"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi." "Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati."
Friday, May 8, 2009
Fikirkan boleh!!!!!
Dh lama x merapu..xsempat...ari ni x start study lg lps abih prac biochem smlm...isnin ade paper..then 10 ari lps tu start final exam...how should i manage my time???...hope everything will be fine...sblum tawakkal kena usaha dulu..so, Shuhaiza!!!!..dont waste ur time anymore...
ANATOMY..PHYSIOLOGY..BIOCHEMISTRY..ANATOMY..PHYSIOLOGY..BIOCHEMISTRY..
ANATOMY..PHYSIOLOGY..BIOCHEMISTRY..ANATOMY..PHYSIOLOGY..BIOCHEMISTRY..
ANATOMY..PHYSIOLOGY..BIOCHEMISTRY..ANATOMY..PHYSIOLOGY..BIOCHEMISTRY..
ANATOMY..PHYSIOLOGY..BIOCHEMISTRY..ANATOMY..PHYSIOLOGY..BIOCHEMISTRY..
ANATOMY..PHYSIOLOGY..BIOCHEMISTRY..ANATOMY..PHYSIOLOGY..BIOCHEMISTRY..
Three subject je Shu...u can do it...Kalau org len bleh buat kau pun bleh buat..Never Give up!!!!
Allah sentiasa bersama org yg berusaha..
Friday, May 1, 2009
Doktor tak tahan beban kerja dinasihat berhenti
Pegawai perubatan perlu tunai kerja lebih masa dengan berkesan
KUALA LUMPUR: Doktor yang merungut atau tidak tahan dengan bebanan kerja tambahan berikutan kekurangan doktor di hospital kerajaan ketika ini, dinasihatkan supaya berhenti kerja.
Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata setiap doktor perlu melaksanakan tugas dengan berkesan walaupun terpaksa bekerja lebih masa kerana menjadi tanggungjawab mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
"Walaupun mereka bekerja lebih masa, kita tetap memperuntukkan waktu rehat sama ada sebelah petang mahupun pagi dan ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin," katanya kepada Berita Harian, semalam.
Dr Mohd Ismail yang juga ketua Pengarah Kesihatan mengakui kekurangan doktor di hospital kerajaan kini menjadi punca perkhidmatan ditawarkan di hospital kerajaan kurang disenangi orang ramai terutama pesakit.
Namun, katanya, ia bukan alasan untuk pengamal perubatan terbabit memberi perkhidmatan kurang memuaskan.
"Kita sedar kerajaan hanya mampu menyediakan 53 peratus saja bilangan doktor berbanding keperluan semasa. Oleh itu, sememangnya doktor yang ada sekarang terpaksa bekerja lebih masa dan saya berharap mereka dapat melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab," katanya.
Baru-baru ini, akhbar melaporkan dua doktor di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditangkap `curi tulang' dengan membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan, ketika lebih 20 pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan..
Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk pesakit tampil menyatakan rasa kesal dengan perkhidmatan diberikan ekoran terpaksa menunggu terlalu lama sehingga ada yang melebihi dua jam untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan.
Ekoran itu juga segelintir doktor tampil memperbetulkan keadaan dengan meluahkan perasaan akan kepenatan mereka kerana terpaksa bekerja lebih masa dan merawat sekurang-kurang 30 pesakit sehari ekoran kekurangan doktor.
Dr Mohd Ismail berkata, kerajaan berusaha menangani masalah itu dengan menambah bilangan doktor, termasuk secara kontrak dan melonggarkan beberapa syarat pengambilan.
Katanya, kerajaan bukan saja berusaha menambah bilangan doktor, malah kakitangan perubatan lain, termasuk jururawat.