Friday, March 25, 2011

BUKAN MUDAH BUAT KEPUTUSAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entri hari ni santai sikit tapi harapnya bermanfaat utk semua. Aku hanya nak kongsi secebis coretan hidup aku. Aku nak cerita tentang pengalaman aku dlm membuat keputusan. Aku rasa hari ini aku boleh berbangga dengan diri aku sebab aku rasa aku sudah yakin untuk membuat sebarang keputusan pada bila-bila masa. Terima kasih tak terhingga kepada En. Supian dan Pn. Zainab sbb selalu memberi kebebasan kpd anak-anaknya dlm membuat keputusan.

Aku ibaratkan seperti layang-layang. Kami anak-anak sbg layang-layang dan mak abah sbg pengemudinya. Layang-layang bebas bertiup ke kiri, ke kanan, ke atas mahupun ke bawah tetapi tidak akan terlucut dari pegangan pengemudinya. Itulah cara didikan mak abah. Dan aku harap tali itu tidak akan putusutk selama-lamanya. Kerana kebebasan dalam kawalan itulah menyebabkan aku berada di mana aku berada skrg.











CERITA 1:
Seingat aku, keputusan yang besar pertama yang aku buat dlm hidup ialah pada tahun 1997. Masa tu umur aku baru 9 tahun. Keputusan PTS diumumkan, dan aku antara 5 orang budak batch aku yg lulus ujian itu. Bagi yg tak tahu, kalau kita lulus ujian tu, kita tak perlu berada di tahun 4, terus ke tahun 5. Di kala keempat-empat sahabat aku mengambil keputusan untuk terus ke tahun 5, aku dengan tekad nak tetap berada di tahun 4. Mak abah hanya bg nasihat, keputusan akhir tetap pada aku. So, belajarlah aku spt pelajar-pelajar biasa yg lain. Yang istimewanya, even aku tak lompat kelas pun, anugerah kecemerlangan utk PTS tetap aku dapat. Aku masih igt reaksi kawan-kawan yg tak tahu apa yg terjadi( Aku rindu zaman kanak-kanak)

CERITA 2:
Insiden ini berlaku pada tahun 2000, selepas peperiksaan UPSR. Masa tu masing-masing sibuk isi borang utk masuk ke sekolah-sekolah terbaik. Masa cikgu edarkan borang kemasukan ke SMKA, aku dengan yakinnya tak ambik borang tu. Cikgu ckp boleh ambik bawa balik isi kt rmh. Bagi yang tak tahu nk buat keputusan, bawa balik la utk bincang ngan parents.Memang aku tak bercita-cita nak berada kat sekolah agama, so takyah la aku isi. Disebabkan prinsip mak abah yang mengatakan "keputusan akhir" di tangan aku, diorang pun terima je la keputusan aku.

Cukuplah dulu 2 cerita ni utk kali ini. Nak tahu moral of da story utk cerita-cerita aku?..tapi nie sekadar pandangan peribadi..mungkin ada yang tak setuju ngan pandangan aku.

Cerita 1 : Daripada 4 org kawan aku yang lompat kelas, sorang je yang dpt 5A semasa UPSR. Bayangkan kalau mak abah yang buat keputusan supaya aku lompat kelas, aku mungkin menyalahkan mak abah jika keputusan UPSR aku tak seperti yang aku inginkan.
Cerita 2 : Kerana kedegilan aku tak mengisi borang SMKA, akhirnya aku tersadai di sekolah harian biasa selama sebulan sblm aku ditawarkan intake kedua ke sekolah kawalan khas. Mungkin dengan mengisi borang SMKA, aku akan dapat tempat di situ. Aku yang tak nak isi, aku tanggung la akibatnya.

Kesimpulannya, berani buat berani tanggung. Setiap keputusan yang kita buat, kita harus bertanggungjawab. Oleh kerana keputusan dibuat sendiri, kita tidak akan menyalahkan orang lain jika sesuatu yang buruk terjadi akibat keputusan yang kita ambil. Tetapi jika keputusan yang kita buat itu betul, kepuasan diri itu sangat besar nilainya.

BERANILAH MEMBUAT KEPUTUSAN. 
JANGAN TAKUT JIKA KEPUTUSAN YANG DIBUAT ITU SALAH.
PEOPLE LEARN FROM MISTAKE. 
BUT NEVER REPEAT THE SAME MISTAKE.

Saturday, March 19, 2011

SEMOGA USIA MAMPU MEMATANGKAN KAMU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri hari ini teristimewa buat adinda tercinta yang telah menyambut ulang tahunnya yg ke-16 semalam. Cepat sungguh masa berlalu. Usia semakin meningkat tanpa kita sedar. Nini, kekandamu ini tidak pandai bermadah pujangga. Cukuplah dengan ingatan tulus ikhlas dari kak di sini untuk Nini di sana. Semoga usia yang semakin meningkat mampu mematangkan fikiran dan perasaanmu. 


Adikku
Ingatlah masa depan mu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayah kita
Susah payah mereka
Membesarkan kita

Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu

Sunday, March 6, 2011

ANDA MAKIN MATANG APABILA...


ANDA MAKIN MATANG APABILA...
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

MATANGKAH ANDA????

Monday, February 21, 2011

Azizulhasni @ Pocketrocketman @ Superhero

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Ya, Shuhaiza kembali menulis hari ini kerana ingin berkongsi sesuatu yang menarik (bagi saya) dan ianya jarang2 berlaku. Aku rasa blog aku kebelakangan ini dah macam buku biografi la pulak.


Hari ini aku nak bercerita tentang seorang yang bernama Mohd Azizulhasni bin Awang. Di kalangan media antarabangsa, beliau lebih dikenali sebagai The Pocketrocketman.Nak tahu kenapa??.Malas la pulak nak cerita, kalau rajin search la sendiri ye..Bagi yang tak kenal, dia merupakan jaguh berbasikal negara buat masa sekarang. Kalau nak tahu lebih lanjut sila la Google sendiri. 


Aku nak bercerita tentang insiden yang berlaku dua hari lepas.


Bagi sesiapa yang tak tahu insiden yang saya maksudkan boleh klik disini , disini, disini atau disini


Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, kita lihat gambar ini...


Sila fokus di bahagian betisnya



Mungkin gambar ini lebih jelas


Atau ini lebih jelas...


Mungkin sekarang paling jelas...


Apakah perasaan anda setelah melihat gambar2 ini. Meremang bulu roma, menjerit atau menitiskan air mata. Aku masih tak boleh fikir macam mana mamat ni boleh sambung kayuhannya setelah jatuh dari basikal dengan keadaan kakinya begini??. Aku cukup kagum dengan mamat ni. Bagi aku dia seorang yang luar biasa. Semoga Azizulhasni cepat sembuh dan dapat meneruskan misi memburu pingat emas Olimpik pertama Malaysia. Harapnya kecederaan ini tidak mengganggu rancangan yang telah diatur.

Ini pulak video rakaman perlumbaan tersebut


Ini pulak video temubual bersama jurulatih, pengurus pasukan dan doktor yang merawat beliau.


Gambar serpihan kayu yang telah dikeluarkan dari kaki Azizulhasni


Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Sekadar ingin berkongsi sesuatu hari ini.Semoga berjumpa lagi di entry yang akan datang

Senyum selalu!!!!

Sunday, February 13, 2011

USTAZ AMIRUL

Ashraf cuma guna al-Quran




JIKA dahulu dia hanya melakonkan watak ustaz penghalau hantu dalam drama bersiri Puaka Niyang Rapik, Ashraf Muslim, 29, kini bertugas sepenuh masa sebagai pengamal perubatan Islam.
Ashraf mengubat pelbagai jenis penyakit sama ada berbentuk fizikal seperti sakit jantung mahupun penyakit spiritual yang melibatkan gangguan makhluk halus.

Kru Jurnal berpeluang melihat sendiri Ashraf mengubat pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini.Menyaksikan sendiri jumlah pesakit yang datang, ternyata Ashraf tidak main-main.


Pengunjung terdiri daripada semua peringkat usia. Mereka datang dari seluruh negara termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Ada juga yang sanggup bermalam di ibu negara sama ada di hotel mahupun rumah saudara-mara asalkan mendapat rawatan di situ.
Difahamkan, proses rawatan itu bermula selepas Isyak sehingga pukul 3 pagi.
Mengimbas kembali transformasi dirinya daripada seorang pelakon kepada pengamal perubatan Islam, Ashraf mengakui proses itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Hijrah
“Ia satu penghijrahan diri, semua orang kena lalui. Proses perubahan itulah yang menjadikan saya lebih kuat dan lebih memikirkan apa yang salah dan betul.“Sebelum ini memang saya ada duit, kerja, kereta, rumah dan kawan-kawan. Bagaimanapun, hati saya terasa kosong.“Sampailah saya berjumpa pengasas pusat perubatan ini, Haji Lokman. Dia kata, Ashraf, pergi dekatkan diri dengan Tuhan.“Caranya, saya sembahyang sunat taubat, sunat hajat dan pergi menunaikan umrah.


PUSAT Perubatan Syifa’ Al-Hidayah di Gombak, Selangor, tempat Ashraf mengamalkan ilmu perubatan Islamnya.


“Balik daripada umrah, saya rasa gembira dan lega. Perjalanan hidup pun semakin tenteram manakala rezeki bertambah hingga sekarang,” katanya.

Ashraf mula berkenalan dengan Haji Lokman Abdul Hamid ketika membawa seorang adiknya berubat di situ.
Haji Lokman juga ialah orang yang bertanggungjawab mengajar Ashraf ilmu perubatan Islam dan membuka Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah.Menurut Ashraf, rawatan yang diberikan adalah menggunakan ayat-ayat al-Quran tanpa sebarang perantaraan mahupun khidmat daripada makhluk halus.Selepas berubat, pesakit akan diberikan ayat-ayat daripada surah tertentu untuk diamalkan, yang berfungsi sebagai penawar penyakit.
Orang ramai datang untuk mendapatkan rawatan bagi pelbagai jenis penyakit. Daripada yang menderita penyakit kronik hinggalah sekadar meminta air penerang hati.

“Namun, yang ada hanyalah ayat penerang hati, air penerang hati tidak ada.
“Semasa merawat, al-Quran kita mesti baca, baru kita ingat kepada Allah. Paling penting adalah doa.
“Air tidak penting, ia sekadar syarat. Kebiasaannya orang Melayu nak ada air, jadi kita bagi air, tapi baca al-Quran lagi penting.
“Kalau air dah habis tidak menjadi masalah sebab yang menjadi ubat ialah ayat al-Quran, bukan air.
“Sebagai contoh, untuk sakit tulang seperti artritis, surah yang perlu dibaca ialah surah Qaf dari ayat 16 hingga ayat 45. Selepas baca kita berdoa pada Allah mohon apa yang dihajati,” katanya.

Berlakon
Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) dan anak kelahiran Teluk Mas, Melaka ini berpendapat perubatan Islam bukan untuk golongan ustaz semata-mata.

TIADA khidmat makhluk halus, Ashraf sekadar berdoa dan membaca ayat-ayat al-Quran untuk merawat pesakit.


“Sebenarnya Tuhan tengok hati. Haji Lokman pun latar belakangnya bukan seorang ustaz, sebaliknya dia seorang ahli korporat. Dia berhenti kerja semata-mata untuk kerja ini (mengubat).
“Kerja ini untuk semua orang, tapi hati kenalah ikhlas. Saya juga manusia biasa.
“Yang penting, solat lima waktu jangan tinggal, buat perkara wajib, tinggalkan perkara yang dilarang,” katanya.
Kini, Ashraf fokus dengan pilihannya biarpun terpaksa melupakan karier lakonannya buat seketika.
“Berlakon itu bila-bila masa pun boleh. Sebelum ini saya buat dua-dua (berlakon dan mengubat). Tapi kadang-kadang kita perlu fokus pada satu-satu perkara,” katanya.