"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi." "Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati."
Tuesday, December 30, 2008
Hari Terakhir 2008.....
Pencapaian sepanjang 2008???..ntah la..boleh tahan la..alhamdulillah impian yg melangkah keluar dari Malaysia tercapai..tapi masih banyak yg ingin dicapai dlm hidup ini..insyaAllah impian itu akan diteruskan utk 2009..
Let share what have happen in 2008....
Januari: Menghadiri Kursus BTN..salah satu syarat utk melanjutkan pelajaran ke luar negara..semuanya berjalan dgn lancar..dah la result A Level kuar mse BTN..alhamdulillah..lepas jgk point utk fly..
Mac-Mei: Attend Kursus Intensif Program Khas India kt KTT..welcome back to KTT..ktorg blaja Bahasa Kannada(bukan Canada) and subjek 1st year MBBS..time ni enjoy la jugak..hehe
Jun-Julai: Preparation utk fly..agak busy jgk..ngan buat pasport, Visa, attend taklimat bersama JPA..ulang alik dr KB-KL..
29 Julai : Harinya telah tiba..aku meninggalkan tanah air buat kali pertama..diari baru dibuka..haha..bergelar pelajar perubatan..
Ogos-Disember: Kehidupan di India yg penuh dgn pancabora..menguji kesabaran btul..tp Alhamdulillah semua berjalan ngan lancar..dh byk gak aktiviti yg dilakukan..here are some photos...
Jalan2 cari barang...
Dissection hall....
Dikir Barat Merdeka...
Aidilfitri...
Aidiladha @ Manipal
Sultan Bateri Beach...
Monday, December 22, 2008
Standing in The Eye of Da World
Chong Wei nets first title as the world number one
| |
IT turned out to be the perfect end to the season for Malaysia’s world number one men’s singles shuttler Lee Chong Wei.After failures to justify his lofty status as the top player in the world in previous tournaments, Chong Wei got it right with a sensational 21-8, 21-16 win over Denmark’s Peter Gade-Christensen in the final of the Super Series Masters Finals at the Likas Indoor Stadium in Kota Kinabalu yesterday. Malaysia’s also won the men’s and women’s doubles through Koo Kien Keat-Tan Boon Heong and Chin Eei Hui-Wong Pei Tty respectively. And the three successes will go into the history books as the country’s best-ever achievement in a major individual championships. Yesterday’s breakthrough was meaningful for Chong Wei and he took his time to savour every moment of it — with over 5,000 passionate fans cheering and chanting his name in the packed stadium.Chong Wei had not won any title since taking the world number one crown from Lin Dan after the loss to the Chinese star in the Beijing Olympics final in August. Yesterday’s win was also his easiest over Gade-Christensen.He broke the confidence of the Dane with an explosive start and raced to 12-0 lead in just three minutes. The Dane did his best to recover and give a better fight in the second game but the on-song Chong Wei was not to be denied.For Chong Wei, it was his third Super Series title this year after the Malaysian and Singapore Opens. “Finally, the burden is off my shoulder. I have won a title as world number one. But I am surprised I scored an easy win over Peter,” he said.“I skipped the Hong Kong Open (the last leg of the Super Series) to focus on getting it right here. And I am so happy that it had paid off.” Soon after his win, Chong Wei called up his coach, Misbun Sidek, who is ill, to share the joyful moment. Misbun had been down with fever since returning from Mecca on Friday and was unable to make the trip to Kota Kinabalu.Chong Wei agreed that the victory would have meant more to him if Lin Dan were in the competition. “The competition would have been greater. But I will try my best to maintain this status and hopefully, I will be able to win again when every top player is in the field,” he said. Chong Wei has set his sights on winning his first All-England title and the World Championships next year. He will take a short break before preparing for the defence of the Malaysian Open title in two weeks’ time.World number five Gade-Christensen was a shattered man. “It is not often that I get beaten in this manner. Chong Wei’s performances reminded me of how Lin Dan defeated him to win the Olympic gold medal. Their speed is impressive.” |
Doubles crackers Koo-Tan declare they’re back to their best
| |||||
THE Malaysian men’s pair of Koo Kien Keat-Tan Boon Heong have sent a crystal clear warning that they are back to dominate world badminton next year.The duo put up a fantastic show yesterday to end the hot streak of South Koreans Lee Yong-dae-Jung Jae-sung, winning the men’s doubles final of the Super Series Masters Finals 21-18, 21-14. The odds were heavily stacked against the Malaysians to beat the All-England champions, who had won the last two Super Series tournaments in China and Hong Kong. But they turned the tables on the Koreans with superb attacking play.En route to their first major title this year, they defeated all the top pairs and the success will be a tremendous boost to their confidence. It was the Malaysians’ second international title this year after the Macau Open in October.Despite the big win, there was no big celebration from Kien Keat-Boon Heong. “I think that having not won a big event for a long time, we did not know how to celebrate. But this win means a lot to us,” he said. “We did not drop a single match in this tournament even though the field was a very intimidating one. And that has given us a lot of confidence.” Kien Keat added that they had learned to trust each other better in good and bad times and that had led to their comeback. “We trust each better and we are more relaxed. We cover each other’s weaknesses. It is not a show of an individual but two people who want the same things,” said Kien Keat. “Now we know how to handle the situation when we are down. And we know how to cope when we are winning. This will help us to go far.” Boon Heong said that they hoped to keep up with their momentum. “What a surprise it has been for us to end the year by winning this title even though we are not in the best of condition. We can do better than this with better training,” he said. “I hope I can maintain playing like this. Our next stop is the Malaysian Open, which is just over two weeks away. The real challenge is to stay consistent.” Eei Hui-Pei Tty cap tremendous year with biggest title
|
Di "tagged" oleh Mars lagi.....
1. 5 ciri lelaki/wanita idaman anda (5 characteristics of your dream guy/girl):
*Cuti-Cuti Malaysia
*mana2 tempat yg sempat dilawati jika ada kelapangan
*mahakarya cinta
*gemuruh(favourite song)
*pokja
Harap2 aku tidak ditagged lg..xsanggup
Sunday, December 21, 2008
Turning Point????
1st sekali aku nk cite psl Lee Chong Wei..eh silap..Datuk Lee Chong Wei..dia muncul juara stlh menewaskan Peter Hoeg Gade (aka Peter Gade Christensen)..agak mudah la game ni..die mng 21-8,21-16 dlm masa 33 mnt je..tp semi final smlm lg mudah kot..LCW mng ngan bestfriend die taufik hidayat 21-5,21-10 dlm masa 25mnt je..adakah LCW tlh kembali ke prestasi beliau yg sbnr stlh tewas mudah di Final Olimpik ari tu..atau mungkin tanpa kelibat pemain China especially Lin Dan segalanya mudah bg LCW..
Now nk cite psl Koo Kien Keat-Tan Boon Heong plak..game diorg td agak sengit gak..kalau tgk statistik pungutan mata memang kejar-mengejar la..aku xtgk game diorg tp aku bleh bayangkan boleh increase heart rate aku..final td diorg lawan beregu muda Korea, Lee Yong Dae-Jung Jae Sung 21-18,21-14..game diorg ni pun unpredictable..ye la lps mng All England ari prestasi merudum..impian gold medal olimpik hanya tinggal impian..tp utk Final Masters ni semua bagai menjadi utk mereka..tidak melepaskan sebarang game dah menumpaskan nama2 besar spt Tony Gunawan-Chandra Wijaya dan Markis Kido-Hendra Setiawan..adakah mereka sudah sedar dari lamunan???..kita tunggu dh lihat ape jd utk kalendar 2009...
Yg last ni lagi best utk diperkatakan..ye la peminat badminton negara jrg memberi tumpuan pd aksi pemain wanita..tetapi Wong Pei Tty-Chin Eei Hui tlh membuka mata ramai org..dgr rekod cemerlang spnjg tahun(masuk byk final tournament even xmng)..mereka melengkapkan tahun 2008 dgn menjuarai Women Double utk Final Masters ni..mereka mng dgn beregu berpengalaman Indonesia Vita Marissa-Lilyana Natsir 21-15,22-20...
Jadi lengkaplah hari gemilang skuad badminton Malaysia di Negeri di Bawah Bayu hari ini..semoga pencapaian gemilang ini akn diteruskan utk tahun hadapan..Majulah Sukan Untuk Negara..MALAYSIA BOLEH!!!!!!
p/s: TQ to Faten sbb jd reporter aku..even aku jeles sbb ko bleh tgk Live..hehe
Thursday, December 18, 2008
Holiday in Bejai?????
Hari ni dh dkt 2weeks aku bercuti..tp punye la mls nk update blog..aku adalah antara insan yg memilih utk tidak balik ke Malaysia cuti ni..coz aku xsuka rushing buat sesuatu..sbnrnya ktorg plan nk trip ke North India..tapi kita hanya merancang Allah yg menentukan segalanya..peristiwa serangan di Mumbai menyebabkan aku mengambil langkah beringat sebelum kena..so cancel la trip tu..nk balik Malaysia pun kejadian tu jd 1week b4 cuti..so aku ni jenis yg malas nk pikir banyak..so decide la nk tggl je kt hostel ni..semua org tanye "tak boring ke??"..boring x boring..pejam celik dh 1week je lg tggl..haha..ape aku buat???..biarlah rahsia..haha..
Ari ni aku dpt berita gembira dr tanah air..aku dpt cousin baru..baby boy..aku tumpang gembira utk keluarga aku especially uncle n aunty aku..pokja n ciksu..dh byk dugaan dan cabaran mereka hadapi utk menyambut kelahiran baby sulung mereka tu..Alhamdulillah semua dh selamat..cam xcaye je pokja dh jd bapak org..hehe..nnti jgn lupa antar picture utk kak kt sini..
Rindukan family???..tipu la klu aku cakap xrindu..tp maybe sbb aku sejak kecik lg dh tinggal jauh ngan family..so alah bisa tegal biasa..aku antara ahli keluarga yg paling awal tinggalkn rumah..mase umur 13..so klau takat 4-5 bulan tu dh biase..dh makin jauh merantau ni makin jarang la aku tinggal ngan family..kalau pikir2 balik lg byk mase aku jauh ngan family berbanding bersama diorg..tp itu bkn alasan utk merenggangkan hubungan kn??..malah aku rasa aku makin dekat ngan diorg..apa guna teknology klu x dimanfaatkn..xpasal2 mak ngan abah pun dh pndai ber"webcam" skrg..haha..ntah pape aku merepek malam ni..hehe..
Ada lg seminggu cuti..kejapnye rasa..papepun shuhaiza,kau kena igt tujuan asal kau kt sini..perjuanganku belum selesai..ok la..nk sambung keje lain plak..nnti ade mase aku merepek lg kt sini..bye
Tuesday, December 16, 2008
I was tagged by Mars
friend
8.if he/she become ur enemy,the reason is..
Saturday, December 6, 2008
Antara Doktor dan Mat Rempit...
Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doctor yang merupakan pelajar saya.
Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit.
Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doltor yang kita kenali sebagai `on call`.
Setelah memecut kenderaan saya,akhirnya saya tiba di bilik kecemasan. Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian.
"Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong. Entah mengapa hari itu,terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.
Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah.
"Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik. Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.
Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi,mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.
"Allahuakbar."
Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangant mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.
Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.
Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit,lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain. Sikap prejudis akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap profesinalisme yang ada dalam diri kita..
p/s: Menjadi seorang doctor bukanlah sesuatu yg mudah..tanpa keikhlasan kita tidak akan mencintai kerjaya ini..jd kepada sesiapa yg masih tertanya2 betulkah tindakan memilih kerjaya yg penuh cabaran ini.."tepuk dada tanya selera"..jgn terpaksa memilih kerjaya ini..
Erti Sebuah Pengorbanan
Lafaz talbiah yang diucapkan oleh para tetamu Allah di bumi Makkah merupakan satu ikrar yang mengandungi janji setia seorang hamba terhadap Khaliqnya untuk menjadi seorang yang akan taat, tunduk dan patuh tanpa berbelah bagi , tanpa ada di sana unsur syirik yang menduakan Allah dalam segala segi.
Ruh ucapan talbiah ini di samping takbir yang kita lafazkan sepanjang hari tasyrik ini , sepatutnya bukan sekadar menanam ucapan di bibiran semata-mata namun wajib untuk kita fahami maksud dan pengertiannya , yang pastinya membuahkan kekerdilan jiwa seorang insan di hadapan keagungan tuhan.
Takbir yang dilafazkan pasti menguit hati untuk memikirkan betapa besar dan agungnya Allah tuhan sekalian alam. Allah yang kita sembah, kita puji, kita agung-agungkan, kita nyatakan dihadapanNya kelemahan kita.
Nabi Musa Kalimullah yang satu ketika dahulu berada dalam keadaan tersepit antara lautan yang terbentang di hadapan dan Firaun yang mengejar di belakang. Tiada daya seorang manusia untuk menyelamatkan diri ketika itu melainkan hanya menyerahkan sepenuh pengharapan kepada Allah , lantas Allah membantu kekasihNya dengan menghancurkan si taghut yang bongkak menyatakan "Aku lah Tuhanmu Yang Maha Tinggi " dengan menenggelamkan seluruh bala tentera Firaun laknatullahi alaih.
Utusan terakhir, Rasulullah kekasih hati ketika dalam suasana yang sangat menyesakkan nafas mukmin dan muslim yang diasak oleh paduan kekuatan kuffar dalam peperangan Khandak, tiada daya dan usaha seorang manusia yang boleh melepaskan kaum muslimin ketika itu yang keadaan mereka umpama telur di hujung tanduk namun Allah lah yang telah menghancur dan melenyapkan kekuatan musuh dengan memberikan kemenangan kepada golongan mukmin yang tabah berada di bawah panji-panji Islam yang dikibarkan oleh baginda rasul SAW.
Maha Suci Allah yang sangat gagah menghancurkan tipu daya musuh. Maha Suci Allah yang sangat gagah dalam memberikan kemenangan kepada hambaNya yang beriman.
Itulah hakikat kebesaran Allah dalam memporak-perandakan setiap perancangan jahat golongan yang ingin memastikan penganut agama Allah mampu untuk dibunuh dan diperkotak-katikkan namun seakan musuh Allah lupa bahawa cahaya Allah akan terus menjuarai setiap pertempuran walau sehebat manapun perancangan seorang yang bernama manusia.
'Mereka mahu memadam cahaya agama Allah dengan mulut - mulut mereka , tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya agamanya .'
Generasi penggerak kebangkitan Islam
Setiap kali kita menerima tanggal 10 Zulhijjah, pastinya lembaran silam akan bermain di lubuk sukma , memutarkan kembali kisah seorang hamba Allah yang taat melaksanakan perintah Al-Rabb , di samping kesabaran seorang anak dan seorang ibu dalam mematuhi perintah Allah.
Betapa agung keluarga ini yang sanggup membuang resah hati seorang insani demi erti sebuah ketaatan. Allah berfirman di dalam Al-Quran menyatakan ketulusan hati Nabi Ibrahim :
'Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah terdiri dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.'
Bayangkan suasana ketika Allah memerintahkan nabi Allah Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangannya sendiri, Ismail Alaihissalam.
Sungguh perintah ini sangat menyayat hati. Hati ayah manakah yang akan tergamak menyembelih darah dagingnya sendiri? Hati ibu manakah yang tidak akan tersentuh apabila anak kesayangannya ditakdirkan mati di tangan suaminya sendiri. Seakan dunia ini sudah tidak punya ertinya lagi seandainya kehidupan ini dilalui tanpa insan tersayang.
Namun apabila di sana berlaku pertembungan antara tuntutan Allah dan runtunan jiwa, mukmin sejati akan pasrah dan tunduk memuliakan perintah penciptanya. Itulah yang berlaku dalam keluarga soleh ini.
Si ibu tega menyeka air matanya semata-mata rindu kepada cinta Allah.
Si anak sabar dalam menghadapi ujian kematian semata-mata kerana redha dan menyakini bahawa diri ini adalah kepunyaan Allah.
'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.'
Persoalannya adakah kita benar-benar meletakkan ketaatan kepada Allah melebihi segala-galanya? Adakah benar kita telah menjadi seorang yang mempraktikkan ikrar setia harian kita dan ia benar-benar terlaksana?
Kita sedih dengan apa yang menimpa generasi Muslim yang kian parah jati dirinya. Akhlak yang merudum, keperibadian yang kian bernanah memburukkan lagi usaha untuk mencari redha Allah.
Budaya ikhtilat ( pergaulan bebas ) yang menyemarakkan api nafsu di kalangan muda mudi yang sunyi daripada syariat Islam semakin menjadi-jadi. Sang jejaka sudah tidak segan silu untuk menodai sang gadis demi cinta kononnya . Kemudahan teknologi dan tamadun moden yang ada , digunakan bagi memohon murka dan kebencian Allah.
Budaya untuk mengimarahkan rumah Allah semakin dipinggirkan. Rumah Allah sepi tanpa dihiasi dengan solat berjemaah tanda kepatuhan kepada Allah , seakan-akan tidur dan dunia lebih besar daripada menyahut panggilan Allah.
Apakah ini tanda bahawa ruh pengorbanan nabi Ibrahim sekeluarga sudah mampu untuk kita realisasikan dalam kehidupan kita sehari-hari? Adakah ini model terbaik kepada satu peribadi yang bakal menjadi galang ganti kepada perjuangan para nabi? Nabi SAW menyatakan:
'Demi Allah! Bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan bakal menimpa kamu tetapi aku aku takut seandainya kamu akan dibentangkan dunia di hadapanmu lantas kamu bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya sebagaimana umat sebelummu berusaha untuk mendapatkan dunia lantas dunia menghancurkan kamu sebagaimana dunia telah menghancurkan umat sebelum kamu.'
Sudah sampai masanya kita kembali menyatakan ketaatan kita kepada Allah dengan meninggalkan perkara-perkara mungkar yang semakin membarah di kalangan kita agar Allah memberikan peluang kepada kita untuk dipilih menjadi penggerak ummah bertuah ini.Allah berfirman:
'Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).'
Ibadah korban yang disyariatkan pada hari raya Idul Adha ini merupakan simbolik kepada memperingati pengorbanan yang luar biasa yang dipersembahkan oleh Nabi Allah Ibrahim sekeluarga. Korban di sisi Islam dilaksanakan semata-mata mengharap redha Allah Taala berbeza dengan korban yang dilaksanakan oleh masyarakat jahiliyyah yang dipersembahkan kepada Al-Latta dan Al-Uzza.
Allah tidak menginginkan darah serta daging binatang yang disembelih namun keikhlasan yang lahir daripada hambaNya akan menganugerahkan penerimaan ibadah tersebut. Menifestasi pengorbanan ini perlu diserapkan untuk mendarah daging dalam setiap jiwa umat Islam.
Namun, seandainya kita meneliti realiti keadaan umat Islam hari ini, kita akan dapati betapa jauhnya mereka dengan nilai pengorbanan yang meletakkan kemahuan Allah itu di puncaknya. Umat Islam sangat parah dengan pelbagai penyakit yang membawa kepada kejauhan daripada kasih sayang Allah.
Mereka dihinggapi dengan penyakit krisis keyakinan terhadap kemampuan Islam sebagai jawapan dalam semua permasalahan. Betapa ramai di kalangan umat Islam yang tidak mahu berjuang untuk meletakkan Islam kembali dijulang. Islam dianggap sebagai upacara keagamaan semata-mata. Islam dianggap bukan penyelesaian kepada masalah kenegaraan, politik, ekonomi, sosial dan undang-undang.
Teori ortodok memisahkan agama daripada kehidupan masih dianuti. Mereka cuba untuk meracuni jiwa muslim agar beriman dengan kata-kata yang menjadi asas teori sekularisme:
Undang-undang Allah dianggap sebagai undang-undang rimba yang hanya membawa negara kepada kemunduran. Murtad semakin menjadi-jadi. Zina seperti perkara biasa.
Demi tuhan Kaabah ! Allah sama sekali tidak akan memberikan kemenangan kepada umat Islam selagi mana ummat ini tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah. Allah akan terus menjadikan umat ini hina di sisi musuh selagi mana mereka masih lagi betah untuk mengabdikan kehidupan mereka dengan sistem jahiliyyah moden rekaan tangan-tangan manusia yang dicipta tanpa mengambil peduli kehendak Allah Rabbul Alamin.
'Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.'
Kata pujangga:
· dan sesungguhnya tiada erti kehidupan dunia bagi orang yang tidak mendirikan agama,
· sesungguhnya orang yang redha menjadikan kehidupan dunianya sunyi daripada agama,
· dia telah menjadikan kehancuran itu sebagai teman karibnya.
Sesungguhnya kita ini merupakan satu ummat yang dimuliakan oleh Allah semata-mata kerana Islam. Apabila kita cuba untuk mencari kemulian selain daripada Islam maka yakinlah bahawa kita akan dihina oleh Allah Taala.
Wahai hamba Allah ! Wahai insan yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah. Adakah kamu mengambil segala apa yang berlaku ini sebagai satu tarbiah dan tazkirah buat diri kamu? Adakah kamu masih lagi berasa aman daripada kemurkaan Allah?
Adakah kamu tidak memikirkan langsung walau sejenak bahawa Allah mampu untuk menghancurkan kamu dan insan sekelilingmu , lantaran maksiat dan perderhakaan yang kamu persembahkan kepada Rabbul Alamin? Apakah kamu masih menyangka bahawa azab yang pedih daripada Allah yang pernah ditimpakan kepada umat sebelummu seakan-akan satu dongengan yang tidak akan sama sekali menimpamu?
Insafilah duhai sahabat yang bakal menjadi pewaris perjuangan para nabi dan rasul agar kita benar-benar berusaha untuk menjadi hamba Allah yang berusaha untuk membentuk syakhsiah yang terpuji. Pasakkan kembali ruh pengorbanan Nabi Ibrahim, Ismail dan Hajar di sanubari kita.
Berusahalah untuk kalian meraih cinta abadi daripada Rabbul Izzati dengan usaha gigih meninggalkan segala sifat cela yang hanya akan mengundang benci dan murka dariNya.
Wahai hamba Allah yang beriman kepada aqidah Islam yang Maha Suci. Marilah kita sama-sama memikirkan nasib umat Islam yang semakin hari semakin tenat dibunuh, ditindas dan dianiaya tanpa sebarang dosa.
Allah taala mampu untuk memberikan kemenangan kepada umat Islam apabila umat bertuah ini sudah sedar dan mahu kembali menyandang amanah jihad bagi memastikan kitab Allah dan sunnah RasulNya kembali menjuarai sistem kehidupan sejagat.
**Artikel ini adalah hasil karya Ustaz Nasruddin Tantawi yang menulis di blog beliau, http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/ dan telah diolah oleh editor.