Saturday, September 18, 2010

Forensic Science is interesting...




PERISTIWA pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain di Ladang Gadong dekat Tanjung Sepat, Banting, Selangor telah menyentak perasaan jutaan rakyat Malaysia.

Pembunuhnya dianggap kejam dan bersifat kebinatangan. Kesemua mangsa dipercayai dibunuh seorang demi seorang menggunakan besi pencangkuk dan tikaman bertubi-tubi pada perut.

Mayat mereka kemudian dibakar manakala abu mayat dibuang ke dalam sungai berhampiran.

Turut dibunuh bersama Sosilawati ialah pemandu peribadi, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.

Pihak polis telah menahan lapan orang suspek termasuk seorang peguam yang menggunakan gelaran Datuk palsu.

Para penyiasat yakin pembunuhan itu telah dirancang rapi. Ini termasuk mangsa dibenarkan atau mungkin juga dipaksa oleh penjenayah terbabit supaya menghubungi keluarga masing-masing pada malam 30 Ogos lalu bagi memaklumkan mereka tidak pulang ke rumah selama tiga hari kerana urusan kerja.

Ia bagi mengelakkan keluarga mangsa membuat laporan polis tentang kehilangan mereka dan membolehkan penjenayah terbabit menghapuskan barang bukti dalam tempoh tersebut.

Peguam itu, yang semestinya mahir selok-belok perundangan termasuk melupuskan barang bukti, dikatakan menjadi perancang utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Dia tentu mengetahui ketiadaan bukti fizikal akan menyukarkan pihak polis membuat pendakwaan di mahkamah.

Seperti yang digambar dalam siri drama penyiasatan popular, Crime Scene Investigation (CSI), penjenayah sedaya upaya menutup kesan khususnya bukti asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengelakkan mereka ditangkap.

SUNGAI Panchau dipercayai lokasi abu mayat Sosilawati dibuang.


Secara umum, dalam sebarang proses siasatan jenayah terutama yang membabitkan kes bunuh, bahan bukti utama yang dijejaki oleh pakar forensik ialah DNA.

Keunikan DNA yang menjadi identiti biologi setiap individu yang berbeza membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti suspek dengan mudah, sekali gus mempercepatkan penyelesaian siasatan sesuatu kes jenayah.

Penjenayah yang licik pasti menyedari hakikat ini. Malah, pensyarah Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zafarina Zainuddin berkata, DNA yang ditinggalkan di tempat kejadian boleh terjejas jika terdedah kepada persekitaran yang ekstrem seperti lembap atau panas melampau. Teori ini nampaknya sekali lagi digunakan dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Prinsip Locard

Namun, bekas Ketua Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan, berkata tidak kira teknik tanam, bakar, diletupkan atau dibuang ke sungai, dalam tahap tertentu, bukti jenayah tersebut tetap 'timbul'.

"Tidak kira apa teori atau taktik yang digunakan penjenayah termasuk 'No Body No Murder', penghapusan bukti sebenarnya tidak semudah yang disangka," kata Amidon yang terlibat secara langsung dalam pencarian bukti kes pembunuhan penganalis teknologi maklumat, Canny Ong dan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Tambah Amidon, penggunaan Prinsip Pertukaran Locard yang cukup asas amat mustahak dalam usaha menjejak bahan bukti.

PAKAR siasatan forensik, Amidon Anan berpendapat penjenayah sukar menutup jejak jenayah kerana pihak polis mempunyai kepakaran untuk menjejakinya.


"Contohnya, dalam jenayah pecah masuk rumah, penjenayah tentulah akan memegang mana-mana bahagian pintu atau tingkap untuk memecah masuk ke dalam rumah berkenaan.

"Jika penjenayah menikam mangsa, pasti ada kesan percikan darah di tempat kejadian. Prinsip Locard akan dapat memastikan penjenayah tertangkap," dedahnya.

Amidon yang pernah mengikuti kursus di Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) menegaskan setiap dua permukaan yang bertemu akan meninggalkan kesan.

Ini termasuklah cap jari, rambut, darah atau apa saja yang bersentuhan antara mangsa dan suspek.

Justeru, seandainya penjenayah membakar mangsa sekali pun, masih terdapat 1,001 cara lain untuk mengutip bukti dan mengaitkannya.

Menyentuh lebih mendalam mengenai taktik melupuskan bukti, Amidon berkata, penjenayah mempunyai pelbagai cara untuk melakukannya.

"Ia terpulang pada penjenayah itu sendiri bagaimana mahu menghapuskan kesan dan jejak. Ia juga bergantung pada peluang dan ruang yang ada pada masa itu," katanya.

Antara taktik yang biasa dilakukan penjenayah ialah membuang mayat ke dalam sungai atau laut, dibunuh di tempat ekstrem seperti di dalam hutan atau melakukan pembunuhan seolah-olah ia satu kemalangan.

Merujuk pada kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, Amidon berpendapat ia satu jenayah terancang.

"Pelupusan bukti yang dilakukan dengan cara membakar dan membuang senjata pembunuhan ke dalam sungai menjelaskan suspek mempunyai ruang dan peluang.

"Tetapi penemuan beberapa barang milik mangsa seperti jam tangan serta telefon bimbit termasuk serpihan tulang yang masih menunggu pengesahan ujian DNA telah menjerat suspek," katanya.

PENGGUNAAN alat pengesan logam membolehkan barang bukti seperti zink lebih cepat ditemui.


Zink yang disyaki menjadi tempat pembakaran mayat Sosilawati dan sebilah pisau yang dibuang ke dalam sungai turut ditemui.

Malangnya tulang manusia bukan mudah untuk dilupuskan kerana proses pembakaran perlu melalui lapisan kulit, lemak, daging, otot dan sebagainya terlebih dahulu sebelum api dapat sampai ke tulang.

"Kalau dilihat melalui mata kasar mungkin tulang mangsa sudah hangus. Itu hanyalah pertimbangan logik.

"Tetapi dari segi saintifik, tulang itu belum hancur 100 peratus, sekali gus masih meninggalkan bahan bukti DNA.

"Jangankan di atas tanah, di dalam lumpur pun ia masih dapat dikesan," kata Amidon.

Menurut Amidon, teknik membakar bagi menghilangkan bukti pernah dilakukan di negara ini sebelum ini. Beliau memberi contoh kes Canny Ong yang mayatnya dibakar kira-kira tujuh tahun lalu.

Mengimbas kes tersebut, mayat mangsa dijumpai di Kilometer 11.2, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada manakala kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.

Bakar



Mayatnya turut ditemui tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu, empat hari selepas dia diculik pada 13 Jun 2003 dari tempat letak kereta Kompleks Beli-belah Bangsar (BSC).

Hasil siasatan pihak forensik mendapati terdapat kesan darah serta ujian DNA yang dilakukan berjaya mengaitkan pembunuh dengan mangsa.

"Walaupun pelbagai teknik digunakan oleh Ahmad Najib untuk menutup bukti, namun jenayah tersebut tetap terdedah," kata Amidon.

Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris telah didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman mati.

Bagi teknik membakar mangsa secara beramai-ramai seperti yang berlaku di Ladang Gadong, ia jarang dilakukan namun jelas Amidon, tindakan membuang sisa bakar ke dalam sungai hanyalah satu teknik biasa untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Untuk itu, Amidon memberitahu, pencarian bahan bukti menggunakan khidmat pakar menyelam adalah cara terbaik untuk menjejak kembali bukti-bukti yang cuba dilupuskan itu.

Tambahnya lagi, penggunaan anatomi pengesan logam yang digunakan untuk mengesan besi di dalam tanah atau air hingga kedalaman 20 hingga 30 meter juga menjadi faktor penghapusan bukti sukar dilakukan.

Amidon menjelaskan, walaupun bahan bukti dibuang ke pelbagai tempat, termasuk kawasan ekstrem, ia masih tidak dapat dilupuskan.

Itulah juga yang berlaku ke atas Altantuya Shariibu yang mati ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan bom di kawasan Empangan Tasik Subang di Puncak Alam pada 20 Oktober 2006.

Walaupun tubuh Altantuya berkecai, polis masih dapat menemui cebisan daging dan tulang badan wanita itu yang berselerakan dalam radius 200 meter dari tempat tubuh bekas model itu diletupkan.


P/S : Tengah cari mood untuk study Forensic Medicine!!!!!

Thursday, September 16, 2010

Rahsia Ngeri Sungai Panchau


Polis menjumpai ratusan fragmen tulang manusia di dasar sungai

KUALA LANGAT: Sungai Panchau dekat sini kemungkinan memiliki lebih banyak rahsia mengerikan daripada yang dibayangkan.

Di sebalik air sungai yang keruh itu mengandungi ratusan fragmen tulang manusia, dipercayai dijadikan sebagai ‘kubur berair’ bagi mangsa bunuh.

Difahamkan, polis menjumpai lebih 300 fragmen tulang manusia dari dasar sungai yang terletak hanya antara empat dan lima kilometer daripada ladang berlakunya pembunuhan empat individu.

Menurut seorang pakar yang mengendalikan pembakaran mayat sejak 20 tahun, apabila badan manusia itu dibakar, ia akan meninggalkan kira-kira 20 sehingga 25 fragmen tulang yang dapat dilihat.

Setakat ini, polis sedang menyiasat pembunuhan ngeri jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dan mengesahkan sekurang-kuranya lapan laporan mengenai individu hilang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama ke berkenaan.

Selain Sosilawati, tiga individu lain adalah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu dan seminggu selepas itu cebisan mayat mereka dijumpai dalam Sungai Panchau dan beberapa sungai lain berhampiran Ladang Gadong.

Jumlah fragmen tulang yang banyak menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai mereka yang lain mungkin dibunuh di ladang terbabit sebelum Sosilawati bersama tiga individu.

Sumber yang mempunyai kaitan dalam penyiasatan itu berkata, fragmen tulang dianalisis oleh pasukan khas forensik dan jabatan kimia bagi mengenal pasti latar belakang mereka.

Pasukan polis forensik memulakan pencarian di sungai berkenaan sejak Ahad lalu dan menjumpai dua pisau, beberapa jam tangan dan barangan kemas.

Polis telah melantik dua pasukan khas manakala penyiasat melakukan tugas mereka sepanjang masa di lokasi kejadian.

Polis turut meneliti laporan kehilangan beberapa individu yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lalu bagi mengenal pasti terdapat kaitan dengan suspek utama yang merupakan adik-beradik peguam.

“Diharapkan, kita dapat menyelesaikan beberapa kes yang dibuka semula dengan petunjuk-petunjuk baru ini,” menurut satu sumber.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, satu pasukan khas kini menyiasat semua laporan kehilangan individu yang mempunyai kaitan dengan suspek.

“Tiada satu pun akan terkecuali dan semua laporan orang hilang akan disiasat,” katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pada Ahad, terdapat empat kes orang hilang yang disiasat semula berdasarkan laporan polis dibuat oleh keluarga yang mempunyai kaitan dengan adik-beradik peguam.

Satu sumber berkata, antara mereka yang hilang dipercayai ‘dihapuskan’ adalah seorang warga India, seorang wanita tempatan dan dua lelaki.

Difahamkan polis di bahagian pemalsuan wang akan memohon Majlis Peguam supaya aset dua peguam terbabit dibekukan.

Friday, August 27, 2010

Semoga Allah memberinya HIDAYAH

Puasa Jagoan BMX Jepun



KEDATANGAN bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan sentiasa dinanti umat Islam di seluruh dunia. Bahkan, Ramadan merupakan bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh.

Bagaimanapun, kedatangan Ramadan kali ini membawa seribu pengertian kepada seorang jejaka Jepun, Shintaro Misawa, 30, yang berasal dari Machida, Tokyo, Jepun. Jejaka kacak yang pendiam itu sanggup mengembara selama hampir tujuh jam dari Tokyo ke Kuala Lumpur dengan satu harapan.

Mempunyai rakan-rakan Muslim di Kuala Lumpur, Misawa tertarik hati untuk merasai pengalaman dan penghayatan suasana berpuasa di negara ini. Menyorot latar belakang lelaki itu, ternyata Misawa bukanlah calang-calang jejaka di Jepun. Ini kerana dia diiktiraf sebagai salah seorang daripada 10 atlet profesional terbaik BMX Flatland di peringkat antarabangsa.

Semenjak berkecimpung dalam sukan BMX pada tahun 1996 dia telah memasuki pelbagai kejohanan antarabangsa termasuk di Amerika Syarikat, Belanda, Kanada, Australia, Monte Carlo, Jerman, Perancis, Malaysia dan banyak lagi.

KUNJUNGAN Misawa ke Malaysia baru-baru ini disambut ramai rakan atlet BMX negara.

Mungkin agak pelik tindakan seorang jejaka bukan Islam mengembara ribuan kilometer semata-mata untuk berpuasa di perantauan selama beberapa hari. Namun begitu, Misawa mempunyai sebab tersendiri mengapa dia memilih Malaysia sebagai destinasi penghayatan bulan Ramadan.

"Saya sangat tertarik dengan gaya kehidupan seorang Muslim Malaysia. Mereka sentiasa patuh kepada undang-undang ditetapkan ajaran Islam," katanya yang ditemui Kosmo! di Bukit Mahkota, Kajang, Selangor baru-baru ini ketika memenuhi jemputan berbuka puasa di rumah rakannya, Mohd. Yusri Yusoff, 26.

Dalam nada bersahaja, Misawa memberitahu, salah satu faktor utama dia terpanggil ingin mengetahui lebih mendalam mengenai Islam apabila melihat tingkah laku atlet BMX Malaysia semasa bersama-sama menyertai kejohanan sukan ekstrem itu.

"Setiap kali kejohanan besar di luar negara, saya memerhatikan atlet Malaysia tidak pernah menyentuh minuman keras. Ketika ditanya mengapa tidak mengambil arak mereka hanya menjawab ringkas: Muslim tidak boleh meneguk arak kerana ia undang-undang Islam," katanya.

Bermula dari situ, dia mula membuat kajian di laman web sekali gus membuka pintu hatinya untuk terus mempelajari agama Islam. Walaupun belum bergelar Muslim, dia bertegas tentang keseriusannya untuk memeluk agama Islam pada satu hari nanti.

"Mungkin ramai beranggapan saya hanya bermain-main untuk memeluk agama Islam dan menjalani ibadah puasa. Bagaimanapun, saya sangat serius kerana ia melibatkan prinsip dan pegangan hidup.

SEDAPNYA. Mungkin itulah yang difikirkan Misawa apabila melihat kuih-muih yang sudah siap dihidang di atas meja.


"Sebab itu saya datang ke Malaysia semata-mata untuk berpuasa dan mengenali Islam kerana sukar mendapat suasana begini di Jepun," ujarnya yang sempat menjalani ibadah puasa selama seminggu sebelum pulang ke Tokyo minggu lalu.

Dugaan berpuasa

Jejaka yang sudah dua kali menjejak kaki ke Malaysia itu turut berkesempatan mengunjungi bazar Ramadan di Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

Sambil berjalan-jalan, kelihatan dia acap kali teruja mungkin disebabkan terdapat pelbagai juadah enak dengan bauan menyelerakan di bazar berkenaan. Lebih mencuit hati, setiap kali mendekati makanan, dia pasti menelan air liur kerana tidak dapat menahan dugaan di depan mata.

Diajak berkongsi dugaan dihadapi sepanjang berpuasa di negara ini, sambil tersenyum, dia memberitahu 30 minit terakhir pada hari pertama merupakan dugaan paling getir kerana terdapat pelbagai jenis juadah menanti di depan mata untuk dimakan.

BERPUASA buat kali pertama, Misawa mengakui pelbagai sajian enak ketika berkunjung ke bazar Ramadan bersama Mohd. Yusri baru-baru ini mencabar kesabarannya dalam menjalani puasa.


"Keenakan makanan yang terhidang begitu menyelerakan sehingga membuatkan perut saya semakin lapar. Selain itu, bulan Ramadan banyak mengajar erti kesabaran dan bekerjasama antara satu sama lain," katanya.

Seruan azan berkumandang turut menyentuh hati Misawa kerana sukar mendengar kemerduan azan di negara Matahari Terbit.

"Di Malaysia, saya dapat mendengar azan lima kali sehari dan ia begitu menusuk jiwa. Saya turut mencatat waktu azan dalam diari untuk mengetahui waktu solat," katanya sambil berbuka puasa dengan menyuap nasi tomato ke dalam mulut.

Setiap gerak-geri jejaka Jepun itu menjadi perhatian ahli keluarga rakannya kerana Misawa kelihatan agak janggal menggunakan tangan menikmati nasi tomato.

Dalam sedang asyik menikmati juadah berbuka, Misawa berkata, wanita-wanita di Malaysia sangat ayu dengan berpakaian sopan apatah lagi bertudung.

"Di Jepun terlalu banyak wanita seksi dan pergaulan kami juga agak bebas. Saya tidak kurang menyukai wanita seksi tetapi lebih gemar wanita sopan serta bertudung seperti di Malaysia," senyumnya.

Sudah berkhatan


MISAWA menunjukkan kemahiran menggoreng karipap pada bulan Ramadan.


Misawa menambah apabila kembali ke Tokyo kelak, dia ingin mempelajari mengenai agama Islam secara lebih mendalam.

"Bukan tidak mahu mempelajari agama Islam di Malaysia tetapi kesukaran memahami bahasa Melayu melambatkan proses pembelajaran. Lebih mudah sekiranya saya mempelajari Islam di Jepun kerana terdapat kelas agama di sana dalam bahasa Jepun," ujar Misawa.

Sementara itu, rakannya Mohd. Yusri berkata, dia pada mulanya menyangka Misawa bermain-main semasa memberitahu hendak memeluk agama Islam.

"Bagaimanapun, kesungguhan mendalami dan mempelajari agama Islam menyakinkan kami bahawa dia serius mahu mengenali Islam. Saya mengajar serba sedikit tentang Islam kepada dia malah, rakan-rakan lain juga akan bersama-sama membantu memberi panduan kepadanya," kata Mohd. Yusri.

Ahmad Shaiful Azis, 31, yang lebih dikenali Mat Dagu dalam arena sukan BMX, menambah, sepanjang Misawa menetap dengannya di Taman Medan, Petaling Jaya Misawa banyak bertanya tentang agama Islam.

"Saya ada menunjukkan cara-cara mengerjakan solat, malah, membantu dia berpuasa dan bersahur," ujarnya lagi.

Sebagaimana janjinya untuk terus berpuasa walaupun sudah menjejak ke negara Matahari Terbit, Misawa bukan sahaja belum meninggalkan puasanya, bahkan dia juga turut berkhatan beberapa hari yang lalu.

Thursday, August 26, 2010

"Malaysia dihina"..Apakah perasaan anda????

Apa yang ada rasa setelah melihat gambar ini??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selang beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan..kepada yang lupa tahun ni dah masuk 53 TAHUN kita merdeka..dan kepada yang tak tahu, Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah "1Malaysia Menjana Transformasi"..

Berbalik kepada gambar di atas, kepada yang tak tahu apa yang berlaku boleh klik di sini

Jadi, sebagai rakyat Malaysia apa yang mampu anda lakukan??
Adakah kita hanya mampu melihat dan berdiam diri??
Kita tidak perlu turut sama berdemostrasi seperti mereka sebaliknya kita harus berfikir bagaimana pihak luar mampu memperkecilkan negara kita sebegini??

Tiba-tiba teringat kata-kata ni "Jangan ditanya apa yang telah negara lakukan untuk kita tetapi tanyalah apa yang telah anda lakukan untuk negara."

Menyambut Hari Kebangsaan bukan sekadar kempen kibarkan Jalur Gemilang, perbarisan dan menyanyikan lagu-lagu patriotik..ia adalah lebih besar dari itu..

Renung-renungkan dan selamat beramal!!!!!


P/S: Entri agak patriotik sikit..sbnrnya plan nak tulis pasal patriotisme pada hari merdeka nanti, tapi bila dah keluar kes ni,saya tulis awal la sikit..nanti 31 Ogos kalau ada kelapangan saya menulis lagi..

Sunday, August 22, 2010

Selepas setahun.......


Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Dah lama xbercerita psl badminton..maklumlah xbyk tournament 2 3 bulan nih..
Tp yg nk dikongsikan di sini, esok akan bermula Kejohanan Badminton Dunia 2010..

Teringat kenangan manis tahun lepas..berjaya merealisasikan impian nk tgk badminton secara live..xleh tgk kat Malaysia, kat India aku berjaya..hahaha..

Sejarah Malaysia dlm Kejohanan Dunia ni agak malap..xpernah menang sebarang title..pencapaian terbaik Malaysia ialah Naib Juara Perseorangan Lelaki 2003, Wong Choong Hann..so kita tgk apa akn jd tahun nih..
Selepas tewasnya semua pemain Malaysia tahun lepas

Nnti aku menulis lg..sepanjang minggu ni, kalau ade yg berkesempatan sokonglah pemain2 Malaysia..