala Malaysia sebelum menyertai latihan skuad kebangsaan pada 4 Oktober depan.

Friday, September 16, 2011

Oh angin! Sampaikan rasa cintaku....






Aku mungkin tidak mampu mengangkat senjata untuk buktikan rasa setiaku,
Aku mungkin tiada daya berhujah untuk lahirkan rasa cintaku,
Aku juga tak sehebat mereka yang sentiasa mengharumkan namamu,
Cukuplah sekadar namamu sentiasa tersemat di ingatan walaupun aku kini jauh beribu batu darimu,
Rasa cinta dan setiaku padamu mustahil akan pudar apatah lagi lupus dari diriku,
Biarlah apa orang kata tentang kamu,
Kamu tetap yang terbaik,
Semoga kamu terus sejahtera.

SELAMAT HARI MERDEKA KE-54 SAYANGKU MALAYSIA!
SALAM 1 MALAYSIA

Sunday, September 11, 2011

RENUNGKANLAH BERSAMA

Setiap manusia pasti punya
Pemikiran yang saling berbeza
Tapi janganlah cuba untuk memaksa
Yang lain jika tidak sekata

Usah taksub tafsiran sendiri
Pandanglah dari sudut yang lain
Mungkin ada benarnya kata mereka
Andainya berfikiran terbuka

Renungkanlah bersama

Habibi janganlah membenci
Hentikan dari saling menyakiti
Habibi hanya jikalau bersatu
Umahmu akan lebih maju

Temanku bersalamlah selalu
Hormati mereka disekelilingmu
Temanku marilah kita bersama
Menjadi pejuang agama

Tak perlu meninggikan suara
Untuk meluah apa dirasa
Kerana lantang itu bukannya bermakna
Katamu menjadi lebih benar

Renungkanlah bersama