Friday, June 11, 2010

Selamat Hari Jadi Abe!!!!!



Tanggal 11 Jun, 25 tahun yg lalu, lahirlah seorang bayi lelaki yg diberi nama Mohd Shazwan bin Supian..bayi itu telah menjadi pelengkap hidup pasangan Supian Che Muda dan Zainab Salleh..kini, setelah 25 tahun berlalu, dia bukan lagi bayi tetapi sudah menjadi anak bujang kpd pasangan tersebut..orang yg aku maksudkan ialah satu-satunya abang yg aku ada..

"Selamat Hari Jadi Abe!!"



Selamat hari jadi
Ku ucapkan kepada mu
Semoga yang Esa panjangkan umurmu selalu
Betapa riangnya menanti di saat ini
Ku harap kita dapat meraikan bersama-sama
Di sisi keluarga tercinta

Selamat hari lahir
Sekali lagi ku ucapkan
Kini usia telah
Mendewasakan dirimu
Kini kau menanti pelangi kehidupan
Secerah mentari memancar bumi ini
Tak dapat melupakan kenangan manis

Sambut-menyambut mesra penuh keriangan
Berdendanglah iramaku dengan mesranya
Harijadimu yang paling bahagia
Tak dapat kulupakan buat selamanya

Tiap detik beredar silih berganti
Hanya setahun sekali kau menanti
Bagaikan sejarah tersemat di sanubari

P/s : Hari Jadi Abe sama dengan tarikh start World Cup..hahaha..

Thursday, June 10, 2010

Apa dosaku????

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Maaflah semenjak dua menjak ni entri aku asyik copy paste je..xde idea nk menulis..
Tapi isu ni aku agak sensitif sikit..dah la kt Malaysia skrg kes ni makin menjadi-jadi..tak tau la apa nk jadi..korang baca la sendiri....

Cekik bayi hingga mati


KOTA KINABALU: Bunyi tangisan bayi yang nyaring pada malam hari membongkar perbuatan seorang ibu bersifat syaitan dipercayai mencekik bayi dilahirkannya sehingga mati, sebelum mayatnya dibungkus dan ditanam di sebuah ladang di Jalan Jerecoh, Kinabatangan, di sini, semalam.

KEJAM...mayat bayi perempuan cukup sifat dicekik ibunya sendiri sebelum  ditanam secara sembunyi.
KEJAM...mayat bayi perempuan cukup sifat dicekik ibunya sendiri sebelum ditanam secara sembunyi.
Salah seorang pekerja ladang yang enggan dikenali, berkata, pada mulanya dia mendengar suara tangisan bayi kira-kira jam 9 malam, kelmarin ketika mahu mematikan enjin bekalan air terletak bersebelahan rumahnya.

Bagaimanapun, katanya dia takut melihat apa yang berlaku kerana menyangka ia suara hantu berikutan lokasi kediamannya jauh daripada penempatan penduduk.

Katanya, pada keesokkan harinya (semalam), dia tergerak hati menyiasat apa yang berlaku sebelum mengajak salah seorang rakan menemaninya.

Beliau berkata, sebaik tiba kawasan belukar tidak jauh di belakang rumahnya, dia terkejut mendapati ada longgokan tanah yang masih baru digali seperti sebuah busut kecil.

“Kira-kira satu jam memeriksa kawasan ini, rakan saya terlihat kesan tanah baru digali tetapi ditimbus pelepah kelapa sawit sebelum mengalihkan timbunan daun itu.

“Saya menggali semula busut kecil ini sebelum menemui satu bungkusan kecil dibaluti guni plastik sebelum membukanya,” katanya.

Lelaki terbabit terkejut apabila mendapati guni palstik itu mengandungi mayat bayi masih bertali pusat dan dipenuhi darah sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintenden (DSP) Jaini Abdul Kadir, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berkenaan.


Katanya, sebaik menerima panggilan itu, pihaknya menghantar beberapa anggota menyiasat dan mengesahkan menemui mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan ditanam secara sembunyi.

“Dua lelaki terbabit mendakwa menemui mayat bayi ini selepas mendengar tangisan bayi pada malam sebelum itu sebelum mencari punca bunyi berkenaan pada pagi esoknya.

“Mereka menemui longgokan tanah baru digali lalu menggali sebelum menemui bungkusan guni mengandungi mayat bayi cukup sifat dipercayai baru beberapa jam baru dilahirkan sebelum dibunuh dan ditanam,” katanya.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada lelaki berkenaan, dia pernah melihat seorang wanita sarat mengandung mundar-mandir di ladang terbabit beberapa kali sebelum ini.

"Bertindak atas maklumat itu, pihak polis mengesan rumah wanita terbabit dan mendapati perutnya kempis sebelum ditahan untuk siasatan.

“Polis percaya wanita berusia 33 tahun ini dipercayai melahirkan sendiri bayinya sebelum mencekik dan menanamnya untuk mengelakkan daripada diketahui masyarakat,” katanya.

Jaini berkata, wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal terhadap mayat bayi itu mendapati terdapat kesan lebam pada lehernya dipercayai dicekik.

“Bayi malang ini dipercayai masih hidup ketika dilahirkan tetapi mati akibat dicekik sebelum ditanam.

“Tangisan akhir bayi didengari pekerja ladang itu adalah tangisan terakhirnya sebelum ditanam,” katanya.

Menurut Jaini, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi secara sulit.

Sunday, June 6, 2010

Malaysia di World Cup 2010!!!!

Subkhiddin akan beraksi pada perlawanan pembukaan Piala Dunia


2010/06/06

Subkhiddin Mohd Salleh
Subkhiddin Mohd Salleh
IPOH: Malaysia tidak bertanding pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bermula 11 Jun ini tetapi wakil negara akan "beraksi" pada perlawanan pembukaan antara pasukan tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico sebagai pengadil.

Pengadil Subkhiddin Mohd Salleh, 44, bakal mengharumkan nama negara apabila terpilih sebagai pengadil keempat pada perlawanan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata Subkhiddin adalah wakil Malaysia yang pertama dipilih sebagai pengadil untuk perlawanan Piala Dunia.

"Baru tadi saya diberitahu oleh urusetia Persatuan Bola Sepak Malaysia bahawa Subkhiddin mendapat penghormatan sebagai pengadil keempat pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara Mexico dan Afrika Selatan.

"Walaupun sebagai pengadil keempat, ia adalah satu penghormatan kepada Malaysia kerana bukan senang untuk terpilih sebagai pengadil perlawanan pembukaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Raja Ahmad Zainuddin berkata, pemilihan Subkhiddin, guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang, sebagai pengadil pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 itu adalah satu penghormatan kepada Malaysia dan arena bola sepak negara.

Subkhiddin yang mempunyai kelayakan sebagai pengadil Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pernah dipilih untuk Piala Dunia 2006 di Jerman tetapi tidak mengendalikan sebarang perlawanan.
Sebanyak 30 pengadil akan bertugas mengendalikan 64 perlawanan sepanjang kejohanan bola sepak empat tahun sekali itu.

Dua pengadil Malaysia lain pernah dipilih sebagai pembantu pengadil kejohanan itu iaitu Allahyarham Kapten Halim Abdul Hamid di Piala Dunia 1998 di Perancis dan Mat Lazim Awang Hamat pada Piala Dunia 2002 ketika Korea Selatan dan Jepun menjadi tuan rumah bersama.

Pada kejohanan kali ini, FAM akan mempunyai dua lagi pegawai yang turut terbabit iaitu Datuk Dell Akhbar Khan dalam aspek keselamatan dan Paul Windsor sebagai komisioner perlawanan dan penyelaras gelanggang. - BERNAMA

Saturday, May 29, 2010

Finally........it's over!!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera......

Akhirnya berakhir jugak 2nd sessional exam aku..12 hari berturut-turut exam..mantap jugak aku ni..boleh harungi 12 hari ni dgn jayanya even xtau la kan result nnti cmne..macam hancur je semua..yg penting dh lepas..yg lebih mantap lg next week dh start sem baru..xyah mimpi nk cuti sem la kt KMC ni..sekian terima kasih je la..

Pejam celik pejam celik dah masuk 5th sem..Semester baru akan bermula dgn posting Surgery..ni 2nd posting utk Surgery..hope it's better than previous posting..5th sem ni ktorg ade posting Surgery, OBG, Psychatric, Orthopedic and Medicine..

Hari tu aku janji nk tulis pasal Thomas Cup tp mcm dah basi je cerita tu..maklumlah demam World Cup dah bermula..pasukan mana yang anda sokong??..siapa yg bakal menjulang Piala Dunia kali ni..kita tunggu dah lihat nanti..pasukan pilihan aku??..aku xde pasukan pilihan la utk bola sepak..tp aku layan la jgk bola sepak..teringat kenangan dulu2..tapi xde la dulu2 sgt..bukan main lg abang aku suruh kejut nk tgk bola kul 2 pg..tp end-up die tido dpn tv, aku plak yg layan tgk bola..


Kembali kpd cerita badminton..jgn risau, byk lg kejohanan yg akan menjadi perbualan hangat tahun ni..Kejohanan Dunia kt France..Sukan Asia..Sukan Komenwel..dan SuperSeries seterusnya..kita tgk kemampuan Malaysia..klu nk tggu bola sepak Malaysia xtau la bile nk jejak kaki kt World Cup...

Dah2 la cite psl sukan..Shuhaiza kalau dh cite psl sukan susah nk berhenti..skrg aku nk cite psl mamat sorang ni..hahaha..sape dh dgr lagu baru die "Kebahagiaan Dalam Perpisahan"..boleh tahan jgk lagu tu..lain la dr kebiasaan lagu ciptaan KRU..oh ya, kpd yg tak tau, nama dia Ahmad Shahir Zawawi, juara AF8..aku dlm proses meng'google' lg psl mamat ni..tp mmg Calon Menantu Mak la..hehehe


"Shahir yg buat aku cair"
'Che Ahmad, Hoi Hoi Hoi'

Apalah yg Shuhaiza merepek mlm ni??..mata dh ngantuk..rasa nk tido..

Selamat Malam..
Senyum selalu.....


Friday, May 14, 2010

It's over for Malaysia....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Semalam Skuad Piala Thomas Malaysia telah tewas secara mutlak kpd China..
Jadi, terpaksalah sejarah 18 tahun dulu bertambah menjadi 20 tahun..

Byk yg nk aku kongsi sepanjang kejohanan ni..even aku kt India, aku rase aku lebih tahu dr org2 yg berada kt Malaysia..hahaha

Skrg aku kena focus pd exam aku..nnti lps exam aku nk cerita lg psl Thomas Cup ni tau..hrp2 cite aku x basi la kan..

Study!!!!

Mak aku pesan "Dah boleh la tutup cite badminton focus pd exam plak.."

PATHOLOGY..PHARMACOLOGY..MICROBIOLOGY..FORENSIC MEDICINE..MEDICINE..SURGERY..COMMUNITY MEDICINE

VS

LEE CHONG WEI..KOO KIEN KEAT..TAN BOON HEONG..WONG CHOONG HANN..MOHD ZAKRY ABD LATIF..MOHD FAIRUZIZUAN TAZARI..MOHD HAFIZ HASHIM..TAN CHUN SEANG..ONG SOON HOCK..HOON THIEN HOW

Senyum selalu!!!!!