Friday, August 19, 2016

Promise to do COME BACK

Blog ini terhasil pada tahun 2008..bukan kerana mengikut trend masa itu..tetapi atas dasar minat untuk menulis..tetapi akhirnya terbengkalai di penghujung  tahun 2013..bukan kerana tidak mahu menulis tetapi tidak punya banyak  masa dan idea utk menulis,,aku inginmenulis sesuatuyang bermanfaat untuk semua, mungkin bukan bersifat ilmiah tetapi masih berinfomasi..

Semoga kesibukan kerja tidak dijadikan alasan untuk meneruskan minnat..wait for my  comeback in myblog

Sunday, September 29, 2013

........

Assalamualaikum w.b.t....
Terlalu lama rasanya halaman ini sunyi ... tidak mahu memberi alasan tidak punya masa kerana 24 jam sehari terlalu cukup untuk melakukan pelbagai benda ... mungkin cuma tiada kekuatan utk menulis ... sudah hampir 6 bulan berlalu..hari ini terasa ingin menulis sesuatu..

6 bulan berlalu bermaksud sudah 6 bulan diri ini bergelar Intern di KMC Mangalore, juga bermaksud masih berbaki 6 bulan sebelum pulang ke Malaysia..InsyaAllah....
Dalam tempoh 6 bulan ni terlalu banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling ... InsyaAllah akan diri ini cuba mengambil iktibar daripada setiap apa yang berlaku...

Sebenarnya terasa ingin berkongsi tentang apa yang berlaku di sekeliling sejak 2-3 minggu ini..semuanya berkisar tentang persahabatan ... beberapa orang teman seperjuangan di sini telah kembali ke Malaysia kerana sudah menamatkan pengajian (pelajar pergigian) dan beberapa orang lagi akan menyusul nanti..di sebalik berkongsi rasa tentang perpisahan yang berlaku, diri ini dikejutkan dengan pemergian mengejut salah seorang teman seperjuangan adikku akibat kemalangan..

Apabila difikirkan balik, pertemuan dan perpisahan itu sudah menjadi resam dunia ... aku sedikit terkesan dengan apa yang dialami oleh adikku dan beberapa lagi sahabatnya yang begitu rapat dengan arwah ... sebelum ini aku memandang persahabatan mereka hanyalah persahabatan biasa ... tetapi apabila mendengar cerita bagaimana mereka menerima dan mengahadapi situasi sukar itu, aku sedikit terkesan ... bagi aku begitu besar erti sebuah persahabatan itu buat mereka..mampukan aku menjadi sahabat sejati seperti apa yang mereka lakukan..jika aku menghadapi situasi genting seperti itu, apakah reaksi aku???



“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? 
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: 
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.


Sahabat 
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. 
Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.
Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. 
Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. 
Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. 
Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.
Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.



p/s: Diri ini mungkin bukan sahabat yang sejati dan terbaik tetapi ketahuilah diri ini terlalu menghargai setiap persahabatan yang terbina
p/s: Al-Fatihah buat Akmal Asri..seorang anak, abang, adik, sahabat, pelajar yang baik..

Thursday, March 28, 2013

DEFERMENT

"SEDANG MENCARI KEKUATAN DAN MOMENTUM UNTUK KEMBALI MENULIS"




"Kadangkala kita perlu menyepi untuk mencari kembali kekuatan diri yang telah hilang,
adakala kita perlu menyepi untuk mencari ketenangan hidup,
adakalanya kita perlu menyepi untuk kebaikan diri sendiri,
dan
kadangkala sepi itu indah"


WILL BE BACK SOON!!!

Saturday, January 12, 2013

ADAMU




Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaran-Nya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan




Sunday, December 9, 2012

Countdown....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dua bulan tak update blog???..can u imagine how horrible is my life now???
Just a quick update before missing in action for another 2 months... maybe???

Baru sahaja selesai sessional exam/ internal assessment terakhir sbg medical student..apa yg boleh saya cakap, kerja keras harus dilakukan dlm tempoh sebulan...rase macam nk cepat2 habis..but i know i'm going to miss my student life...

Rasanya baru semalam aku bergelar medical student.dengan perasaan sangsi utk melalui 5 1/2 tahun di India..

KLIA , 29 JULY 2008


But now i'm at the end of it..Dan inilah kenyataannya..



Jadual Peperiksaan Akhir Manipal University

Setakat entri ini ditulis, jadual utk practicals belum keluar, so masih belum tahu akan mula bercuti bila..sungguh tidak sabar untuk pulang selepas setahun...

Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang..doakan kejayaan saya!!!!

"KITA MERANCANG DAN ALLAH JUGA ADA RANCANGAN-NYA, DAN SESUNGGUHNYA RANCANGAN ALLAH ITU ADALAH YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA"



"Apabila kau jatuh, kau bangun kembali"