Terlalu lama rasanya halaman ini sunyi ... tidak mahu memberi alasan tidak punya masa kerana 24 jam sehari terlalu cukup untuk melakukan pelbagai benda ... mungkin cuma tiada kekuatan utk menulis ... sudah hampir 6 bulan berlalu..hari ini terasa ingin menulis sesuatu..
6 bulan berlalu bermaksud sudah 6 bulan diri ini bergelar Intern di KMC Mangalore, juga bermaksud masih berbaki 6 bulan sebelum pulang ke Malaysia..InsyaAllah....
Dalam tempoh 6 bulan ni terlalu banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling ... InsyaAllah akan diri ini cuba mengambil iktibar daripada setiap apa yang berlaku...
Sebenarnya terasa ingin berkongsi tentang apa yang berlaku di sekeliling sejak 2-3 minggu ini..semuanya berkisar tentang persahabatan ... beberapa orang teman seperjuangan di sini telah kembali ke Malaysia kerana sudah menamatkan pengajian (pelajar pergigian) dan beberapa orang lagi akan menyusul nanti..di sebalik berkongsi rasa tentang perpisahan yang berlaku, diri ini dikejutkan dengan pemergian mengejut salah seorang teman seperjuangan adikku akibat kemalangan..
Apabila difikirkan balik, pertemuan dan perpisahan itu sudah menjadi resam dunia ... aku sedikit terkesan dengan apa yang dialami oleh adikku dan beberapa lagi sahabatnya yang begitu rapat dengan arwah ... sebelum ini aku memandang persahabatan mereka hanyalah persahabatan biasa ... tetapi apabila mendengar cerita bagaimana mereka menerima dan mengahadapi situasi sukar itu, aku sedikit terkesan ... bagi aku begitu besar erti sebuah persahabatan itu buat mereka..mampukan aku menjadi sahabat sejati seperti apa yang mereka lakukan..jika aku menghadapi situasi genting seperti itu, apakah reaksi aku???
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
- Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sahabat
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik.
Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.
Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita.
Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya.
Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan.
Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.
Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.
p/s: Diri ini mungkin bukan sahabat yang sejati dan terbaik tetapi ketahuilah diri ini terlalu menghargai setiap persahabatan yang terbina
p/s: Al-Fatihah buat Akmal Asri..seorang anak, abang, adik, sahabat, pelajar yang baik..