Saturday, August 6, 2011

AFTER 3 YEARS....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Pada 29 Julai 2011, genaplah 3 tahun aku merantau ke bumi India untuk memenuhi tuntutan menimba ilmu untuk bergelar pegawai perubatan. Tanpa disedari, tempoh 3 tahun terasa terlalu pantas berlalu. Sebelum aku melangkah ke sini dulu, 5 1/2 tahun tu dirasakan terlalu lama sehingga terfikir mampukan aku menempuh tempoh tersebut. Hakikatnya sekarang aku memasuki tahun ke-4 di sini. Sudah lebih separuh perjalanan aku lepasi. Semoga 2 1/2 tahun yang mendatang akan berjalan sebagaimana yang dirancang.

Jom kita "recap" balik apa yang terjadi sepanjang 3 tahun ni..

Tahun Pertama (29 Julai 2008- 28 Julai 2009)
Melangkah meninggal Tanah air dengan sejuta harapan

Persembahan dikir barat sempena Hari Kebangsaan ke-49
Aidilfitri @ Acro


Sesi Ice Breaking

Aidiladha @ Manipal

Holiday after exam- Eagle Eye, Chikmangalore

Histology Lab @ Bejai

Dissection Hall- Table 2
 TAHUN KE-2 (29 Julai 2009-28 Julai 2010)


Ice-breaking Junior 2009

Open House / House Warming 510 Maharaja Residency

Aidilfitri 2009

Goa

Hyderabad

Lagenda 2009 @ Manipal

Community Medicine Posting

Ooty-Mysore 2010

Clinical Posting @ Wenlock Hospital

Salam Taj Mahal

TAHUN KE-3 (29 Julai 2010- 28 Julai 2011)
Aidilfitri 2010


Aidilfitri 2010

Saying Goodbye to them

Aktiviti Riadah

Clinical Posting

Chinese New Year

Interclass 2010

Interclass 2010

Koir @ MaKSIMa


Hanumangundi Waterfall

Davengere 2010

Senior Graduation Day

Celebrating 3rd Year Anniversary @ Sri Lanka



Ini mungkin sebahagian kecil sahaja rentetan perjalanan Nur Shuhaiza di Bumi India. Semoga kenangan dan pengalaman ini akan menjadi pedoman untuk aku menempuh hari-hari mencabar.

Tuesday, August 2, 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN



Ramadan is here, Here is Ramadan.
Ramadan is coming, The time that is blessed.
Ramadan is coming, The time we love best.
The month in which the Qur'an was sent;
A time of great blessing in which to repent.
Fasting for Allah is a great Muslim deed;
Controlling desires and Suppressing greed.

Ramadan is coming, Increase your Iman.
Ramadan is coming, Recite the Qur'an.
Taking "Sahur" in the dead of the Night;
No eating no drinking during the daylight.
Refrain from bad deeds and repent your soul;
The pleasure of Allah is our only goal.

Ramadan is coming, so let us prepare.
Ramadan is coming; there is peace everywhere,
Even if there is hunger, remember your Lord
And wait until 'Iftar' to earn your reward.
Fasting is one of the gifts of Allah
Given to believers to increase 'Taqwah'.

Ramadan is here, here is Ramadan.
Ramadan is coming, so seek the new Moon.
Ramadan is coming, it will be here soon.
We pray to Allah to put right our hearts;
Ask for forgiveness from Allah and make a new start.

Raising our hands we ask for his 'Rahmaa';

Saturday, July 23, 2011

KENAPA DOKTOR BEDAH MEMAKAI BAJU HIJAU???

Selalu dalam bilik bedah kita slalu tgk doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Knapa ye?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

Sekarang korang dh faham kan knapa hijau dipakai sewaktu pembedahan?...

P/s: Warna biru pon warna yg sejuk, sb tu warna biru pn byk digunakan..

Sunday, July 10, 2011

AKU DAN BOLA SEPAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Aku bukanlah seorang peminat fanatik bola tetapi kalaulah sesiapa yang ingin berborak dgn aku psl bola insyaAllah aku boleh masuk forum....mungkin sebab sejak kecik lagi aku selalu tgk bola ngan family..tapi kat tv je la..tak pernah berpeluang pun nak ke stadium..family aku ni sbnrnya bukan takat bola je yg kitorang layan..semua sukan la..sesuai dgn slogan tapi aku ubah sikit la..SUKAN MENYATUKAN KELUARGA..

Sehinggalah pada cuti singkat yang lepas..aku menyatakan hasrat aku utk menyaksikan bolasepak di stadium..memandangkan bola sepak Kelantan boleh la dikatakan berada di puncak, aku tak mahu melepaskan peluang bersama merasai kehangatannya..selalu dgr dr abang aku je..walaupun selepas Kelantan tewas kpd Terengganu di Final Piala FA, aku tetap pergi menyaksikan perlawanan Kelantan vs Perak..salah satu perlawanan Liga Super..

Tapi yang tak berapa nak puas hati tu sebab KFCM tak diturunkan atas tuntutan kepada negara..tapi takpe lah, yang penting Norshahrul Idlan score gol tunggal malam tu..mengikut abang aku, selalunya stadium penuh, malam tu agak kosong mungkin peminat masih kecewa dgn kekalahan Final Piala FA..tapi bagi aku itupun agak penuh jugak jika dibandingkan dgn keadaan 5-10 tahun yang lepas..

Ini aku sertakan beberapa keping gambar semasa berada di stadium..yang sedihnya, lupa nak capture gambar sendiri..terlalu teruja nak ambik gambar pemain kat tengah padang..oh ya, aku juga menyanyikan Lagu Negeri Kelantan secara langsung selepas hampir 6 tahun..hehehe..jangan marah sebab saya masih mengenal jati diri sendiri even tak menyanyikan lagu negeri..

Tiket perlawanan..menonton bersama Abah 

Disebabkan masuk awal ke stadium, sempat menyaksikan pemain memanaskan badan

Pemain-pemain Perak di seberang sana

Stadium yang tidak "full-house"



Bersalaman sebelum memulakan saingan

Memberi kata-kata semangat kepada ahli sepasukan


JIKA DIBERIKAN KESEMPATAN, AKU INGIN TERUS MENYAKSIKAN PERLAWANAN BOLA SEPAK DI STADIUM..MUNGKIN SELEPAS INI AKSI PASUKAN KEBANGSAAN PULAK...

Saturday, July 2, 2011

WANITA PERTAMA DI HATIKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini, 3 Julai 2011 genaplah 52 tahun usia ibuku..kak doakan mak sentiasa sihat dan gembira..engkau wanita pertama dalam hatiku...



MAK,
KAULAH BUNGA MENGUNTUM INDAH,
MENYERI MEKAR LAGI MEMERAH,
KU PUJIMU DENGAN BERBAGAI MADAH,
KERANA KU SANJUNG AKAN SIFATMU,

MAK,
BUMI INI BUMI YANG PAYAH,
MENGALIR TANGIS KALANYA DUKA,
NAMUN KAU MELANGKAH SERIBU KEKUATAN,
TEMPUHI KERIKIL BATU-BATUAN,

MAK,
TERANG BULAN DI MALAM HARI,
TERANG LAGI WAJAHMU YANG SUCI,
PENYEJUK JIWA DALAM KEDUKAAN,
PENAIK SEMANGAT DENGAN ALUNAN MELODIMU,

MAK,
KALA AKU BERSEORANG DIRI,
HANYA BERTEMAN PENA DAN KERTAS,
BERCERITA PADA JERITAN HATI,
MENATAP LANGIT SENDIRIAN DIRI,
KAU DATANG TANPA KU SURUH,
PENGHIBUR HATI YANG BAGAI NAK LURUH,
BIJAK PENDETA BERMAIN KATA,
BIJAK LAGI KAU MEMUJUKKU.

MAK,
ANDAI KATA AKU DAPAT BERNYANYI,
BURUNG MERAH TURUT MENDENDANGKAN BERSAMAKU,
KU DUDUK DI SAMPINGMU,
MENCARI SUMBER IBSPIRASI ILHAM,
KU RASAI KASIH SAYANG MU,
KU BANGGA KERANA DAPAT MEMANGGILMU,
DENGAN GELARAN BONDA.