Sunday, June 26, 2011

STORY OF A SHORT HOLIDAY

Assalamulaikum dan salam sejahtera...
Jom bercerita tentang apa yg terjadi dari 6jun-18jun 2011..
Berpeluang untuk pulang ke tanah air merupakan sesuatu yang sgt besar harganya walaupun hanya utk sedetik waktu..
Apa yang dilakukan sepanjang cuti 10 hari tersebut???

Buat pertama kali sepanjang berada di India, penerbangan pulang ke Kelantan, aku berteman..Terima kasih buat adinda Sarjan Yo yg sudi menemani kekanda..nanti kita naik Flight lagi..

Agenda utama sepanjang berada di rumah..mengecat rumah selepas hampir 15tahun..kerja keras kekanda aku ABE yang sedang menganggur di rumah sambil dibantu Abah, Yo dan kawannya..aku pun tolong, tapi tolong tengok, kritik dan ambik gambar je la..hehehe..belum siap sepenuhnya semasa aku melangkah meninggalkan rumah setelah tamat cuti..


Kota Bharu under construction..tak tau la bila akan siap sepenuhnya..masalah trafik di sana-sini..

Impian utk makan durian tercapai..nasib aku baik kerana berpeluang utk makan durian kampung dari kebun Atuk..sebab terlampau excited, tiada gambar utk dikongsikan..ni gambar massa parents akau carikan durian utk aku..thanks..

Walaupun Kelantan kalah Final Piala FA, aku tetap pergi tengok Kel vs Perak..pengalaman pertama tgk bola kat Stadium..hahaha..tapi kalau ada peluang nak pegi lagi..

Sempat keluar ngan member2 SOFIS0105..tapi ada sekeping je gambar utk kenangan..thanks to Tiniey for capturing this photo..korang memang sempoila..




BBQ sempena Family Gathering..had a great time with them...nnti aku upload lagi gambar2 semasa BBQ ni..


"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu."
"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."

HARGAILAH SETIAP PELUANG YANG ADA DI DEPAN MATA, SEMOGA TIDAK MUNCUL PENYESALAN DI KEMUDIAN HARI

Sunday, June 19, 2011

NEW SEMESTER, NEW SPIRIT!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dah lama tak update blog ni..almaklumlah bila dah berada di "syurga dunia" beginilah jadinya..
Sekembalinya saya ke bumi India ini dgn semangat baru meneruskan perjuangan yang belum selesai..
Banyak yang ingin saya kongsikan sepanjang cuti pendek saya di Malaysia hari tu..
Nanti saya kongsikan di entri seterusnya..

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan HAPPY FATHER'S DAY to my beloved ABAH..
Terima kasih untuk segalanya termasuk yang terbaru melayan kerenah anaknya ini yang teringin sangat nak tengok bola kat stadium..hehehe

Senyum selalu !!!!

Sunday, June 5, 2011

MENGERTILAH

Adam,mengertilah…
Hawa bukanlah insan yang kuat..
Bukan juga insan yang bisa menahan nafsu..
Tatkala diri diuji, Hawa sering tewas…
Tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah…
Sungguh, Hawa telah cuba melakukan yang terbaik..
Agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia…
Telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
Perfume, make up, perhiasan…
Telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
Namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa
yang serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah…
Hawa ini berjiwa lembut…
Sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta…
Hawa tau permintaan Adam
Tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat…
Namun, Hawa lemah…
Hawa takut zina hati…

Adam,mengertilah…
setiap kali ’sms’ diterima..
Hawa keliru…
Ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
Tapi Hawa akur tuntutan nafsu…
Hawa tewas…
Hawa reply juga…
Mengenangkan Adam adalah sahabat….

Adam,mengertilah…
Setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu..
Mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yang dikurniakan buat Adam..
Memudahkan perjalanan hidup Adam..
Jangan disalah tafsir apa yang Hawa berikan..

Adam,mengertilah…
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah ‘ini yang Hawa pinta…
Tapi cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
Cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
Jangnn dipinta apa yang tak mampu Hawa berikan..
Kerana Hawa milik Allah sepenuhnya…

Adam,mengertilah…